Pemberitahuan » Panduan » Cara Daftar PERKESO Online 2022: Kerja Sendiri & Majikan

Cara Daftar PERKESO Online 2022: Kerja Sendiri & Majikan

Cara Daftar PERKESO Online.

Teknologi serba canggih kini membantu memudahkan urusan masyarakat khususnya perkhidmatan atas talian atau online dimana hampir semua transaksi atau servis kini disediakan secara maya.

Bagi mereka yang bekerja sendiri ataupun majikan yang ingin mendaftar pekerja baru dengan PERKESO, anda boleh membuat semua ini secara online dan muat naik segala dokumen yang diperlukan juga atas talian.

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda entri hari ini Cara Daftar PERKESO Online 2022 Untuk Kerja Sendiri & Majikan sebagai panduan.

Jom baca!

Apa Itu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)?

PERKESO adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan pekerja dalam sektor swasta perlindungan keselamatan sosial.

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Keperluan perlindungan sosial ini selari dengan kewajipan yang termaktub sikit Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Antara tanggungjawab utama PERKESO adalah seperti berikut:

  • Promosi kesedaran keselamat dan kesihatan pekerja
  • Mengumpul sumbangan dari pekerja dan majikan
  • Menguruskan pendaftaran pekerja dan majikan
  • Menyediakan faedah pemmuliahan fizik dan vokasional
  • Bayaran faedah kepada pekerja atau tanggungan mereka sekiranya berlaku kemalangan kepada mereka

Cara Daftar PERKESO Online 2022 Untuk Kerja Sendiri & Majikan

Bagi mereka yang bekerja sendiri, anda juga boleh membuat pendaftaran PERKESO secara online.

Bagaimana? Mudah sahaja. Jom teruskan membaca.

CARA DAFTAR PERKESO UNTUK KERJA SENDIRI

Untuk makluman anda, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  2. Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  3. Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  4. OBS bekerja di Malaysia

SPKS – PADANAN CARUMAN

Melalui SPS PADANAN CARUMAN, hanya 20% caruman sahaja yang perlu dibayar oleh pekerja manakala 80% lagi adalah bantuan padanan caruman oleh Kerajaan.

Baca Juga :  Semak Keputusan Peperiksaan di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

CARA PERMOHONAN:

  1. Permohonan dan bayaran (secara individu atau melalui agensi) boleh dilakukan di Portal MATRIX ; matrix.perkeso.gov.my
  2. Melalui mobil aplikasi PERKESO
  3. Melalui kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan
  4. Permohonan secara pukal oleh agensi/persatuan perlu dikemukakan kepada bahagian Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) untuk proses pendaftaran.
  5. Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 20% (RM46.60) daripada pemohon kepada pihak PERKESO

sksps 1024x599 1 - Cara Daftar PERKESO Online 2022: Kerja Sendiri & Majikan

SPS KHIDMAT

SPS Khidmat ialah bantuan penuh caruman di mana pihak Kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya (100%) di bawah Pelan Caruman dua (2) dan empat (4) dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada OBS melalui kumpulan sasar yang ditetapkan.

Kumpulan sasar di bawah SPS Khidmat ini dikhususkan kepada empat (4) kategori seperti berikut:

  • Anggota Pasukan Sukarelawan
    • Anggota Tentera Simpanan
    • Anggota Polis Simpanan
    • Anggota Pertahanan Awam Malaysia
    • Anggota Maritim (Pelan Caruman 2)
  • Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM)
  • Guru Takmir, Noja, Siak, Imam, Bilal dan Merbut (Pelan Caruman 2)
  • Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti (Pelan Caruman 2)
  • Anggota Sektor Awam
    • Berstatus Contract For Service (Pelan Caruman 4)

CARA PERMOHONAN:

Bagi OBS yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon SPS Khidmat, permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Permohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masing
  • Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS (spsfaedah@perkeso.gov.my) untuk proses pendaftaran
  • Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO

Dokumen-dokumen sokongan yang WAJIB disediakan:

  1. Salinan kad pengenalan;
  2. Surat pelantikan / pengesahan kerja – untuk petugas khidmat komuniti / anggota sektor awam (contract for service) / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbut

SPS Khidmat 1024x599 1 - Cara Daftar PERKESO Online 2022: Kerja Sendiri & Majikan

CARA DAFTAR PERKESO UNTUK PEKERJA BARU

Seseorang pekerja mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak 30 dari tarikh mula diambil bekerja.

Majikan atau pekerja boleh mendaftar SOCSO atau PERKESO dengan mengisi Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) dan Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja).

Pendaftaran boleh dilakukan melalui:

  1. Kaunter PERKESO
  2. Melalui Indentiti Korporat Malaysia (My COID)

Majikan yang ingin mendaftar pekerja baru mereka boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang-borang yang disenaraikan dalam laman web rasmi PERKESO
  2. Lengkapkan kesemua borang yang telah dimuat turun.
  3. Sediakan salinan surat/dokumen yang diperlukan
  4. Dapatkan ID untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem (Sistem ASSIST)
  5. Emel Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST ke: idportal@perkeso.gov.my
  6. Log masuk ke portal ASSIST menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang-borang pendaftaran serta dokumen sokongan

Selesai mendaftar, setiap majikan bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara rekod daftar pekerja terutamanya yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Nama
  •  Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
  •  Pekerjaan
  •  Butiran Caruman
  •  Gaji Bulanan
  •  Elaun-elaun

Kesemua rekod ini hendaklah disimpan oleh majikan selama sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh akhir pekerja bekhidmat dengan majikan.