Pemberitahuan » Panduan » Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020

Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020

Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020.

Apa faedah dan manfaat yang dapat diberikan kepada rakyat melalui pakej rangsangan ini?

Pemberitahuan membawakan khas untuk anda Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 untuk kita sama-sama memahami usaha kerajaan dalam membantu memulihkan ekonomi negara yang semakin gawat dek kerana Covid-19.

Mari teruskan bersama kami.

Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Membantu Rakyat

Penularan Covid-19 diseluruh dunia secara automatiknya menimbulkan konflik yang lebih besar di dalam keadaan ekonomi negara yang gawat. Kerajaan melalui Pakej Rangsangan ini cuba untuk membaik pulih semula dan membantu menjana ekonomi negara.

Dua matlamat utama Pakej Rangsangan Ekonomi ini adalah untuk mengatasi kesan virus COVID-19 dan memberi sokongan tambahan untuk isi rumah dan perniagaan bagi terus menjana aktiviti ekonomi.

Pakej rangsangan ini mempunyai tiga strategi utama iaitu:

  1. MENANGANI IMPAK COVID-19 (18 LANGKAH);
  2. MEMANGKIN PERTUMBUHAN BERTERASKAN RAKYAT (5 LANGKAH);
  3. MENGGALAKKAN PELABURAN BERKUALITI (9 LANGKAH)

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif yang diwujudkan bagi merancakkan ekonomi negara yang merosot akibat:

  1.  Konflik perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat China (China)
  2.  Penularan wabak COVID-19 bermula pada awal tahun 2020 yang telah menjejaskan pelbagai negara, terutama di rantau ini.

POLITiK33 1583204431 - Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020

 

Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 

Berikut info ringkas yang dapat kami kongsikan kepada anda mengenai kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara:

MEMBERI KEMUDAHAN PENGALIRAN TUNAI

  • Berikut ialah beberapa langkah yang disediakan kerajaan:
  • Penundaan ansuran bulanan cukai pendapatan bagi perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan.
  • Syarikat terjejas dibenarkan menyemak semula anggaran keuntungan 2020
  • Diskaun sementara selama enam bulan sebanyak 15 peratus daripada bil elektrik secara bulanan bagi hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pusat membeli belah, pusat konvensyen dan pameran
  • Pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia bagi hotel dan syarikat pelancongan
  • Pengecualian cukai perkhidmatan bagi hotel
  • Bank Negara Malaysia sedia Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa berjumlah RM2 bilion
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) memperuntukkan RM200 juta kemudahan mikro kredit pada kadar 4.0 peratus.
  • Proses kelulusan dana sedia ada di Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Tabung Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM1.5 bilion dipercepatkan
  • Semua bank dikehendaki mengurangkan beban kewangan dalam bentuk penangguhan bayaran atau penjadualan semula pinjaman.
  • Industri perhotelan dan pusat membeli-belah digalakkan tawar diskaun dan mengurangkan kadar sewa premis
  • Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) akan mengurangkan kadar sewa premis kepada penyewa di lapangan terbang, dan kurangkan caj pendaratan dan parkir

BANTUAN KHAS UNTUK INDIVIDU YANG TERKESAN

  • Pembayaran secara “one-off” sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar. *Walaubagaimanapun, pemandu e-hailing tidak disebut sebagai penerima bantuan ini
  • Pemberian elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang tebabit, berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak COVID-19 berakhir
Baca Juga :  Semakan PPAM Permohonan Perumahan Penjawat Awam Online

LANGKAH PENAMBAHBAIKAN MODAL INSAN

  • Geran padanan RM100 juta disediakan kepada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF) untuk membiayai tambahan 40,000 pekerja sektor pelancongan dan sektor lain yang terkesan.
  • Peruntukkan RM50 juta disediakan untuk subsidi pembiayaan kursus jangka pendek digital dan berkemahiran tinggi
  • Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ditambah baik dengan kos latihan boleh dituntut ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000

MERANGSANG SEMULA SEKTOR PELANCONGAN

  • Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik
  • Rakyat Malaysia diberikan baucar digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, kereta api dan penginapan di hotel berlesen.
  • Geran padanan untuk mempromosi pelancongan dengan peruntukan RM500 juta
  • Melonggarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan hotel oleh agensi kerajaan

MEMANGKINKAN PERTUMBUHAN BERTERASKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7.0 peratus
  • Bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup (BSH) pada Mei sebanyak RM200 diawalkan ke Mac 2020
  • Setiap penerima BSH mendapat tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT DAN MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP

  • Tabung AgroFood disediakan sebanyak RM1 bilion oleh BNM pada kadar 3.75 peratus
  • RM10 juta kepada FAMA untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan
  • Geran RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform e-dagang
  • Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.
  • Peruntukan tambahan RM2 bilion bagi pelaksanaan segera kerja penyelenggara dan pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara bagi rangsangan luar bandar

MENGGALAKKAN PELABURAN YANG BERKUALITI

  • Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) akan membuka bidaan jana kuasa tenaga solar 1,400 megawatt membabitkan pelaburan swasta RM5 bilion dan menjana pekerjaan 25,000 pekerja
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melabur sebanyak RM3 bilion untuk kerja berkaitan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara
  • Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang untuk melabur sebanyak RM13 bilion, termasuk mempercepatkan projek seperti lampu jalan LED, grid transmisi dan pemasangan panel solar bumbung
  • Peruntukkan RM500 juta untuk Dana Pelaburan Bersama dengan pelabur swasta pada padanan sekurang-kurangnya 1 nisbah 3 yang akan menjadikan keseluruhannya RM2 bilion untuk pelaburan di peringkat awal dan awal pertumbuhan
  • Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia akan mengecualikan bagi tempoh 12 bulan, yuran penyenaraian di papan Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP) dan di papan Access, Certainty, Efficiency (ACE), serta syarikat yang bermodal pasaran kurang RM500 juta yang ingin tersenarai dalam papan utama
  • BNM akan menyediakan Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS bernilai RM300 juta
  • Kerajaan akan membenarkan Elaun Modal Dipercepatkan selama tempoh dua tahun untuk perbelanjaan ke atas mesin dan kelengkapan, termasuk ICT
  • Kerajaan akan menyediakan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian premis perniagaan sehingga RM300,000
  • Mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan dan pembelian peralatan untuk operasi pelabuhan untuk tempoh tiga tahun bermula 1 April 2020

SUMBER: BHARIAN / 27 FEB 2020

Kesimpulan

Kami berharap perkongsian hari ini dapat membantu anda menjadi rakyat Malaysia yang lebih peka dengan keadaan ekonomi yang melanda negara dan sentiasa berusaha menjadi rakyat yang proaktif dan efisien dalam membantu menangani wabak Covid-19 dan juga dalam masa yang sama menjana ekonomi negara untuk kesejahteraan bersama.

Kongsikan artikel dengan ahli keluarga anda dan rakan-rakan. Sama-sama kita menjadi rakyat yang bijak dan efektif.

TERIMA KASIH