eGUMIS 2022 Online.
Anda pasti yang anda tidak mempunyai rekod Wang Tidak Dituntut (WTD)?
Eh, jangan lengah-lengah lagi, buat semakan sekarang, mana tahu ada sejumlah WTD yang tersimpan di bawah nama anda?
Macam mana nak check WTD ni?
Jangan risau, Pemberitahuan membawakan anda entri penuh eGUMIS 2022 Online: Semakan & Proses Bayaran WTD sebagai panduan buat mereka yang berminat.
Apa tunggu lagi? Jom Baca!
Apa Itu Wang Tidak Dituntut (WTD)?
Tahukah anda bahawa sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.
Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.
Wang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
3 KATEGORI WANG TIDAK DITUNTUT
Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun. Seperti:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
dividen; - Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
- Akaun pemiutang dagangan
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
eGUMIS 2022 Online: Semakan & Proses Bayaran WTD
Ada 2 kaedah untuk anda buat semakan WTD ni:
CARA MEMBUAT SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT MANUAL
- Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja
- Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
- Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
- Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
- Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
- Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
- Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma
eGUMIS 2022 ONLINE: CARA TUNTUT WANG eGUMIS
Pengguna perlu mendaftar dahulu sebelum boleh membuat tuntutan online seperti berikut:
- Layari pautan PORTAL RASMI EGUMIS: https://egumis.anm.gov.my/
- Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
- Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
- Kemaskini maklumat pengguna.
- Klik pada ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’ untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
SENARAI SEMAK DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK SEMAKAN EGUMIS
Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama antaranya:
- Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
- Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
- Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
- Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
- Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
PROSES TUNTUTAN BAYARAN WTD 2022
- Apabila Pendaftar WTD berpuas hati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
- Anda boleh membuat permohonan untuk memasukkan WTD ke dalam akaun bank yang terkini.
- Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
- Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
- Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).
- Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.
NOTA:
- Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.
- Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.
- Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.