Pemberitahuan » Informasi » FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Apa Itu FOMEMA?

fomema 1 - FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

FOMEMA atau nama penuhnya Foreign Workers’ Medical Examination Online adalah satu organisasi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan peringkat saringan untuk pekerja warga asing yang menetap dan bekerja di Malaysia. Prosedur ini dilakukan untuk mencegah dari tersebarnya penyakit berjangkit kepada orang ramai.

Sehingga tahun 2020, FOMEMA mempunyai panel klinik atau perubatan di Malaysia melebihi 4000 klinik, pusat X-Ray dan makmal perubatan bagi menjalankan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan sinar-X dan juga ujian makmal untuk memudahkan pekerja asing membuat program pemeriksaan perubatannya.

Portal FOMEMA online ini ditubuhkan bertujuan untuk mendaftarkan pekerja asing melakukan medical checkup di panel klinik yang telah ditetapkan. Keputusan pemeriksaan FOMEMA akan diberikan secara online di laman web FOMEMA.

Kenapa Pentingnya FOMEMA Online Ini?

Kebanjiran warga asing yang bekerja di Malaysia menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Kegagalan saringan kesihatan dikatakan sebahagiannya angkara tindakan pekerja asing terlibat melakukan penipuan sijil kesihatan untuk membolehkan mereka masuk bekerja di Malaysia.

Tindakan pihak majikan yang tidak bertanggungjawab menggaji tenaga asing terutamanya yang menghidap penyakit berjangkit seperti Tuberculosis (Tibi), kusta, HIV dan sebagainya akan membahayakan nyawa orang awam dan sekitarnya.

Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah yang masuk ke negara Malaysia hanya menggunakan visa pelancong sahaja, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah buat pemeriksaan kesihatan saringan ke atas pembantu rumah tersebut. Saringan pemeriksaan kesihatan ini amatlah penting untuk memastikan pekerja asing tersebut bebas dari sebarang penyakit berjangkit dan merbahaya.

Walaupun ejen yang menguruskan agensi pembantu rumah ini mengatakan bahawa pembantu rumah tersebut sudah menjalani pemeriksaan saringan kesihatan di negara asal dan memiliki sijil sah daripada klinik di negara asal, itu bukan suatu alasan untuk terlepas daripada mendaftar dan menjalani pemeriksaan kesihatan FOMEMA ya.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, anda disarankan untuk keluarkan sedikit wang untuk memastikan pembantu rumah yang ingin diambil bekerja itu benar-benar sihat. Sekiranya anda ingin mendapatkan permit kerja yang sah daripada pihak Jabatan Imigresen untuk pembantu rumah tersebut, pemeriksaan kesihatan ini juga sangat penting.

Setelah didapati pembantu rumah tersebut sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang merbahaya, barulah anda boleh meminta ejen untuk menguruskan permit yang sah bagi pembantu rumah tersebut.

Pekerja asing diwajibkan untuk menjalani empat sesi pemeriksaan kesihatan iaitu pemeriksaan fizikal, ujian darah, ujian air kencing dan juga pemeriksaan X-Ray serta saringan tambahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan penyakit berjangkit. Oleh itu, setiap majikan sama ada secara individu mahupun syarikat yang ingin menggunakan tenaga pekerja asing wajib buat pendaftaran pemeriksaan FOMEMA terlebih dahulu sebelum pas permit kerja atau visa diberikan oleh pihak Imigresen Malaysia kepada pekerja asing.

Majikan dikehendaki menghantar pekerja asing semula ke negara asal jika mereka gagal dalam pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan.

Portal FOMEMA: FOMEMA Online Form Registration for Foreign Workers / Fomema Online Result

unnamed - FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Setiap majikan yang ingin membuat pemeriksaan perubatan atau medical screening untuk pekerja asing mesti mendaftar akaun di Portal FOMEMA secara online. Jangan risau kerana ia mudah sahaja. Hanya perlu ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh FOMEMA.

Beberapa garis panduan yang boleh diikuti untuk buat pendaftaran pemeriksaan perubatan pekerja asing di portal online FOMEMA:

Langkah 1 : Daftar Majikan via FOMEMA Online Registration

Bagi pengguna atau majikan yang belum pernah mendaftar, boleh klik butang ‘REGISTER’ untuk mendaftar akaun baru di portal.fomema.my

register fomema - FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Setelah akaun berjaya dibuat, Borang Pendaftaran Majikan akan dipaparkan. Terdapat 3 jenis majikan seperti – Individual, Company atau Maid Online. Jadi, anda boleh pilih kategori jenis majikan yang sesuai. Semua maklumat perlu diisi dengan betul termasuklah salinan permit kerja (pekerja) dan salinan kad pengenalan anda.

Baca Juga :  GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman

Semenanjung Malaysia

Individu

Jika anda mendaftar sebagai majikan individu (individual employer),  anda perlu memuat naik salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia atau memuat naik salinan pasport bagi bukan warganegara Malaysia. Selain itu, anda kena memuat naik salinan visa pekerja (calling visa).

Syarikat

Jika anda mendaftar sebagai syarikat (Company), anda perlu memuat naik salinan dokumen pendaftaran syarikat (Form 9), salinan kad pengenalan atau salinan pasport wakil syarikat, salinan surat pengesahan (a copy of the letter authorising the contact person to perform worker registrations and any of worker’s calling visa).

Labuan

Individu

Jika anda mendaftar sebagai majikan individu (individual employer),  anda perlu memuat naik salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia atau memuat naik salinan pasport bagi bukan warganegara Malaysia. Anda perlu memuat naik salinan pasport (muka hadapan)/visit pass pekerja.

Syarikat

Jika anda mendaftar sebagai syarikat (Company), anda perlu memuat naik salinan dokumen pendaftaran syarikat (Form 9), salinan kad pengenalan atau salinan pasport wakil syarikat, salinan surat pengesahan (a copy of the letter authorising the contact person to perform worker registrations and any of worker’s calling visa) dan salinan pasport (muka hadapan)/visit pass pekerja.

Klik butang ‘SUBMIT REGISTRATION’ selepas semua informasi yang dimasukkan telah disemak dan diisi dengan betul.

Satu paparan notifikasi akan muncul di skrin sekiranya pendaftaran tadi berjaya. Anda perlu menyemak emel anda untuk tujuan pengesahan akaun.

Buka emel yang digunakan untuk tujuan pendaftaran FOMEMA online dan cari emel FOMEMA. Klik pada link pengesahan yang dihantar ke emel yang ada Employer Code dan terus login ke portal online FOMEMA.

Langkah 2: Daftar Pekerja/FOMEMA Online Registration

Kini, anda sudah boleh login masuk ke laman FOMEMA menggunakan Employer Code dan kata laluan tadi.

Ikuti 5 prosedur ini untuk memudahkan proses pendaftaran online pemeriksaan kesihatan pekerja asing:

  1. Biodata Pekerja Asing
  2. Daftar Pekerja dan Doktor Pilihan
  3. Semak Pekerja dan Pilih Kaedah Pembayaran
  4. Buat Pembayaran Secara Online
  5. Cetak Borang Pemeriksaan Perubatan

Hanya klik butang ‘START’ dan mulakan proses pendaftaran. Anda boleh tambahkan nama pekerja ke dalam sistem dan ikuti langkah seterusnya sehingga capai bahagian pembayaran FOMEMA dan cetak borang pemeriksaan perubatan pekerja.

Langkah 3: Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing

MedicalExamination - FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Anda perlu mencetak FOMEMA Medical Check Up Form selepas pendaftaran selesai dilakukan dan membawanya ke klinik.

Dalam tempoh 30 hari pendaftaran pekerja asing di portal online FOMEMA, setiap pekerja asing dibenarkan untuk membuat pemeriksaan  kesihatan dan X-Ray di klinik panel terpilih seperti yang tercatat dalam borang yang anda cetak tadi.

Pekerja asing harus melalui saringan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum meneruskan prosedur untuk pemeriksaan X-Ray pula.

Bahagian tarikh pemeriksaan selepas pemeriksaan dibuat wajib diisi oleh doktor bertugas ketika pemeriksaan berlangsung.

Langkah 4: Semakan Status Pemeriksaan Kesihatan/FOMEMA Online Result Check

Setelah pemeriksaan dilakukan di panel klinik terpilih, status FOMEMA online results check akan diketahui dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dibuat.

Anda boleh semak FOMEMA medical result online check seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Laman web: www.fomema.com.my
  • Hubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan FOMEMA di +603-27828777

FOMEMA akan menghantar keputusan pemeriksaan tersebut kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Kaedah Pembayaran FOMEMA/FOMEMA Payment Method

CC Updated FOMEMA Registration feesJuly22 19 - FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Yuran atau caj bayaran yang dikenakan bagi sesi medical check up FOMEMA untuk setiap pekerja asing adalah RM180.00 (lelaki) dan RM190.00 (perempuan). Pihak majikan boleh terus membuat pembayaran tersebut secara online menerusi sistem Financial Process Exchange (FPX)

Lebih kurang 15 bank berdaftar di bawah sistem FPX ini seperti bank CIMB, Maybank, Hong Leong dan pelbagai bank lagi yang memudahkan proses pembayaran FOMEMA online dilakukan dengan pantas dan efisyen.

Semakan Online Klinik dan Doktor FOMEMA (FOMEMA Online Check Clinic/Doctor)

Sebelum berkunjung ke klinik berhampiran anda, pastikan anda buat semakan senarai doktor panel dan klinik panel FOMEMA secara online.

Anda boleh semak senarai klinik panel dan doktor FOMEMA di pautan ini:

fomema.com.my/index.php/doctor-availability

Hal ini dapat memudahkan urusan anda untuk menguruskan soal pemeriksaan FOMEMA ini. Satu perkara yang perlu diambil kira adalah pihak majikan harus mempertimbangkan untuk memilih doktor lain sekiranya doktor pilihan majikan tidak boleh didapati ketika waktu pendaftaran.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan segera, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan FOMEMA di talian 03-2782 8777 atau hantarkan emel di cs@fomema.com.my

Anda juga boleh meletakkan soalan di ruangan komen di bawah ini sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sepanjang menggunakan portal FOMEMA dan pemeriksaan kesihatan FOMEMA online.

unnamed - FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan