Permohonan Dan Semakan Status i-lestari KWSP Tanpa i-Akaun Online
Untuk makluman anda ini merupakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat isu COVID-19 ini, Yang membolehkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan.
Pemberitahuan menyediakan artikel mengenai i-Lestari KWSP: Permohonan Dan Semakan Status sebagai panduan lengkap untuk anda. Inisiatif terkini daripada pihak KWSP adalah mewujudkan laman ilestari.kwsp.gov.my, di mana anda tidak perlu lagi membuat pembukaan i-akaun seperti sebelumnya. Sekiranya anda ada akaun di KWSP dan Akaun 2 mempunyai duit, Anda Layak untuk membuat permohonan pengeluaran i-lestari
Isi Kandungan
Tarikh Bayaran KWSP i-Lestari
Untuk makluman pemohon i-Lestari, Pembayaran pengeluaran bermula 4 MEI 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa bayaran Pengeluaran i-Lestari untuk pemohonan yang lulus akan mulai di bayar ke dalam akaun bank Ahli bermula 4 Mei 2020 sehingga 18 Mei 2020. i-Lestari KWSP semakan untuk bulan Jun boleh di buat seperti cara semakan i-lestari seperti kami tunjukkan di bawah.
Permohonan i-lestari KWSP di ilestari.kwsp.gov.my
Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan.Bagaimanapun, pengeluaran awal simpanan KWSP sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan. Berikut merupakan cara-cara permohonan i-lestari KWSP.
- Layari laman web rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/
- Pilih pada bahagian permohonan baru
- Isikan maklumat Nama penuh, No IC, No telefon, E-mel, alamat dan poskod
- Pilih jumlah amuan pilihan anda
- Pilih Bank dan masukkan Nombor akaun bank anda yang aktif
- Tanda pada kotak pengesahan pengakuan permohonan
- Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
- Pemohonan pengeluaran i- lestari KWSP anda telah berjaya di hantar
- Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
- Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
- Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
- Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
- Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online.
Cara Semakan Status i-lestari KWSP
Setelah permohonan berjaya di hantar, Semakan status permohonan i-lestari boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan i-lestari dibuat. Berikut kami tunjukkan cara semak i-lestari :
- Pastikan anda Layari laman web rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
- Pilih pada bahagian semak status permohonan
- Masukkan nombor Mykad, Nombor telefon Bimbit anda dan tekan semak
- Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan
Soalan Lazim i-Lestari KWSP
[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”Berapakah Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i- Lestari KWSP ?” answer-0=”Pengeluaran adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”Apakah Konsep am Pengeluaran i-Lestari KWSP ?” answer-1=”Konsep am Pengeluaran adalah seperti berikut: a)Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja. b)Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c). c)Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran iaitu 31 Mac 2021. Ilustrasi: a)Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan. b)Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan. c)Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan. ” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”Apakah Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran ?” answer-2=”a)Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ; b)Berumur di bawah 55 tahun; dan c)Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2″ image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran ” answer-3=”Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”Berapakah Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran ” answer-4=”Amaun Pengeluaran yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut. ” image-4=”” headline-5=”h3″ question-5=”Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?” answer-5=”Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP. Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.” image-5=”” headline-6=”h3″ question-6=”Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.” answer-6=”Buat masa ini Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan. ” image-6=”” headline-7=”h3″ question-7=”Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran ” answer-7=”Permohonan Pengeluaran boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut : a)Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui Online; b)Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau c)Secara hantaran pos kepada alamat : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat. Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan. Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja. ” image-7=”” headline-8=”h3″ question-8=”Mengapakah amaun Pengeluaran terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?” answer-8=”Pengeluaran adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan. ” image-8=”” headline-9=”h3″ question-9=”Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran terhad kepada sekali sebulan?” answer-9=”Kekerapan bayaran Pengeluaran adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.” image-9=”” headline-10=”h3″ question-10=”Mengapakah Pengeluaran hanya untuk tempoh setahun sahaja?” answer-10=”Tujuan Pengeluaran adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.” image-10=”” count=”11″ html=”true” css_class=””]
Maklumat Lanjut i- Lestari KWSP
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP i-lestari, sila layari:
Kesimpulan i-Lestari KWSP: Permohonan Dan Semakan Status
Semoga perkongsian kami mengenai Permohonan Dan Semakan Status i-lestari tanpa i-akaun ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 anda bagi membantu meringankan beban menghadapi kes COVID-19. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!