Daftar Saringan Covid SELANGKAH.
SELANGKAH adalah satu aplikasi yang diperkenalkan pada Mei 2020 sebagai penyelesaian kerajaan Selangor dalam menguruskan penyebaran Covid-19.
Warga Selangor berpeluang untuk mendapatkan saringan Covid-19 secara percuma dengan cara mendaftar melalui aplikasi SELANGKAH ini.
Bagaimana cara pendaftaran menggunakan SELANGKAH?
Pemberitahuan membawakan anda panduan mudah melalui artikel kami hari ini Daftar Saringan Covid SELANGKAH Selangor 2021 Percuma.
Semua informasi yang anda perlukan kami sediakan disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Aplikasi SELANGKAH?
Aplikasi ini dilengkapi dengan Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) iaitu sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu seperti aplikasi MySejahtera.
Pengunjung boleh mengimbas poster kod QR sebelum memasuki premis menggunakan SElangkah seperti MySejahtera dengan tambahan aplikasi SElangkah membolehkan anda membuat bayaran bergantung kepada tetapan pemilik premis.
Konsep inisiatif SELangkah atau yang dimaksudkan dengan ‘Langkah Masuk Dengan Selamat’ adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas dengan 3 objektif utama:
- “Melindungi premis perniagaan,
- “Melindungi pelanggan
- “Membantu pasukan baris hadapan”
Apa yang membezakan SElangkah dengan MySejahtera adalah log lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut.
Melalui cara ini semua pengunjung ke premis terlibat dapat dikesan dan dihubungi dengan mudah dan pantas.
Daftar Saringan Covid SELANGKAH Selangor 2021 Percuma
Melalui aplikasi ini juga anda boleh membuat pendaftaran Covid-19 secara percuma.
Bagaimana?
Jom teruskan bersama kami.
CARA DAFTAR SARINGAN COVID SELANGKAH SELANGOR
Langkah-langkah pra-daftar saringan percuma Covid-19 Selangor menggunakan aplikasi SELANGKAH adalah seperti berikut:
LANGKAH: MUAT TURUN APLIKASI SELANGKAH
- Anda perlu Muat Turun: APLIKASI SELANGKAH ataupun layari: PORTAL RASMI SELANGKAH
LANGKAH 2: PENDAFTARAN PENGGUNA SELANGKAH
- Anda perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu dengan mengisikan maklumat peribadi yang diminta berserta dengan nombor telefon.
LANGKAH 3: PENDAFTARAN SARINGAN COVID-19
- Kemudian klik pada ‘Sihat’ dan pilih ‘Pendaftaran Saringan’
- Daftar dan isikan semua maklumat dengan lengkap pada ruang yang disediakan.
LANGKAH 4: SEMAKAN PENDAFTARAN TEMU JANJI/LOKASI SARINGAN COVID-19
- Lakukan semakan pendaftaran selepas 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.
NOTA:
- Anda perlu menghadiri program saringan yang lain, sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri pada janji temu yang telah ditetapkan.
- Untuk mengubah janji temu anda, klik pada TELEGRAM SElengkah untuk menetapkan janji temu saringan Covid-19 yang baharu.
LOKASI SARINGAN COVID-19 SELANGOR
Lokasi-lokasi saringan Covid-19 percuma di Selangor adalah seperti berikut:
NOTA:
- Anda boleh melihat kemaskini maklumat ini melalui aplikasi selangkah dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut Daftar Saringan Covid SELANGKAH
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran saringan Covid Selangor ini anda boleh terus rujuk saluran berikut:
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada rakyat negeri Selangor khususnya untuk sama-sama mengambil peluang untuk membuat saringan Covid-19 secara percuma.
Jaga diri anda dan yang tersayang dengan mengamalkan semua SOP yang disarankan KKM.
Sama-sama kita jaga kita.
TERIMA KASIH