Pemberitahuan » Panduan » Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Akaun 2?

Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat isu COVID-19 ini membolehkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan.

Bagaimana dan dimana anda boleh buat permohonan?

Pemberitahuan menyediakan artikel Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Akaun 2 sebagai panduan lengkap untuk anda.

Jom teruskan membaca!

rm50 cash ringgit - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

 

Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Akaun 2

Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan.

Bagaimanapun, pengeluaran awal simpanan KWSP sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan, cara-cara permohonan dan beberapa lagi maklumat lain mengenai permohonan ini:

PENGUMUMAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 AKIBAT COVID-19

Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh melakukan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 tertakluk kepada:

  • Kadar Maksimum RM500 sebulan
  • Untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN i – Lestari

  1. Merupakan warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
  2. Berumur kurang daripada 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan

CARA-CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

PERMOHONAN SECARA ONLINE

  • Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020

Berikut kami tunjukan cara Permohonan i – Lestari Melalui Online:

FB IMG 1585718028234 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718030548 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718032925 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718039749 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718042406 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718044714 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718076324 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718080961 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718083102 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718085711 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

FB IMG 1585718087949 - Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

 

PERMOHONAN MELALUI EMEL

  • Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik);
  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

PERMOHONAN SECARA POS

  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Secara pos/ pos berdaftar ke alamat:
Baca Juga :  Cara Renew Passport Online

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

NOTA:

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

SOALAN-SOALAN LAZIM PENGELUARAN i-Lestari

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?” answer-0=”Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?” answer-1=”Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah: i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada: Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021 ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i) iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020″ image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?” answer-2=”Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.” image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?” answer-3=”Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan. ” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?” answer-4=”Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh itu. ” image-4=”” count=”5″ html=”false” css_class=””]

Maklumat Lanjut 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2, sila layari:

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami mengenai Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 bagi membantu meringankan beban menghadapi kes COVID-19. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!