Pemberitahuan » Informasi » GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman

GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman

GrEP MARA 2022 Online.

Anda merupakan pelajar IPT yang berkelayakan untuk membuat pinjaman boleh ubah di bawah Program Graduan Cemerlang Grep MARA?

Kami sediakan panduan khas buat anda!

Artikel Pemberitahuan hari ini GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman sebagai rujukan khas buat pelajar-pelajar IPT yang berminat.

Jom baca!

Apa Itu GrEP? Program Graduan Cemerlang (MARA)

Apa itu Program Graduan Cemerlang (MARA)?

GrEP ialah pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) dalam bentuk pinjaman boleh ubah. Pinjaman boleh ubah ini ditawarkan kepada pelajar IPT dalam negara yang dijangka memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara suatu hari nanti.

Berita baik untuk anda!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan bagi pelajar-pelajar Pasca Siswazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk memohon Program Graduan Cemerlang 2020 atau Graduate Excellence Programme (GREP MARA) 2020.

TEMPOH PINJAMAN & PERMOHONAN

Berikut adalah tempoh pinjaman dan permohonan di setiap peringkat pengajian:

TEMPOH PINJAMAN

  • Pengajian Peringkat SARJANA: 2 Tahun
  • Pengajian Peringkat Doktor Falsafah: 4 Tahun

TEMPOH PERMOHONAN

  • Permohonan Dibuka: 1 April 2022
  • Permohonan Ditutup: 15 April 202

SENARAI UNIVERSITI YANG LAYAK MEMOHON

  • Universiti Awam (UA)
  • Government Linked Universities (GLU)
    • Universiti Teknologi Petronas
    • Universiti Tenaga Nasional
    • Universiti Multimedia
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK MEMOHON

Bidang pengajian yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Engineering & Environment
  • Marketing, Business & Management
  • Creative Design
  • IT & Computer Science
  • Build Professionals
  • Accounting & Finance
  • Medical Science
  • Food Security
  • Food Security
  • Transport
Baca Juga :  Panduan Register Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50

Screenshot 2022 04 07 at 10 47 43 GARIS PANDUAN PERMOHONAN GREP INTAKE 1 2022.pdf e1649299809148 - GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman

GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang perlu anda penuhi sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

CARA-CARA PERMOHONAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG GREP (MARA)

Mereka yang berminat boleh rujuk pautan yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan:

  1. PERMOHONAN GrEP MARA 2022 ATAS TALIAN/ONLINE
  2. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN: AM & AKADEMIK
  3. SOALAN LAZIM GrEP MARA 2022

Maklumat Lanjut GrEP MARA 2022 Online

Sebarang pertanyaan mengenai program ini anda boleh hubungi:

  • Alamat:
    • Bahagian Penganjuran Pelajaran,
      Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA,
      21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
  • No. Telefon : 03-2613 2103 / 32109 / 32067 / 32106
  • Emel : pascasiswazah@mara.gov.my
  • grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara)
  • grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara)

Semoga artikel ini dapat membantu meringankan beban pelajar IPT yang memerlukan pinjaman boleh ubah daripada program ini. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH