Pemberitahuan » Kewangan » Geran Kewangan MITRA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

Geran Kewangan MITRA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

Geran Kewangan MITRA 2022.

Makluman khas buat semua syarikat berdaftar dan NGO ataupun yayasan di Malaysia yang ingin melaksanakan apa-apa projek atau program khas buat masyarakat India, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan geran kewangan MITRA bagi tahun 2022.

Bagaimana nak buat permohonan?

Apa syarat kelayakan untuk melayakkan permohonan?

Pemberitahuan membawakan anda artikel kami hari ini Geran Kewangan MITRA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai panduan buat mereka yang berminat.

Jom baca!

Apa Itu Geran Kewangan MITRA?

Geran Kewangan MITRA adalah satu sistem pelaksanaan bantuan yang diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara terutama sekali bagi mereka yang tergolong dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40 selain tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga etc.

Menerusi geran ini, NGO, yayasan, dan syarikat berdaftar akan diberikan bantuan kewangan untuk melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India di dalam negara.

Geran Kewangan MITRA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

Permohonan Geran Kewangan MITRA bermula pada 14 Mac 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 13 Julai 2022.

Berikut kami kongsikan maklumat-maklumat penting mengenai geran ini buat rujukan pemohon:

KATEGORI PERMOHONAN GERAN KEWANGAN MITRA

Dua kategori permohonan yang tertakluk di bawah Geran Kewangan MITRA adalah seperti berikut:

  1. Kategori 1
    • Menaik taraf ekonomi dan keusahawanan melibatkan pembangunan kemahiran profesional dan keusahawanan.
  2. Kategori 2
    • Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender, meningkatkan akses, penyaluran maklumat, kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.
Baca Juga :  Bantuan Masyarakat India Johor 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

JUMLAH BANTUAN GERAN KEWANGAN MITRA

Jumlah maksimum permohonan bantuan melalui geran ini adalah sebanyak RM300, 000.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

3 pihak yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditentukan permohonan adalah:

  1. Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar
  2. Syarikat/Peniagaan Berdaftar
  3. Yayasan Berdaftar

CARA-CARA PERMOHONAN GERAN KEWANGAN MITRA

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikut langkah-langkah di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI SPGKM (SISTEM PERMOHONAN GERAN KEWANGAN MITRA)
  2. Untuk permohonan baharu sila klik pada ‘Daftar’
  3. Isikan kesemua maklumat permohonan yang diminta dengan lengkap yang betul. Semak semua maklumat anda sebelum klik pada ‘Daftar Pengguna’
    • Screenshot 2022 03 17 at 14 22 12 SPGKM Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA SPGKM e1647498299603 - Geran Kewangan MITRA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan
  4. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran akaun.
  5. Pastikan anda mengisi maklumat permohonan di setiap bahagian dengan lengkap sebelum klik pada ‘Hantar Permohonan’

Soalan Lazim Geran Kewangan MITRA 2022

Berapa permohonan yang boleh dikemukakan oleh satu organisasi?

  • Organisasi boleh mengemukakan satu permohonan untuk satu kategori sahaja. Sekiranya terdapat dua permohonan dalam bidang yang sama, permohonan yang terawal berdasarkan tarikh dan masa akan dipilih.

Adakah organisasi harus memohon untuk melaksanakan program berdasarkan bidang yang ditetapkan?

  • Organisasi hanya boleh mengemukakan permohonan GKM berdasarkan dua kategori permohonan sahaja.

Adakah organisasi boleh mengemas kini permohonan yang telah dikemukakan?

  • Permohonan yang telah dikemukakan tidak boleh dikemas kini.

Apakah akan berlaku sekiranya organisasi tidak memberikan maklumat yang betul atau dokumen sokongan yang sahih?

  • Permohonan akan ditolak.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Geran Kewangan MITRA anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  1. No Tel: 03-8091 8198
  2. E-melkan pertanyaan ke: infomitra@perpaduan.gov.my