Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar Online Tabika KEMAS Sesi 2023

Cara Daftar Online Tabika KEMAS Sesi 2023

Cara Daftar Online Tabika KEMAS.

Makluman buat ibu-bapa di luar sana, pendaftaran untuk tabika/taska kemas bagi sesi 2023 kini tekah pun dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Apa yang lebih memudahkan, anda boleh membuat Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Macam mana?

Pemberitahuan membawakan anda entri Cara Daftar Online Tabika KEMAS Sesi 2023 untuk panduan ibu-bapa yang berminat.

Jom baca!

Apa Perbezaan Tabika Dan Taska?

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Mungkin ada ibu bapa yang masih keliru dengan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Jom lihat satu persatu maksud dan perbezaan tabika dan taska.

DEFINISI TABIKA

Untuk makluman anda, program anjuran KEMAS yang dikenali sebagai ‘Taman Bimbingan Kanak-Kanak’ (TABIKA). Tabika adalah program pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Konsep Tabika dimulakan dengan ‘Belajar Melalui Bermain’ dan kini diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

DEFINISI TASKA

Taska adalah singkatan kepada ‘Taman Asuhan Kanak-Kanak’. Taska dilaksanakan bagi memberikan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

Taska akan menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak disamping penjagaan biasa.

SENARAI TABIKA/TASKA KEMAS SELURUH MALAYSIA

  1. SENARAI TABIKA KEMAS KEDAH
  2. SENARAI TABIKA KEMAS PERLIS
  3. SENARAI TABIKA KEMAS PULAU PINANG
  4. SENARAI TABIKA KEMAS PERAK
  5. SENARAI TABIKA KEMAS KELANTAN
  6. SENARAI TABIKA KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  7. SENARAI TABIKA KEMAS TERENGGANU
  8. SENARAI TABIKA KEMAS PAHANG
  9. SENARAI TABIKA KEMAS SELANGOR
  10. SENARAI TABIKA KEMAS MELAKA
  11. SENARAI TABIKA KEMAS NEGERI SEMBILAN
  12. SENARAI TABIKA KEMAS JOHOR
  13. SENARAI TABIKA KEMAS SABAH
  14. SENARAI TABIKA KEMAS SARAWAK
Baca Juga :  Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi

Screenshot 2022 08 25 at 10 33 59 Tabika Kemas Bernama 010720.webp WEBP Image 800 × 500 pixels - Cara Daftar Online Tabika KEMAS Sesi 2023

Cara Daftar Online Tabika KEMAS Sesi 2023

Okay, sekarang ibu bapa dah jelas? Jom ikuti informasi di bawah untuk mendaftarkan anak-anak anda.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN

Ibu bapa perlu meneliti syarat-syarat kelayakan kemasukan Tabika/Taska di bawah bagi memudahkan urusan untuk mengisi borang pendaftaran.

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Borang permohonan boleh di muat turun melalui Portal Jabatan Kemajuan Masyarakat serta di semua Tabika KEMAS.
  4. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  6. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

CARA DAFTAR TABIKA/TASKA KEMAS ONLINE

Untuk makluman ibu bapa, terdapat 142 Tabika KEMAS sahaja yang boleh buat pendaftaran secara online.

  1. Ibu bapa boleh membuat semakan daftar online di: SEMAKAN SENARAI TABIKA KEMAS ONLINE
  2. Kemudian layari portal: https://www.kemas.gov.my/ untuk pendaftaran
  3. Selepas itu, klik pada ‘Awam’ > Klik ‘Pendidikan Awal Kanak-Kanak’ > Buat pilihan dan klik ‘Tabika/Taska’
  4. Anda akan dipaparkan dengan syarat-syarat kemasukan. Baca dengan teliti sebelum memuat turun borang permohonan.

CARA DAFTAR TABIKA/TASKA MANUAL

Sekiranya tabika/taska pilihan tidak tertera di dalam senarai 142 Tabika KEMAS online, ibu bapa perlu membuat pendaftaran secara manual.

Caranya mudah sahaja:

  1. Muat turun borang permohonan berikut:

DOKUMEN-DOKUMEN PERMOHONAN YANG PERLU DISEDIAKAN

Ibu bapa perlu menyediakan dokumen-dokumen di bawah dengan lengkap sebelum membuat permohonan:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi yang berkenaan di saluran berikut: