Pemberitahuan » Panduan » Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Secara Online

Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Secara Online

Anda merupakan salah seorang pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH)? Tahukah anda, bahawa anda perlu mengemaskini maklumat anda untuk Bantuan Sara Hidup 2020?

Dimana perlu anda kemaskini? Manual atau online?

Artikel Pemberitahuan pada hari ini bawakan khas kaedah untuk anda kemaskini maklumat anda dalam Bantuan Sara Hidup (BSH). Kaedah yang boleh anda gunakan, pada siapa yang perlu anda maklumkan semuanya ada disini,

BANTUAN SARA HIDUP KHAS BUAT RAKYAT

Untuk pengetahuan anda bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberi nama baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Seiring dengan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bantuan kewangan ini dijangka bakal diteruskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun yang mendatang.

Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka setelah beberapa subsidi bahan harian dimansuhkan oleh kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri Malaysia, pemberian BSH merupakan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menukar mekanisme pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar yang dapat mengurangkan ketirisan. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan, BSH sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kerana dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Terkini seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2019, terdapat tiga kategori penerima BSH iaitu:

  • kategori  isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah diberikan sebanyak RM1,000
  • kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 diberikan sebanyak RM750
  • kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 diberikan sebanyak RM500

BSH diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.

KENAPA ANDA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BSH ANDA?

  • Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak.
  • Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini
  • Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat dilaksanakan dengan mudah

MAKLUMAT YANG PERLU ANDA DIKEMASKINI

  • Maklumat pemohon. Pastikan nombor telefon adalah tepat untuk kegunaan log masuk MyBSH
  • Anggaran pendapatan kasar bulanan
  • Maklumat pasangan. Sila nyatakan anggaran pendapatan kasar bulanan pasangan
  • Status perkahwinan. Jika kematian/perceraian, sila nyatakan tarikh kematian/perceraian
  • Maklumat anak. Terhad kepada empat orang anak sahaja
  • Maklumat bank. Pastikan anda pilih bank yang masih aktif. Jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya,
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun tertakluk kepada terma dan syarat
  • Dokumen sokongan yang diperlukan. Terhad kepada enam dokumen sahaja dan tidak melebihi 3Mb untuk setiap fail
  • Maklumat waris
Baca Juga :  Kemaskini dan Semakan Permohonan BSH Fasa 2

BILA  PERLUNYA ANDA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP INI?

  • Penerima sedia ada BSH tidak perlu mengemukan permohonan baru
  • Sekurang-kurangnya sekali pengemaskinian dalam tempoh 3 tahun
  • Penukaran maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon
  • Perubahan status perkahwinan, kematian pasangan/tanggungan dan perubahan waris.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Secara Online - Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Secara Online

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 SECARA ONLINE

Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BSH pada tahun lepas iaitu:

  1. Kaedah secara dalam talian (online)
  2. Kaedah menggunakan borang manual

Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat.

KEMASKINI BSH SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

  1. Sila klik pada pautan ini untuk mengemaskini maklumat anda
  2. Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang mohon TAC dan anda akan dapat enam digit nombor TAC
  4. Masukkan nombor TAC dan tekan butang hantar. Nombor TAC sah selama 24 jam sahaja
  5. Sila klik pada butang kemaskini untuk membuat kemaskini maklumat
  6. Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan tekan butang hantar jika sudah lengkap
  7. Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan tekan bukan Sahkan Captcha untuk membuat pengesahan maklumat
  8. Tandakan ‘Tick’ pada kotak di paparan seterusnya untuk membuat pengakuan terhadap Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan bagi pengesahan pengenalan
  9. Tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses kemaskini

Untuk maklumat lanjut, sila klik dua link yang disediakan di bawah:

Nota Kemaskini: Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik diumumkan.

KEMASINI BSH KAEDAH BORANG (MANUAL)

Borang manual kemaskini maklumat BSH boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BSH Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan.

Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat terbaru kemaskini secara manual ini.

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual serta borang kemaskini maklumat waris.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN MENGENAI BANTUAN SARA HIDUP 2019

Maklumat lanjut berkeanaan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh didapati di pautan FAQ di bawah atau hubungi:

  • FAQ Kemaskini Permohonan BSH 2019
  • Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
  • Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
  • E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
  • Portal Rasmi: https://bsh.hasil.gov.my

Tindakan ini hanya boleh dilakukan jika maklumat telah dihantar atau disimpan secara dalam talian. Jika tindakan telah diambil oleh cawangan, pemohon yang telah hantar permohonan tidak boleh mengemaskini permohonan. Hanya pemohon yang menyimpan permohonan boleh membuat kemaskini.

Untuk permohonan yang telah diambil tindakan cawangan, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM untuk kemaskini secara manual.

Cara Mudah Kemaskini Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online 3 - Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Secara Online

KESIMPULAN

Apa lagi, segerakan urusan anda untuk mengemaskini segala maklumat yang diperlukan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat memudahkan urusan anda dan menambah pengetahuan anda dalam mengendalikan status Bantuan Sara Hidup anda.

Sebarang maklumat baru akan pendaftaran baru untuk Bantuan Sara Hidup 2020 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.