Daftar Vaksin Astrazeneca Warga Emas.
Untuk makluman anda, susulan peningkatan sambutan yang menggalakkan untuk vaksin Astrazaneca, pusingan kedua pendaftaran akan dibuka bermula 23 Mei ini dengan keutamaan akses pendaftaran awal ‘first-come, first-serve’ akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Dijangkakan pada pusingan kedua ini, sebanyak 1.1 juta dos vaksin akan diberikan.
Ketahui syarat-syarat pendaftaran, cara pendaftaran vaksin Astrazaneca ini bersama artikel Pemberitahuan Daftar Vaksin Astrazaneca Warga Emas Bermula 23 Mei Ini sebagai panduan mereka yang berminat.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Daftar Vaksin Astrazeneca Warga Emas Bermula 23 Mei Ini
Pusingan pertama suntikan vaksin Astrazaneca ini menyaksikan 268,600 dos vaksin diberikan dengan pendaftaran dibuka kepada penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor sebagai kawasan ‘hot spot’ untuk kes Covid-19.
Pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca secara sukarela akan dibuka bermula 23 Mei ini untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Kuota tertentu akan diperuntukan kepada golongan emas yang mendaftar dan baki slot tersebut akan diberikan kepada mereka sudah dalam senarai menunggu setelah tidak mendapat tempat pada pusingan sebelum ini.
KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN VAKSIN PADA BADAN
Kesan sampingan yang normal mungkin akan dihadapi oleh mereka yang telah mengambil vaksin AstraZeneca dalam tempoh masa 24 hingga 48 jam.
Kesan-kesan sampingan itu adalah seperti berikut:
- Sakit atau sengal di tempat suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Demam
- Rasa seram sejuk
INDIVIDU YANG TIDAK SESUAI MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN
Berikut adalah kategor-kategorin individu yang tidak sesuai untuk menerima suntikan vaksin:
- Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
- Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
- Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
- Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
- Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
- Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
- Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
NOTA:
Sila rujuk pakar perubatan untuk membuat pengesahan keadaan kesihatan tubuh badan anda.
CARA DAFTAR VAKSIN ASTRAZENECA UNTUK WARGAEMAS
Buat masa ini tempahan Vaksin Astrazeneca masih lagi ditutup, anda boleh mula membuat tempahan pada 23 Mei 2021, Ahad ini.
Ikuti cara-cara di bawah untuk pendaftaran vaksin Astrazaneca:
- Anda perlu layari laman web berikut: PORTAL RASMI VAKSIN COVID
- Isi butiran-butiran yang diminta kemudian tentukan tarikh temu janji dan tempat vaksinisasi yang diinginkan.
Kesimpulan Daftar Vaksin Astrazeneca Warga Emas
Sebarang pertanyaan anda boleh emelkan ke alamat emel: info@vaksincovid.gov.my
Semoga perkongsian kami ini memudahkan urusan pendaftaran vaksin Covid-19 anda.
Sama-sama kita jaga kita. Pastikan anda sentiasa menjaga SOP dan praktikkan penjarakan sosial serta pemakaian mask dan sanitizer walau dimana jua anda berada.
TERIMA KASIH