Daftar iSaraan

Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri & Suri Rumah

Posted on

Dikemaskini pada

Cara Daftar i-Saraan KWSP

Adakah anda ingin daftar i-Saraan KWSP?

Berita baik buat anda bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap dan suri rumah yang ingin membuat pendaftaran caruman i-Saraan KWSP secara sukarela!

Kami menyediakan artikel Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri & Suri Rumah khas sebagai panduan mudah untuk anda. Berminat?

Jom baca!

Apa Itu i-Saraan KWSP?

Insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja biasa setiap bulan.

Caruman Sukarela ini adalah untuk tujuan persaraan dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Sebagai ahli insentif, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksima sebanyak RM250/Setahun). Ianya berkuatkuasa I Januari 2018 ke atas caruman anda. Tetapi, ini tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman majikan.

Untuk pengetahuan anda juga sumbangan kerajaan ini adalah TERHAD kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja.

i-Saraan KWSP SKIM PENJANA

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menyokong rangka perlindungan sosial bagi ekonomi gig dan menggalakkan pekerja sektor berkenaan untuk menyimpan demi masa hadapan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berharap insentif geran padanan diberikan kerajaan menerusi PENJANA bagi ekonomi gig akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.

Cara Daftar i-Saraan KWSP

Cara Daftar i-Saraan KWSP

Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan, cara pendaftaran, borang pendaftaran dan pelbagai maklumat lain untuk anda yang berminat:

FAEDAH-FAEDAH i-SARAAN KWSP

  1. Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
  2. Membolehkan anda membuat pengeluaran dan mencarum mengikut kemampuan dan masa yang ada.
  3. Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% (maksima RM250/Setahun) bagi ahli yang berumur kurang dari 55 tahun. Insentif KHAS ini diberikan dari 2018 hingga 2022.
  5. Bantuan Kematian: Sebanyak RM2500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
Baca Juga :  Permohonan Rumah SJKP

SENARAI GOLONGAN MEREKA YANG BEKERJA SENDIRI

Kami kongsikan juga senarai mereka yang diklasifikasikan sebagai bekerja sendiri:

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Pengasuh Bayi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Ejen menerima komisen (ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan dalam talian
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAFTAR i-SARAAN

Antara Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP adalah seperti berikut:

  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  3. Ahli KWSP
  4. Berumur 55 tahun ke bawah
  5. Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M))

NOTA:

Jika anda Suri rumah anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan.

Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

CARA DAFTAR i-SARAAN

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai ahli KWSP/i-Saraan anda boleh buat demikian di mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda sediakan untuk mendaftar:

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi atau layari portal rasmi KWSP mengikut pautan yang kami sediakan di bawah:

LAMAN WEB RASMI KWSP

Kesimpulan Cara Daftar i-Saraan KWSP

Semoga artikel ini memberikan segala maklumat yang anda perlukan untuk membuat pendaftaran. Selamat maju jaya kami ucapkan!

Sebar-sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan