Pemberitahuan » Informasi » Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online

Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online

Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online?

Pelaksanaan PKP untuk membanteras Covid-19 mempengaruhi norma kehidupan kita dan bayar zakat fitrah online merupakan alternatif yang terbaik buat masa ini. Kadar Zakat Fitrah Dan Pembayaran Secara Online artikel kami hari ini menyediakan panduan dan segala maklumat dan panduan yang anda perlukan. Berikut adalah kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri di Malaysia. Pembayaran boleh dibuat secara online melalui link mengikut negeri yang disediakan.

Cara nak bayar zakat fitrah online, Jom baca!

Apa Itu Zakat Fitrah Dan Kadar Zakat Fitrah 2020

Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Antara hikmah Allah mensyariatkan zakat adalah untuk mengagihkan sebahagian kecil harta golongan berada kepada mereka yang kurang bernasib baik selain memberi peluang kepada pembayar zakat untuk membersihkan diri serta menyuburkan harta mereka.

Pembayaran zakat fitrah secara online ini turut membantu mereka yang mempunyai kekangan masa yang terhad agar dapat melakukan kewajipan atau suruhan agama ini.

Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat.

Sebarang maklumat lanjut mengenai ini akan kami sertakan di pautan di bawah.

Bayar Zakat Fitrah Secara Online 2020

Berikut kami kongsikan kadar bayar zakat setiap negeri dan juga panduan pembayaran secara online menggunakan apps:

KADAR ZAKAT FITRAH 2020 SETIAP NEGERI

Untuk pengetahuan anda, jenis zakat yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).

Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Contohnya:

Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Berikut adalah kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri di Malaysia. Pembayaran boleh dibuat secara online melalui link mengikut negeri yang disediakan.

Antara Kadar Zakat Fitrah 2020 yang terdapat pada jadual di bawah adalah,Perlis, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan juga Sabah.

[sc_fs_faq html=”true” headline=”p” img=”” question=”Jadual berikut merupakan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia:” img_alt=”” css_class=””] kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia [/sc_fs_faq]

Negeri Tahun 2019 Tahun 2020
Perlis 7.00 7.00
Kedah 7.00/14.00/21.00 5.00/7.00/14.0021.00
Pulau Pinang 7.00 7.00/16.00
Perak 7.00/14.00/21.00 7.00/14.00/21.00
Selangor 7.00 7.00/14.00/21.00
Negeri Sembilan 7.00 7.00
Melaka 7.00/14.00 7.00/14.00
Johor 7.00/10.00 7.00/10.00
Pahang 7.00 7.00
Terengganu 7.00 7.00
Kelantan 7.00 7.00/14.00/21.00
Sarawak 7.00 7.00
Sabah 7.00 6.00/7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
7.00 5.00/7.00

 

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MENGGUNAKAN APLIKASI ONLINE

Untuk makluman anda, pembayaran zakat fitrah boleh di buat memalui online. Berikut kami sertakan pautan pembayaran zakat secara online mengikut negeri di bawah berserta pautan berkaitan:

Baca Juga :  Cara Claim Perkeso Pekerja Positif Covid Di Tempat Kerja

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH 2020 ONLINE MENGIKUT NEGERI

MELAKA

Bayar zakat fitrah online di Negeri Melaka boleh dibuat kepada amil fitrah yang dilantik ataupun Bayar Zakat
Fitrah secara online di pautan:

JOHOR

Urusan berkaitan Bayar zakat fitrah di Negeri Johor HANYA dilaksanakan secara dalam talian melalui
saluran-saluran berikut:

NEGERI SEMBILAN

Umat Islam di Negeri Sembilan boleh Bayar zakat fitrah secara atas talian (online) melalui:

SELANGOR

Umat Islam di Selangor boleh membuat Bayar zakat fitrah secara atas talian (online) melalui:

PERAK 

Bayar zakat fitrah atas talian untuk umat Islam di Perak:

KEDAH

Bayar zakat fitrah untuk umat Islam di Kedah pada tahun 2020 digalakkan untuk dilaksanakan secara atas talian berikutan keadaan semasa. Antaranya adalah menerusi platform online di:

PULAU PINANG

Umat Islam khasnya di Negeri Pulau Pinang boleh Bayar zakat fitrah menggunakan pembayaran secara atas online samada dengan menggunakan:

PERLIS

Umat Islam di Perlis boleh Bayar zakat fitrah online melalui:

KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN

Cara Bayar Zakat Fitrah online di KL & Putrajaya boleh ditunaikan bermula pada 1 Ramadan 1441H di pautan:

KELANTAN

MAIK mengalu-alukan umat Islam di Kelantan untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian dengan merujuk kepada:

TERENGGANU

Pembayaran zakat fitrah online untuk Terengganu boleh dibuat melalui:

PAHANG

Pembayaran zakat fitrah online untuk umat Islam di Pahang boleh dibuat menerusi platform online di:

SARAWAK

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan kaedah alternatif untuk memudahkan umat Islam membayar zakat
fitrah pada Ramadan 2020/ 1441H secara online:

SABAH

Umat Islam di Sabah boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui wakil-wakil amil yang bertauliah atau membayar secara online melalui:

Maklumat Penting Pelaksanaan Pembayaran Zakat Fitrah Semasa PKP

Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1441H/2020M:

  1. Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan.
  2. Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online).
  3. Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga.
  4. Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum.
  5. Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual.
  6. Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut.
  7. Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat.
  8. Kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan.

Maklumat Lanjut Kadar Zakat Fitrah 2020

Sebarang maklumat lanjut yang anda perlukan tentang pembayaran zakat fitrah online semasa tempoh PKP ini boleh melayari pautan yang kami sediakan di bawah:

loading - Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online Loading...
EAD logo - Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online Taking too long?

reload - Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online Reload document
| open - Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online Open in new tab

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri

Kesimpulan Kadar Zakat Fitrah 2020

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Kemajuan teknologi masa kini dapat memudahkan banyak urusan termasuk pembayaran zakat secara online ini. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak yang terlibat ini.