Pemberitahuan » Panduan » Daftar Program Subsidi Carseat Untuk Golongan B40 (2020)

Daftar Program Subsidi Carseat Untuk Golongan B40 (2020)

Bagaimana cara untuk anda mendaftar Program Subsidi Carseat tahun 2020 ? Bila nak daftar? Apa syarat-syarat kelayakan yang perlu anda penuhi?  

Seperti biasa, kami di Pemberitahuan ada solusi untuk semua masalah anda!

Nak tahu?

Teruskan bersama kami kerana entri pada hari ini kami sediakan panduan khas untuk anda tentang Daftar Program Subsidi Carseat Untuk Golongan B40 (2020).

Cara Daftar Program Subsidi Carseat 2020 Untuk Golongan B40 2 - Daftar Program Subsidi Carseat Untuk Golongan B40 (2020)

PROGRAM SUBSIDI CARSEAT 2020

Anda tentu sudah sedia maklum akan penguatkuasaan undang-undang berkenaan penggunaan carseat di dalam kereta adalah wajib bermula tahun 2020. Kerajaan melancarkan undang-undang ini bagi memastikan keselamatan anak-anak anda terutama sekali bayi di dalam kereta.

PROGRAM SUBSIDI CARSEAT ANJURAN BMW

Baru-baru ini BMW Malaysia dengan kerjasama Safe’ n Sound dan Childline Foundation telah memperkenalkan carseat bersubsidi untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi 13kg, dan juga pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.

Melalui program tersebut, anda boleh membeli carseat berjenama snskidz Ace pada harga serendah RM100 sahaja sedangkan pada harga biasa ianya boleh mencecah RM199 seunit.

 

Daftar Program Subsidi Carseat Untuk Golongan B40 (2020)

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar bagi Program Subsidi Carseat 2020:

Pendaftaran mula dibuka pada 2 Disember 2019

Isi borang pendaftaran di pautan di bawah:

Borang Pendaftaran Program Subsidi Carseat

Sekiranya terpilih anda akan menerima emel pengesahan.

Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe’n Sound di Glenmarie, Shah Alam.

NOTA PENTING: Sila bawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil carseat baru anda.

SYARAT PENYERTAAN

Berikut adalah syarat penyertaan program subsidi carseat ini.

  1. Terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Peserta mestilah bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg
  3. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000
  4. Setiap orang hanya layak untuk satu penyertaan
  5. Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima
  6. 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
  7. Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak
  8. Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak
  9. Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
  10. Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  11. Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja
  12. Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe ‘n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan
  13. Setiap pendaftaran di Program Subsidi ini akan dianggap sebagai menerima terma dan syarat ini
  14. BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubahsuai terma dan syarat ini. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa sebaik sahaja laman sesawang ini di kemas kini
  15. BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound juga berhak untuk membatalkan Program Subsidi ini sekiranya keadaan berada di luar kawalannya
  16. Data peribadi anda akan dikumpulkan oleh BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound untuk tujuan Program Subsidi ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga
Baca Juga :  Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

KESIMPULAN

Diharapkan banyak lagi bantuan seperti ini dianjurkan oleh kerajaan atau mana-mana badan NGO untuk membantu meringankan beban ibu-bapa dalam memberikan yang terbaik demi keselamatan anak-anak mereka.

Pemberitahuan akan sentiasa berusaha membawa apa-apa perkembangan terkini untuk membantu memudahkan urusan anda.

TERIMA KASIH