GKP PEMERKASA PLUS 3.0.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin mengumumkan bantuan tambahan di dalam Program PEMERKASA PLUS pada 31 Mei lalu bagi membantu meringankan beban rakyat yang terpaksa menghadapi tempoh lockdown bermula 1 Jun 2021.
Di dalam Program PEMERKASA PLUS ini, bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sekali lagi diumumkan untuk pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia yang layak.
Untuk membuat semakan status GKP 3.0 anda, teruskan membaca artikel Pemberitahuan hari ini GKP PEMERKASA PLUS 3.0: Semakan Status & Tarikh Bayaran untuk panduan penuh.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Apa Itu Geran Khas Prihatin (GKP)?
Semenjak Wabak Covid-19 yang melanda negara disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah semestinya menjejaskan ekonomi masyarakat dan negara. Semua aktiviti dagangan terhenti dan tiada aliran tunai buat peniaga-peniaga.Bagi meringkan beban khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia, kerajaan amat bertimbang rasa dan mengambil berat keadaan golongan ini dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GPK).
Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu. GKP yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini.
Dengan peruntukan kesuluruhan berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.
GKP PEMERKASA PLUS 3.0: Semakan Status & Tarikh Bayaran
Matlamat utama GKP 3.0 ini diberikan adalah untuk memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS mikro tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
TARIKH BAYARAN GKP PEMERKASA PLUS 3.0
Untuk makluman mereka yang layak, tarikh bayaran bagi GKP 3.0 PEMERKASA adalah pada bulan Jun 2021.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
- Pemohon yang lulus permohonan baharu GKP 3.0
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
- Pemohon masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
– Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
Pemohon juga perlu berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
SEMAKAN STATUS GKP PEMERKASA PLUS 3.0
Mereka yang ingin membuat semakan status kelayakan penerimaan bantuan GKP ini boleh rujuk langkah-langkah di bawah:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI GKP 3.0
- Masukkan no kad pengenalan anda.
- Isi captcha dan klik ‘Semak’
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
KEMASKINI AKAUN GAGAL KREDIT GKP PERMAI
Untuk makluman, pengemaskinian akaun bank perlu dibuat mulai 5 Mei sehingga 19 Mei bagi membolehkan urusan pembayaran semula dapat dilakukan ke akaun bank anda.
CARA KEMASKINI AKAUN BANK GAGAL KREDIT GKP
Berikut adalah cara-cara untuk anda mengemaskini maklumat akaun bank:
- Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI GKP
- Klik ‘Log Masuk’ dan masukkan no. kad pengenalan kemudian klik pada ‘Semak’
- Masukkan kata laluan anda.
- Klik pada bahagian profil dan kemaskini maklumat akaun bank anda.
Selesai!
Maklumat Lanjut GKP PEMERKASA PLUS 3.0
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) juga beroperasi pada 1 & 2 Mei 2020, 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH