Pemberitahuan » Informasi » iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan & Syarat Kelayakan

iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan & Syarat Kelayakan

iCitra KWSP Pengeluaran RM5000.

Pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran melalui Program i-Citra KWSP boleh mula membuat permohonan hari ini.

Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan pada 12 JULAI 2021.

Bagaimana?

Baca artikel kami hari ini iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan Online & Syarat Kelayakan sebagai panduan untuk anda yang ingin memohon.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Screenshot 2021 07 12 at 17 05 22 E6AFflCUYAcsIWa 1625993062 webp WEBP Image 960 × 960 pixels — Scaled 79 - iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan & Syarat Kelayakan

iCitra KWSP Pengeluaran RM5000: Permohonan Online & Syarat Kelayakan

Untuk makluman anda, i-Citra diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka sepanjang menghadapi kemelut penularan Covid-19 di Malaysia.

JUMLAH PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Mereka yang layak dan berjaya memohon  akan mula menerima bayaran bermula bulan Ogos 2021.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

  • Pembayaran pengeluaran sebanyak RM5000 itu akan dilakukan secara ansuran dalam tempoh masa 5 bulan. Ini bermaksud maksimum pengeluaran yang ditetapkan disini adalah RM1000 untuk setiap bulan.
  • Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN i-CITRA KWSP

Syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi adalah seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

CARA MEMOHON iCITRA KWSP ONLINE

Mereka yang berkelayakan dan memenuhi semua syarat di atas boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI iCITRA KWSP
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda yang masih aktif.
  • Klik ‘Teruskan’ dan akan menerima nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda.
  • Masukkan nombor OTP tersebut dan klik ‘Sahkan OTP’
  • Pilih ‘Amaun Pilihan’ anda dan amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun.
  • Tentukan amaun pengeluaran anda dengan menggerakkan slide pilihan ke kiri atau ke kanan.
  • Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.
  • Klik ‘Teruskan’ dan lengkapkan maklumat permohonan di bawah:
    • Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • No MyKad
    • No telefon bimbit
    • Alamat email
    • Alamat rumah
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
  • Lengkapkan maklumat pembayaran.
  • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).
  • Klik ‘Teruskan’
  • Teruskan dengan menyemak ‘Maklumat Permohonan & Pembayaran’
  • Tandakan tick pada ‘Perakuan Terma & Syarat’ untuk persetujuan.
  • Tandakan pada ‘Saya Bukan Robot’ bagi meneruskan permohonan.
  • Paparan yang tertulis ‘Terima Kasih’ menunjukkan permohonan telah diterima.
  • Klik ‘Cetak & Simpan’ untuk cetak dan simpan rekod permohonan i-Citra.
Baca Juga :  Pengambilan TLDM Sesi 223/21: Permohonan & Syarat Kelayakan

Soalan Lazim (FAQ)

Mengapakah Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan?

  • Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

  • Boleh. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

  • Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

  • Boleh namun tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

  • Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.

Maklumat Lanjut iCitra KWSP Pengeluaran RM5000

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iCitra KWSP anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH