Portal Semakan Permohonan Online Malaysia https://pemberitahuan.com Pemberitahuan Semakan Permohonan Wed, 28 Jul 2021 06:09:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.8 https://pemberitahuan.com/wp-content/uploads/2018/03/Site-Icon-512-60x60.png Portal Semakan Permohonan Online Malaysia https://pemberitahuan.com 32 32 Cara Daftar & Login SISSPA 2.0 Peperiksaan Perkhidmatan Awam https://pemberitahuan.com/cara-daftar-login-sisspa-2-0-peperiksaan-perkhidmatan-awam Wed, 28 Jul 2021 06:09:30 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3458 Cara Daftar & Login SISSPA. SISSPA singkatan bagi Sistem Peperiksaan & Perkhidmatan Awam telah dinaiktaraf untuk memastikan kelancaran urusan dan dikenali sebagai SISSPA 2.0. Bagaimana caranya untuk anda mendaftar dan login ke SISSPA 2.0 terbaharu ini? Jangan risau, ikuti artikel kami hari ini Cara Daftar

Artikel pilihan Cara Daftar & Login SISSPA 2.0 Peperiksaan Perkhidmatan Awam muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Cara Daftar & Login SISSPA.

SISSPA singkatan bagi Sistem Peperiksaan & Perkhidmatan Awam telah dinaiktaraf untuk memastikan kelancaran urusan dan dikenali sebagai SISSPA 2.0.

Bagaimana caranya untuk anda mendaftar dan login ke SISSPA 2.0 terbaharu ini?

Jangan risau, ikuti artikel kami hari ini Cara Daftar & Login SISSPA 2.0 (Sistem Peperiksaan & Perkhidmatan Awam) sebagai rujukan anda untuk membuat pendaftaran dengan mudah.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu SISSPA 2.0?

Calon-calon perlantikan baharu/ulangan yang bakal menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam perlu melayari SISSPA 2.0 untuk tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan

SISSPA 2.0 menaiktaraf kemudahan perkhidmatan kepada calon-calon penjawat awam untuk urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.

3 modul utama yang disediakan di dalam sistem ini adalah:

  1. Modul Permohonan
  2. Modul Semakan Status Permohonan
  3. Modul Semakan Keputusan

Anda juga boleh mendapatkan makluman dan informasi berkaitan urusan permohonan peperiksaan di sistem ini. Antara informasi yang diperolehi adalah seperti berikut:

  • Panduan dan Syarat Permohonan
  • Jadual Peperiksaan bagi tahun semasa

Cara Daftar & Login SISSPA 2.0

Cara Daftar & Login SISSPA 2.0

Berikut kami kongsikan cara untuk mendaftar bagi pengguna baharu dan cara untuk login untuk pengguna lama:

CARA LOGIN  SISSPA 2.0 UNTUK PENGGUNA BAHARU

  1. Anda perlu layari laman web rasmi: SISSPA 2.0
  2. Sila klik pada bahagian ‘DAFTAR’
  3. Selepas itu, isikan no kad pengenalan anda.
  4. Jika paparan ‘TIADA NOTIS’ keluar, anda dikehendaki pentadbir sistem melalui e-mel dengan menyertakan maklumat berikut:
    • Nama penuh
    • No kad pengenalan
    • Jawatan
  5. Dapatkan SENARAI NAMA PENTADBIR SISTEM ini untuk rujukan anda.

CARA LOGIN PENGGUNA BERDAFTAR (PENGGUNA LAMA)

Untuk pengguna lama, berikut cara-cara untuk anda login ke sistem ini:

  1. Anda perlu layari laman web rasmi: SISSPA 2.0
  2. Klik pada Log Masuk dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sistem SISSPA 1.0
  3. Tidak perlu isi bahagian emel.
  4. Sistem akan memaklumkan kepada anda sekiranya anda perlu menukar kata laluan baharu.
  5. Jika berlaku penukaran kata laluan, anda perlu login menggunakan kata laluan baharu di sistem SISSPA 2.0

Soalan Lazim (FAQ) Cara Daftar & Login SISSPA

SOALAN LAZIM SISPPA

Bilakah calon boleh membuat permohonan Peperiksaan Perkhidmatan?

Permohonan boleh dibuat melalui SISPPA 2.0 sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Tarikh pendaftaran permohonan akan dimaklumkan di dalam laman SISPPA 2.0

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) http://sisppa.moe.gov.my/login.php.

Calon boleh merujuk kepada Manual Pengguna yang disediakan dalam SISPPA sebagai panduan untuk memohon dan mendaftar. Calon yang berjaya mendaftar permohonan mereka melalui SISPPA perlu mencetak Akuan Permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan.

Berapakah kekerapan Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan di Kementerian Pendidikan Malaysia?

Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan dua (2) kali (sesi) setahun sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan yang dimuatnaik setiap tahun dalam SISPPA

Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jika ada, yang akan ditentukan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apa yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya terlupa kata laluan di SISPPA 2.0?

Calon perlu klik Lupa Kata Laluan di Log Masuk Pengguna. Seterusnya, calon perlu mengisi maklumat seperti Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan kemudian klik Hantar.

Kata Laluan akan dihantar ke emel peribadi calon yang telah diisi oleh calon dalam Modul Peribadi semasa membuat permohonan awal di laman SISPPA 2.0

Apa yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya berlaku kesilapan maklumat semasa mendaftar?

Calon boleh membuat pembetulan atau mengemaskinikan maklumat tersebut sebelum tarikh tutup permohonan kecuali maklumat tertentu seperti nombor kad pengenalan.

Maklumat Lanjut SISSPA 2.0

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan SISSPA 2.0 ini anda boleh rujuk manual di bawah:

ATAU hubungi talian dan alamat di bawah:

  1. No. Tel. : 03-8000 8000 (MyGCC)
  2. Talian alternatif : Urus setia mengikut jenis peperiksaan
  3. E-mel : peperiksaan@jpa.gov.my
  4. Alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Sektor Penilaian Kompetensi
Aras 4, Blok C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 WP.Putrajaya

Kesimpulan Cara Daftar & Login SISSPA

Semoga artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda di SISSPA 2.0

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Cara Daftar & Login SISSPA 2.0 Peperiksaan Perkhidmatan Awam muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Bantuan Peranti B40 Program Jaringan Prihatin Online https://pemberitahuan.com/permohonan-bantuan-peranti-b40 Wed, 28 Jul 2021 06:02:23 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3668 Permohonan Bantuan Peranti B40. Untuk makluman anda, Program Jaringan Prihatin adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menerusi Belanjawan 2021. Peruntukan tambahan sehingga RM3.5 billion  untuk meluaskan lagi kuota bantuan untuk golongan B40. Tapi, masih ada yang keliru apa sebenarnya Program Jaringan Prihatin ni?

Artikel pilihan Permohonan Bantuan Peranti B40 Program Jaringan Prihatin Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Bantuan Peranti B40.

Untuk makluman anda, Program Jaringan Prihatin adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menerusi Belanjawan 2021. Peruntukan tambahan sehingga RM3.5 billion  untuk meluaskan lagi kuota bantuan untuk golongan B40.

Tapi, masih ada yang keliru apa sebenarnya Program Jaringan Prihatin ni?

Macam mana nak dapatkan bantuan peranti sebanyak RM300 tu?

Kami di Thesumber menjawab semua persoalan anda dengan artikel kami hari ini Permohonan Bantuan Peranti B40 Program Jaringan Prihatin Online.

Semua informasi yang anda perlukan kami sediakan disini.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Peranti B40 Program Jaringan Prihatin Online

APA ITU BANTUAN PERANTI JARINGAN PRIHATIN 2021?

Untuk makluman anda, Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu:

  1. Celcom
  2. Digi
  3. Maxis
  4. Mcalls
  5. redONE
  6. speakOUT
  7. Tune Talk
  8. U Mobile
  9. unifi Mobile
  10. XOX Mobile
  11. YES dan Yoodo

Anggaran 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

BANTUAN PELAN DATA DAN PAKEJ PERANTI YANG DITAWARKAN

Mereka yang berkelayakan boleh melanggan pakej peranti dan mendapatkan bantuan pakej peranti yang terlibat di dalam program ini.

Untuk makluman anda, pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.

2 jenis subsidi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Subsidi pelan data bulanan
  • Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih

KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN SUBSIDI PROGRAM JARINGAN

Semua rakyat Malaysia yang LAYAK MENERIMA Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) LAYAK MENYERTAI program Jaringan Prihatin.

Penerima BPR yang berkahwin atau ibu/bapa tunggal DAN mempunyai anak 18 tahun ke bawah:

  • Bantuan Pakej Peranti RM300
  • Bantuan Pakej Pelan Data RM180/setahun

Penerima BPR yang bujang atau berkahwin dan tidak mempunyai anak di bawah 18 tahun:

  • Bantuan Pakej Peranti RM180
  • Bantuan Pakej Pelan Data RM180/setahun

CARA PERMOHONAN BANTUAN PERANTI B40 JARINGAN PRIHATIN

  • Permohonan boleh dibuat melalui syarikat telekomunikasi yang terlibat di laman web rasmi mereka (seperti yang tersenarai di bawah)
  • Daftar sebagai pengguna di laman web syarikat komunikasi yang mengambil bahagian.
  • Anda boleh memilih untuk mendapatkan bantuan pakej peranti ataupun pakej pelan data.

Daftar sekarang untuk nikmati bantuan pakej peranti dan pelan data dari syarikat komunikasi pilihan anda!

SENARAI PENDAFTARAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Anda boleh klik di bawah untuk membuat pendaftaran:

Permohonan Bantuan Peranti B40

Kesimpulan Permohonan Bantuan Peranti B40

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda mendapatkan bantuan pakej peranti dan pelan data daripada Program Jaringan Prihatin ini dengan mudah.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Permohonan Bantuan Peranti B40 Program Jaringan Prihatin Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet https://pemberitahuan.com/skim-internet-selangor-m40 Wed, 28 Jul 2021 05:28:11 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3873 Skim Internet Selangor M40. SISM40 merupakan salah satu inisiatif menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021 yang lalu. Rakyat Selangor khususnya boleh menikmati subsidi langganan pakej internet khas iaitu Skim Internet Selangor (SISM40).

Artikel pilihan Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Skim Internet Selangor M40.

SISM40 merupakan salah satu inisiatif menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021 yang lalu.

Rakyat Selangor khususnya boleh menikmati subsidi langganan pakej internet khas iaitu Skim Internet Selangor (SISM40).

Bagaimana?

Rakyat Selangor yang berminat boleh rujuk artikel Thesumber hari ini Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet.

Semua maklumat yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet

APA ITU SKIM INTERNET SELANGOR?

SISM40 merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk memberi peluang kepada golongan M40 menikmati internet berkelajuan tinggi dengan harga minimum.

SISM40 dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Telekom Malaysia (TM) dan anda berpeluang untuk menikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps hingga 300 mbps tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile.

KELEBIHAN SISM40

Antara kelebihan skim ini adalah seperti berikut:

  • Harga yang lebih murah di pasaran.
  • Berpeluang mendapat rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan.
  • Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum.

Skim Internet Selangor M40 (SISM40)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendaparan atau gaji isi rumah pemohon di antara RM4,800 sehingga RM11,000.
  4. Untuk satu isi rumah, sekali langganan sahaja.
  5. Permohonan dibuka HANYA untuk INDIVIDU sahaja. TIADA permohonan untuk perniagaan atau penggunaan premis perniagaan.
  6. Pengguna ‘Perkhidmatan Unifi Home’ sedia ada TIDAK LAYAK memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan ‘Unifi Lite atau Streamyx’

PAKEJ LANGGANAN INTERNET YANG DITAWARKAN

Pakej langganan internet yang ditawarkan dalam skim SISM40 adalah seperti berikut:

SISM40 FAMILY 300

  • Home Fibre 300 Mbps + 2 Sim Kad
  • Harga: RM267
  • RM30 Sebulan/Untuk 24 Bulan

SISM40 FAMILY 100

  • Home Fibre 100 Mbps + 2 Sim Kad
  • Harga: RM207
  • RM20 Sebulan/Untuk 12 Bulan

SISM40 FAMILY 30

  • Home Fibre 30 Mbps + 2 Sim Kad
  • Harga: RM177
  • RM10 Sebulan/Untuk 12 Bulan

SISM40 SINGLE 300

  • Home Fibre 300 Mbps + 1 Sim Kad
  • Harga: RM228
  • RM30 Sebulan/Untuk 24 Bulan

SISM40 SINGLE 100

  • Home Fibre 100 Mbps + 1 Sim Kad
  • Harga: RM168
  • RM20 Sebulan Untuk 12 Bulan

SISM40 SINGLE 30

  • Home Fibre 30 Mbps + 1 Sim Kad
  • Harga: RM138
  • RM10 Sebulan/Untuk 12 Bulan

SISM40 HOME 300

  • Home Fibre 300 Mbps
  • Harga: RM189
  • RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

SISM40 HOME 100

  • Home Fibre 100 Mbps
  • Harga: RM119
  • RM10 Sebulan/Untuk 12 Bulan

CARA MEMOHON SKIM INTERNET SELANGOR ONLINE

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara berikut:

  • Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI SISM40
  • Klik bahagian ‘Daftar Sekarang’ kemudian pilih pakej yang diinginkan.
  • Klik ‘Daftar’ dan isi maklumat yang diminta dengan betul dan lengkap.
  • Muat naik dokumen sokongan dibawah:
    • Kad Pengenalan.
    • Slip Gaji/Perakuan Pendapatan.
    • Bil Air/Elektrik.
    • Pengesahan Permastautinan.
  • Klik ‘Hantar’ setelah borang permohonan dan dokumen sokongan anda lengkap.

Maklumat Lanjut Skim Internet Selangor M40

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Internet Selangor (SISM40) anda boleh hubungi pihak berkenaan di saluran yang berikut:

  • Urusetia SISM40: 03-5030 4595/4596
  • E-mail pertanyaan ke alamat: admin@sism40.com.my

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000 https://pemberitahuan.com/permohonan-bantuan-taska-2021 Tue, 27 Jul 2021 08:03:56 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3931 Permohonan Bantuan Taska 2021. Bantuan khas melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) disediakan untuk meringankan beban pengusaha Taska yang terpaksa akur menepati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 yang semakin serius di negara. Untuk makluman anda, bantuan ini akan diberikan kepada TASKA

Artikel pilihan Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000 muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Bantuan Taska 2021.

Bantuan khas melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) disediakan untuk meringankan beban pengusaha Taska yang terpaksa akur menepati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 yang semakin serius di negara.

Untuk makluman anda, bantuan ini akan diberikan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].

Bagaimana?

Apa syarat permohonan bantuan khas ini?

Semuanya ada dalam artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000 dimana kami menyediakan panduan penuh dan mudah untuk anda.

Jom teruskan bersama kami.

Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000

Pengusaha TASKA yang berminat boleh mula memohon mulai 19 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021 dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah.

Permohonan Bantuan Taska 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI TASKA

Syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] mengikut kategori taska adalah seperti berikut:

TASKA KOMUNITI

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

TASKA RUMAH

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

TASKA TEMPAT KERJA

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

TASKA INSTITUSI

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN

Jumlah bantuan yang disalurkan mengikut kategori taska adalah seperti berikut:

  1. TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti: RM3000
  2. TASKA di Rumah: RM800

CARA PERMOHONAN BANTUAN TASKA 2021 (MANUAL/ONLINE)

  • Pemohon boleh mengisi permohonan online di: BORANG PERMOHOHONAN BANTUAN PENGUSAHA TASKA atau dapatkan borang di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/Cawangan yang berdekatan.
  • Pemohon perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).
  • Sediakan semua dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang perlu di hantar sekali dengan borang permohonan anda: SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN
  • Kemudian pemohon perlu temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/Bahagian/ Cawangan yang terdekat.

Bayaran untuk permohonan yang berjaya akan dilakukan menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Taska 2021

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan khas ini anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

  1. PORTAL RASMI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
  2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan; atau
  3. Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996; atau
  4. Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.

Sebarkan artikel ini untuk kita sama-sama membantu pengusaha taska yang memerlukan untuk menstabilkan sumber pendapatan mereka.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000 muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online https://pemberitahuan.com/permohonan-tabung-usahawan-wanita Thu, 22 Jul 2021 07:33:56 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3924 Permohonan Tabung Usahawan Wanita. Tabung Bantuan Usahawan Wanita Kelantan merupakan inisiatif Kerajaan Kelantan yang menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan. Usahawan wanita khususnya yang berada di negeri Kelantan dan berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka boleh terus memohon untuk mendapatkan

Artikel pilihan Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Tabung Usahawan Wanita.

Tabung Bantuan Usahawan Wanita Kelantan merupakan inisiatif Kerajaan Kelantan yang menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Usahawan wanita khususnya yang berada di negeri Kelantan dan berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka boleh terus memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Bagaimana?

Jangan risau, Pemberitahuan bawakan anda panduan mudah dengan artikel hari ini Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Tempoh permohonan bantuan ini adalah dari 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Jom baca!

Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.

Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan akan kepada usahawan wanita Kelantan SAHAJA sama ada wanita/beliawanis/armalah/OKU bagi membantu memajukan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka yang sedang dijalankan.

SEMAKAN SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/beliawanis/armalah/OKU)
  2. Pemohon berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
  3. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  5. Pemohon bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
  6. Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja.
  7. Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
  8. Kadar bantuan maksima adalah sebanyak RM4,000.00 sahaja.

BORANG PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online

Usahawan wanita yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan boleh terus mengisi borang permohonan dan ikuti langkah-langkah permohonan di bawah:

  1. Pemohon perlu muat turun dan mengisi: BORANG PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN
  2. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan sertakan borang anda dengan dokumen sokongan berikut:
    • Borang Permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN.
    • Gambar berukuran passport.
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris.
    • Salinan Kad Pengenalan Pasangan/ Waris.
    • Gambar Lokasi & Aktiviti Perniagaan.
    • Salinan Daftar Niaga (SSM).
    • Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  3. Kemudian hantar borang permohonan dan dokumen sokongan anda ke alamat berikut:
    • Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
      Blok 2, Aras 2,
      Kompleks Kota Darulnaim,
      15503 Kota Bharu, Kelantan

SOALAN LAZIM PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Adakah permohon boleh membuat permohonan bagi memulakan perniagaan?

  • Tabung usahawan ini hanya untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka yang sedang berjalan.

Jika saya berumur 19 tahun, adakah saya boleh memohon?

  • Ya. Permohonan dibuka kepada pemohon berumur 18 hingga 60 tahun.

Bolehkah bantuan tabung usahawan ini ditukar kepada bantuan kewangan?

  • Tidak. Bantuan tabung usahawan ini hanya dalam bentuk bantuan peralatan sahaja dengan nilai maksima RM4,000.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita: 09-7476568

Semoga usahawan wanita di Kelantan yang berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka akan terus berjaya bersama bantuan dana yang diberikan ini.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online https://pemberitahuan.com/cara-daftar-ssm-percuma Wed, 21 Jul 2021 04:53:48 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3919 Cara Daftar SSM Percuma. Pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) merupakan tawaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setakat ini seramai 9,492 golongan B40 dan pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka dengan SSM. Tempoh pelaksanaan skim ini tertakluk kepada sehingga peruntukan geran

Artikel pilihan Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Cara Daftar SSM Percuma.

Pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) merupakan tawaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Setakat ini seramai 9,492 golongan B40 dan pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.

Tempoh pelaksanaan skim ini tertakluk kepada sehingga peruntukan geran habis digunakan dan diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.

Untuk panduan penuh jom baca artikel Pemberitahuan hari ini Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online.

Semuanya ada disini.

Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online Untuk Golongan B40 & Pelajar IPT

Berikut kami kongsikan syarat permohonan, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

SYARAT PERMOHONAN DAFTAR SSM PERCUMA

Syarat-syarat permohonan mengikut kategori adalah seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN GOLONGAN B40

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40.
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PELAJAR IPT SEPENUH MASA

  • Pemegang MyKad/MyPR.
  • Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Cara Daftar SSM Percuma

PENGECUALIAN BAYARAN PENDAFTARAN SSM

Untuk makluman pendaftaran SPPP SSM ini melibatkan pengecualian fi pendaftaran perniagaan berikut:

  1. Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan: RM30 setahun.
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred: RM60 setahun.
  3. Cetakan maklumat: RM10.

CARA DAFTAR SSM PERCUMA 2021 ONLINE

Mereka yang menepati kelayakan permohonan di atas boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI EZBIZ SSM
  2. Untuk pemohon baharu, klik pada ‘Sign Up’ dan isi semua butiran pendaftaran kemudian klik ‘Save’
  3. Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan yang anda daftarkan tadi.
  4. Isi maklumat diri dan perniagaan yang diminta dengan lengkap dan betul
  5. Muat naik dokumen-dokumen berikut mengikut kategori permohonan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

KATEGORI PELAJAR IPT

  • Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
  • Salinan kad pelajar; dan
  • Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

KATEGORI GOLONGAN B40

  • Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang).
  • Bukti pengesahan menjalankan perniagaan:
    • Permohonan bantuan pinjaman/geran perniagaan; atau
    • Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
    • Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut Cara Daftar SSM Percuma

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran yang berikut:

  • Pusat panggilan SSM: 03-77214000
  • E-mel pertanyaan ke: enquiry@ssm.com.my

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online https://pemberitahuan.com/permohonan-dermasiswa-jpa-b40 Thu, 15 Jul 2021 10:10:38 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3913 Permohonan Dermasiswa JPA B40. Program ini dilaksanakan khas bagi membantu pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan dikenalpasti daripada latar belakang keluarga B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa. Mereka yang berminat boleh mula membuat permohonan pada 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai

Artikel pilihan Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Dermasiswa JPA B40.

Program ini dilaksanakan khas bagi membantu pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan dikenalpasti daripada latar belakang keluarga B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Mereka yang berminat boleh mula membuat permohonan pada 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021.

Teruskan bersama kami di Jutawan Online dengan artikel Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online sebagai panduan permohonan anda.

Semuanya ada disini.

Jom baca.

Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online

Untuk makluman anda, pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang-bidang pengajian yang tidak ditaja di bawah program ini adalah seperti berikut:

  • Pendidikan.
  • Kejururawatan.
  • Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).
  • Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

2 kategori syarat permohonan dermasiswa jpa adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
  • Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.
  • Umur pemohon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Ibu dan atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari manamana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  • Untuk Universiti Awam (UA)/Politeknik yang dikenalpasti:
    • Pelajar perlu menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
    • Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  • Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))
    • Pelajar menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; dan
    • Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online

CARA PERMOHONAN DERMASISWA JPA B40 ONLINE

Mereka yang menepati kelayakan yang ditetapkan di atas boleh terus memohon dengan cara berikut:

  • Pemohon perlu klik pada: eSILA JPA: PERMOHONAN ONLINE
  • Untuk pendaftaran kali pertama klik pada ‘Daftar’
  • Klik ‘Daftar Akaun Pengguna’ selepas anda mengisi semua maklumat pendaftaran dengan lengkap dan betul.
  • Log masuk untuk mengisi borang permohonan. Pastikan semua butiran yang diminta diisi dan dilengkapkan.
  • Hantar permohonan setelah anda selesai menyemak semua butiran.
  • Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan Dermasiswa JPA B40

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkaitan di saluran berikut:

  1. E-mel pertanyaan: dermasiswab40@jpa.gov.my
  2. Sertai sesi Google Meet
    • Sesi pagi: 10.00 – 11.00 pagi
    • Sesi petang: 2.30 – 3.30 petang

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari https://pemberitahuan.com/permohonan-bantuan-kuarantin-covid-19 Tue, 13 Jul 2021 08:25:37 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3901 Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19. Bantuan khusus khas buat rakyat Malaysia yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara). Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban mereka yang dijangkiti virus pandemik Covid-19 dan terpaksa melalui kuarantin menyebabkan mereka tidak

Artikel pilihan Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19.

Bantuan khusus khas buat rakyat Malaysia yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).

Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban mereka yang dijangkiti virus pandemik Covid-19 dan terpaksa melalui kuarantin menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari punca pendapatan.

Bagaimana?

Thesumber bawakan anda Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari sebagai panduan untuk mereka yang terlibat.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

APA ITU BANTUAN TABUNG KHAS COVID-19 NADMA?

Untuk makluman anda, Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang:

  1. Melalui Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
  2. Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded)

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Berikut kami sediakan informasi syarat kelayakan, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan bantuan Covid-19 yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

MAKLUMAN

Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.

KATEGORI YANG TIDAL LAYAK MEMOHON

Mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

CARA MEMOHON BANTUAN KUARANTIN COVID-19 NADMA ONLINE

Mereka yang berkelayakan bolhe ikuti cara permohonan seperti di bawah:

  • Muat turun borang yang perlu diisi seperti berikut:
  • Kemudian, sertakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  • Lengkap semua permohonan anda boleh terus hantar melalui:
    • Whatsapp: 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab)
    • E-mail: bkcovid19@nadma.gov.my
    • Pos ke alamat:

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

MAKLUMAN

  1. PANDUAN PENUH PERMOHONAN DISINI
  2. Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19

Anda ingin sebarang maklumat lanjut?

Hubungi pihak berkenaan di saluran di bawah:

  1. Talian: 03-8870 4800
  2. E-mail: admin@nadma.gov.my

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan & Syarat Kelayakan https://pemberitahuan.com/icitra-kwsp-pengeluaran-rm5000 Mon, 12 Jul 2021 09:28:52 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3896 iCitra KWSP Pengeluaran RM5000. Pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran melalui Program i-Citra KWSP boleh mula membuat permohonan hari ini. Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan pada 12 JULAI 2021. Bagaimana? Baca artikel kami hari ini iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan Online & Syarat

Artikel pilihan iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan & Syarat Kelayakan muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
iCitra KWSP Pengeluaran RM5000.

Pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran melalui Program i-Citra KWSP boleh mula membuat permohonan hari ini.

Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan pada 12 JULAI 2021.

Bagaimana?

Baca artikel kami hari ini iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan Online & Syarat Kelayakan sebagai panduan untuk anda yang ingin memohon.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

iCitra KWSP Pengeluaran RM5000

iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan Online & Syarat Kelayakan

Untuk makluman anda, i-Citra diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka sepanjang menghadapi kemelut penularan Covid-19 di Malaysia.

JUMLAH PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Mereka yang layak dan berjaya memohon  akan mula menerima bayaran bermula bulan Ogos 2021.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

  • Pembayaran pengeluaran sebanyak RM5000 itu akan dilakukan secara ansuran dalam tempoh masa 5 bulan. Ini bermaksud maksimum pengeluaran yang ditetapkan disini adalah RM1000 untuk setiap bulan.
  • Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN i-CITRA KWSP

Syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi adalah seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

CARA MEMOHON iCITRA KWSP ONLINE

Mereka yang berkelayakan dan memenuhi semua syarat di atas boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI iCITRA KWSP
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda yang masih aktif.
  • Klik ‘Teruskan’ dan akan menerima nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda.
  • Masukkan nombor OTP tersebut dan klik ‘Sahkan OTP’
  • Pilih ‘Amaun Pilihan’ anda dan amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun.
  • Tentukan amaun pengeluaran anda dengan menggerakkan slide pilihan ke kiri atau ke kanan.
  • Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.
  • Klik ‘Teruskan’ dan lengkapkan maklumat permohonan di bawah:
    • Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • No MyKad
    • No telefon bimbit
    • Alamat email
    • Alamat rumah
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
  • Lengkapkan maklumat pembayaran.
  • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).
  • Klik ‘Teruskan’
  • Teruskan dengan menyemak ‘Maklumat Permohonan & Pembayaran’
  • Tandakan tick pada ‘Perakuan Terma & Syarat’ untuk persetujuan.
  • Tandakan pada ‘Saya Bukan Robot’ bagi meneruskan permohonan.
  • Paparan yang tertulis ‘Terima Kasih’ menunjukkan permohonan telah diterima.
  • Klik ‘Cetak & Simpan’ untuk cetak dan simpan rekod permohonan i-Citra.

Soalan Lazim (FAQ)

Mengapakah Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan?

  • Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

  • Boleh. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

  • Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

  • Boleh namun tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

  • Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.

Maklumat Lanjut iCitra KWSP Pengeluaran RM5000

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iCitra KWSP anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan & Syarat Kelayakan muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan https://pemberitahuan.com/permohonan-mahasiswa-selangor-2021 Wed, 07 Jul 2021 04:53:15 +0000 https://pemberitahuan.com/?p=3885 Permohonan Mahasiswa Selangor 2021. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif Bantuan Mahasiwa Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun yang lalu. Bantuan ini akan diberikan kepada anak kelahiran Selangor yang menuntut di IPT seluruh Malaysia bagi meringankan beban mereka yang

Artikel pilihan Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>
Permohonan Mahasiswa Selangor 2021.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif Bantuan Mahasiwa Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun yang lalu.

Bantuan ini akan diberikan kepada anak kelahiran Selangor yang menuntut di IPT seluruh Malaysia bagi meringankan beban mereka yang masih berada di IPT masing-masing.

Rujuk artikel Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan di Pemberitahuan hari ini untuk mendapatkan maklumat permohonan bantuan ini.

Jom teruskan bersama kami.

Bantuan Mahasiswa Selangor 2021

Untuk makluman anda, bantuan ini disediakan dalam bentuk barangan makanan dan keperluan asas kepada mahasiswa di kampus.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif ini.

Bantuan Mahasiswa Selangor merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan dan Kebajikan Mahasiswa Anak Negeri Selangor dikelola secara terus oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan utama bantuan ini disediakan adalah untuk membantu meringankan beban penuntut IPT dari seluruh Malaysia yang merupakan anak kelahiran Selangor yang masih tinggal di IPT masing-masing.

Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

Berikut kami kongsikan syarat permohonan, prosedur permohonan etc sebagai rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk melayakkan anda menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupaka mahasiswa kelahiran negeri Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Pemohon mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.

CARA MEMOHON BANTUAN MAHASISWA SELANGOR 2021

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu mengisi:
  • Isi kesemua maklumat yang diminta dengan betul dan lengkap.
  • Pastikan anda membuat semakan maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan.
  • Selesai semuanya klik ‘Submit’ untuk hantar borang anda.

Permohonan Mahasiswa Selangor 2021

SOALAN LAZIM (FAQ)

Jika saya merupakan mahasiswa IPT di Selangor tetapi bukan lahir atau menetap di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk membuat permohonan?

  • Tidak. Hanya mahasiswa anak Negeri Selangor dan tinggal di Negeri Selangor sahaja layak untuk memohon.

Adakah bantuan makanan tersebut boleh ditukar dengan bantuan tunai?

  • Tidak. Hanya bantuan berbentuk makanan dan keperluan asas sahaja akan diberi.

Apakah bentuk bantuan yang akan diterima menerusi bantuan ini?

  • Mahasiswa akan menerima bantuan berbentuk barangan makanan dan keperluan asas.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak Unit Pendidikan Tinggi Selangor menggunakan saluran di bawah:

  • Talian: 3-5521 2303/03-5544 7073
  • E-mail pertanyaan ke: unitpendidikantinggi@selangor.gov.my

Selamat maju kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Artikel pilihan Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan muncul pertama kali di Portal Semakan Permohonan Online Malaysia.

]]>