Pemberitahuan » Panduan » Kemaskini Status BPN 2.0: Status Perkahwinan & Akaun Bank Online

Kemaskini Status BPN 2.0: Status Perkahwinan & Akaun Bank Online

Kemaskini Status BPN 2.0

Kemaskini status perkahwinan dan akaun bank untuk BPN 2.0 anda secara online!

Bagaimana caranya?

Artikel kami hari ini Kemaskini Status BPN 2.0: Status Perkahwinan & Akaun Bank Online kami sediakan khas buat rujukan anda untuk membuat proses kemaskini dengan lebih mudah.

Jom teruskan bersama kami!

Kemaskini Status BPN 2.0: Status Perkahwinan & Akaun Bank Online

Berikut kami kongsikan kepada anda langkah-langkah proses kemaskini status perkahwinan dan akaun bank online:

KEMASKINI BPN 2.0: STATUS PERKAHWINAN

  1. Layari portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Pergi ke bahagian Semakan Status
  3. Isikan Nombor MyKad
  4. Tekan butang Carian
  5. Paparan ‘Captcha’ untuk tujuan keselamatan akan dikeluarkan
  6. Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  7. Tekan butang ‘Semak’
  8. Oleh kerana anda sudah mendaftar, maka anda akan dapat melihat status LULUS
  9. Anda juga dapat melihat jumlah kelulusan BPN 1.0,jumlah kelulusan BPN 2.0 dan jumlah keseluruhan BPN diterima
  10. Dibawah terdapat paparan maklumat,klik paparan maklumat.
  11. Kemudian semak kata kunci,jika betul klik ‘YA’
  12. Masukan kata laluan dan klik log masuk
  13. Ada 1 option di bahagian bawah ‘PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN’ Klik pada bahagian tersebut.
  14. Isi maklumat pada paparan yang dikeluarkan seperti di bawah:
  • Status perkahwinan( bujang/berkahwin)
  • Sila muat dokumen sokongan berkaitan(Sijil kahwin / sijil cerai / sijil kematian)
  1. Buat pengesahan permohonan
  2. Klik SETUJU dan HANTAR
  3. Permohonan tukar status perkahwinan sudah berjaya anda berjaya

KEMASKINI BPN 2.0: AKAUN BANK

Mengikut makluman yang diberikan oleh LHDN, nombor akaun bank anda tidak boleh dikemaskini.

Baca Juga :  THiJARI Login:Daftar & Semak Baki Tabung Haji Online

Jika ada masalah dan perubahan tentang nombor akaun bank BPN anda, kaedah bayaran secara tunai di BSN akan digunakan sebagai kaedah bayaran dalam kes yang berkaitan dengan gagal kredit.

Anda hanya perlu mendapatkan nombor baucer BPB 2.0 dan pergi ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat tuntutan tunai.

Soalan Lazim BPN 2.0

kita prihatin bpn 2  2 - Kemaskini Status BPN 2.0: Status Perkahwinan & Akaun Bank Online

 

Apa itu BPN 2.0?

BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagaimana untuk semak status kelulusan BPN?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober nanti.

Bolehkah saya memohon rayuan semula sekiranya layak?

Rayuan / proses permohonan baru akan dibuka 15 Oktober kepada semua yang layak.

Saya merupakan pasangan yang layak dan telah bercerai, bagaimana?

Anda boleh membuat permohonan baru pada tarikh yang telah dinyatakan.

Maklumat Lanjut Kemaskini Status BPN 2.0

Sebarang pertanyaan mengenai BPN 2.0 anda boleh terus hubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).

HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my

Kesimpulan Kemaskini Status BPN 2.0

Semoga artikel kami dapat membantu anda membuat proses kemaskini BPN 2.0 dengan lebih mudah.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH