Daftar & Login ePerolehan 2020
Nak tahu cara daftar dan login ePerolehan? Atau nak mengenali lebih lagi tentang apa itu ePerolehan?
Pemberitahuan dengan artikel Daftar & Login ePerolehan 2020 Online merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan buat rujukan mereka yang berminat.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Apa Itu Sistem ePerolehan?
Untuk makluman anda, sistem ePerolehan adalah satu sistem online/atas talian yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara online.
Ianya juga berperanan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
SENARAI PERKHIDMATAN DI SISTEM ePEROLEHAN
Perkhidmatan lain yang ada di sistem ePerolehan adalah:
- Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
- Menghantar permohonan
- Menerima Permohonan
- Menyemak status permohonan
- Menyerahkan tawaran tender
- Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
- Katalog Elektronik (eCat)
Daftar & Login ePerolehan 2020 Online
Berikut kami kongsikan kepada anda langkah-langkah untuk mendaftar dan juga login sistem ePerolehan ini dengan mudah:
CARA DAFTAR SISTEM ePEROLEHAN
Langkah-langkah pendaftaran untuk pengguna baharu adalah seperti berikut:
- Layari laman web rasmi: ePerolehan
- Lihat senarai di Pautan Segera
- Di baris kedua, sebelah kiri, ada ikon yang berwarna biru tua
- Klik ‘Permohonan ID Log Masuk Dan Kata Laluan Baharu’ (Pembekal)
- Baca terma dan syarat dengan teliti.
- Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki.
- Klik ‘Seterusnya’ dan klik pada ‘Saya Telah Membaca’ memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
- Untuk Pengesahan Syarikat, sila masukkan:
- Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF)
- Nama Syarikat
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Pastikan status pendaftaran dengan MOF masih lagi sah dan belum tamat tempoh
NOTA:
- Pada kebanyakan masa, pembekal mengalami masalah untuk dengan nombor pendaftaran MOF
- Selesaikan nombor pendaftaran MOF dengan menjadi Pembekal Baharu, dan segala-galanya akan jadi lebih mudah
CARA LOGIN SISTEM ePEROLEHAN
Selesai mendaftar seperti di atas anda boleh terus login mengikut langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web rasmi: ePerolehan
- Lihat senarai di ‘Pautan Segera’ (lihat pada ikon yang berwarna hijau di sebelah kiri skrin anda)
- Klik pada ‘Log Masuk Ke ePerolehan’
- Masukkan ID Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan
- Klik pada ‘Log Masuk’
NOTA:
Bagi pembekal yang ingin log masuk (eperolehan login) anda hanya perlu ke https://www.eperolehan.gov.my/ssologin dan terus login masuk ID serta kata laluan.
SEMAKAN SENARAI TENDER ePEROLEHAN
Bagi mereka yang berminat untuk membuat semakan atau mencari tender-tender terkini boleh terus layari laman web: SEMAKAN/CARIAN TENDER
Maklumat Lanjut Daftar & Login ePerolehan 2020
Sebarang pertanyaan tentang ePerolehan anda boleh terus hubungi dengan cara-cara berikut:
- Alamat: Kementerian Kewangan Malaysia,No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 WP PUTRAJAYA
- 03-8000 8000
- 03-88823893 / 03-88823894
- Emel kepada pro[at]treasury[dot]gov[dot]my
- Anda boleh buat penetapan temujanji dengan hubungi 03-8882 3166/4341 atau melalui emel kepada ups@treasury.gov.my
Kesimpulan
Semoga artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda yang berminat atau terlibat dengan sistem ePerolehan. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH