Pemberitahuan » Kewangan » Dividen Bank Rakyat 2022 & Tarikh Pembayaran Dividen

Dividen Bank Rakyat 2022 & Tarikh Pembayaran Dividen

Dividen Bank Rakyat 2022.

Bila tarikh pengumuman kadar dividen Bank Rakyat untuk kadar kewangan 2021?

Bila pula tarikh pembayaran dividen Bank Rakyat 2022?

Persoalan anda bakal terjawab di dalam entri kami hari ini Dividen Bank Rakyat 2022 & Tarikh Pembayaran Dividen sebagai rujukan anda.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Dividen Bank Rakyat?

Sedikit sejarah mengenai penubuhan Bank Rakyat, untuk makluman, ianya ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020.

Unit Amanah Saham Bank Rakyat adalah terhad dan tidak dibuka untuk penjualan atau pembelian sepanjang tahun berbeza dengan unit saham ASB.

Anda perlu menunggu tarikh penawaran baru dari bank atau mencari pemegang saham untuk membeli unit daripada mereka.

Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:

  1. Pemohon individu:
    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 hingga 65 tahun
    • Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
    • Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
  1. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll
    • Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)

Dividen Bank Rakyat 2022 & Tarikh Pembayaran Dividen

dividend 2 e1649920805879 - Dividen Bank Rakyat 2022 & Tarikh Pembayaran Dividen

KADAR DIVIDEN BANK RAKYAT 2022

Agak-agak berapa kadar dividen Bank Rakyat kali ini?

Yang pasti tiada lagi maklumat yang dikongsi dan hebahan daripada pihak media massa, namun kami boleh kongsikan pada anda sejarah pemberian dan tarikh pembayaran dividen dari simpanan tetap bank rakyat anda setiap tahun:

Baca Juga :  Program Subsidi Upah 4.0 (PEMULIH): Permohonan & Syarat Kelayakan
TAHUN KEWANGAN DIVIDEN
2021 akan dikemaskinikan
2020 13 peratus
2019 14 peratus
2018 13 peratus
2017 16 peratus
2016 15 peratus
2015 13 peratus
2014 15 peratus

TARIKH PEMBAYARAN DIVIDEN BANK RAKYAT 2022

Jika kita kaji tahun pembayaran dividen sebelum ini, selalunya pembayaran akan mula dibuat pada bulan April setiap tahun.

Untuk tahun 2021, dividen telah dikreditkan ke akaun ahli pada 12 April.

Bank akan membuat pembayaran dividen setelah ianya mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkenaan.

Maklumat Lanjut Dividen Bank Rakyat 2022

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Dividen Bank Rakyat 2022, anda boleh rujuk pautan berikut: