Daftar Selangor Kerjaya Online.
Apa itu Selangor Kerjaya dan manfaatnya untuk golongan yang sedang mencari pekerjaan?
Anda inginkan maklumat lanjut?
Artikel Pemberitahuan hari ini Daftar Selangor Kerjaya Online (10,000 Peluang Pekerjaan!) kami sediakan khas buat mereka yang sedang mencari pekerjaan di musim PKP ini. Berminat?
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Selangor Kerjaya?
Berita baik untuk warga Selangor!
Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu penggangguran yang sedang melanda negara akibat pandemik Covid-19.
Untuk makluman anda,Program Selangor Kerjaya ini merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan.
Calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku.
Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos.
MANFAAT PROGRAM SELANGOR KERJAYA
Pendekatan unik portal ini adalah pemadanan calon yang sesuai dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenalpasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.
Apa tunggu lagi? Jom rebut peluang ni!
Tapi macam mana naf daftar?
Daftar Selangor Kerjaya Online (10,000 Peluang Pekerjaan!)
Berikut kami kongsikan cara-cara untuk anda mendaftar dan maklumat-maklumat lain sebagai rujukan:
CARA DAFTAR SELANGOR KERJAYA ONLINE
- Layari laman web rasmi: PORTAL SELANGOR KERJAYA
- Kemudian klik pada butang ‘DAFTAR SEKARANG’
- Isikan maklumat peribadi dengan lengkap dalam ruang yang disediakan
- Buat pengesahan dan klik ‘tick’ pada kotak.
- Akhir sekali, klik pada butang ‘SUBMIT’
Untuk makluman anda, pendaftaran Selangor Kerjaya ini dibuka kepada tenaga kerja dan majikan yang berminat mendapatkan tenaga kerja yang menepati permintaan penawaran pekerjaan.
Mereka yang berjaya akan menjalani program latihan dalam talian yang ditetapkan bersama dengan majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran.
Maklumat Lanjut Daftar Selangor Kerjaya Online
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh layari atau hubungi:
- E-mel : info@selangorkerjaya.com.my
- Telefon : +6012 7175774
Selain itu, portal ini juga berinteraksi dengan orang ramai secara terus menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan Whatsapp.
Kesimpulan
Semoga artikel ini dapat membantu warga Selangor khususnya untuk mendapatkan pekerjaan. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang terlibat.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang menganggu kestabilan negara.
TERIMA KASIH