Pemberitahuan » Terkini » Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020

Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020

Macam mana nak tahu tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET bagi tahun depan? Dimana dan macam mana nak dapatkan kalendar peperiksaan MUET tahun 2020 bagi sesi 1, 2 dan 3? 

Seperti biasa, Pemberitahuan sentiasa mempunyai solusi buat masalah anda!

Artikel kami hari ini kami sediakan anda Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan ini anda dapat melakukakan segala persiapan awal bagi menduduki peperiksaan MUET untuk tahun hadapan.

Apa tunggu lagi?

Jom teruskan bersama kami!

Malaysian University English Test (MUET)

Malaysian English University Test (MUET) adalah merupakan satu bentuk ujian Bahasa Inggeris yang melibatkan empat komponen iaitu:

  1. lisan (speaking)
  2. penulisan (writing)
  3. bacaan (reading)
  4. pendengaran (listening)

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2020 Sesi 1 2 3 1 - Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020

Peperiksaan MUET diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Keputusan peperiksaan MUET ini akan digunakan sebagai salah satu syarat khas kemasukan ke universiti awam Malaysia dengan syarat minima MUET adalah ditetapkan oleh universiti awam masing-masing.

Pelajar perlu mencapai tahap Band yang diperlukan untuk layak membuat permohonan kemasukan ke universiti awam.

Setiap tahun, peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali (sesi) iaitu sesi 1, 2 & 3 (Dahulunya dikenali sebagai sesi Mac, Julai dan November).

Selain itu terdapat juga peperiksaan yang diadakan di luar sesi ini yang dipanggil MUET On Demand (MOD). Untuk mengambil peperiksaan MUET pelajar perlu untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu secara online. Setelah itu, mereka perlu cetak slip pendaftaran dan bawa ketika peperiksaan MUET berlangsung.

Perlu diingatkan, tiada sebarang kelas persediaan peperiksaan MUET. Oleh itu, pelajar perlu membuat persediaan sendiri untuk menyediakan diri dalam kesemua komponen peperiksaan MUET.

Baca Juga :  Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online

Kepentingan peperiksaan MUET ini adalah sebagai indikator untuk mengetahui kemahiran berbahasa inggeris pelajar sebelum mendaftar ke mana-mana universiti awam. Penguasaan bahasa inggeris di peringkat universiti amat penting memandangkan ia merupakan bahasa antarabangsa masa kini.

Tambahan pula proses pengajaran dan pembelajaran di universiti juga dalam bahasa inggeris. Oleh sebab itu, peperiksaan MUET dijalankan bagi memastikan pelajar mahir berbahasa inggeris.

Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020

Jadual peperiksaan MUET telah dikeluarkan secara rasmi oleh MPM untuk sesi 1, 2 dan 3 tahun 2020 meliputi tarikh pendaftaran peperiksaan beserta tarikh ujian diadakan.

Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET boleh merancang sendiri tarikh untuk mengambil peperiksaan MUET. Jadual peperiksaan MUET mengikut sesi adalah seperti berikut:

KALENDAR MUET 2020

Capture 1 - Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi MPM ataupun alamat berikut. Turut disertakan juga adalah pautan muat turun jadual peperiksaan MUET yang lengkap:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ceo@mpm.edu.my

Berikut adalah pautan yang kami sediakan buat anda:

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Jadual Lengkap Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2020

KESIMPULAN

Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini pada tahun hadapan. Semoga perjuangan anda ke menara gading dimulakan dengan kemenangan dan diakhiri dengan kejayaan.

TERIMA KASIH