Pemberitahuan » Informasi » Kemaskini Tabung Haji Online (THiJARI): Tukar No Telefon

Kemaskini Tabung Haji Online (THiJARI): Tukar No Telefon

Kemaskini Tabung Haji Online.

Buat pengguna Tabung Haji Online atau THiJARI, proses kemaskini maklumat nombor telefon anda amat penting bagi memastikan urusan semakan akaun Tabung Haji online berjalan lancar dan mudah.

Jadi buat mereka yang telah menukar nombor telefon baharu, pastikan anda update nombor tersebut di akaun THiJARI anda.

Bagaimana?

Kami di Pakarwang hari ini membawakan anda artikel Kemaskini Tabung Haji Online (THiJARI): Tukar/Update No Telefon sebagai rujukan mudah untuk anda.

Jom baca!

Apa Itu THiJARI?

Sebelum kita mulakan, mari kita lihat apa itu akaun THiJARI buat rujukan pengguna baharu.

Untuk pengetahuan anda, mulai 5 Februari 2020 (Rabu) lalu, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu THiJARIhttps://www.thijari.com.my untuk memudahkan urusan para pendeposit Tabung Haji.

Melalui sistem THiJARI ini, pendeposit boleh menyemak akaun termasuk penyata terkini akaun TH terkini pendeposit.

Senang kan? Semua hujung jari je sekarang ni.

Berbeza dengan portal iAkaun KWSP, sistem ini membolehkan anda membuat pemindahan wang termasuk menguruskan hal-hal berkaitan haji.

Dengan laman web ini, pendeposit boleh

  • menyemak akaun
  • mencetak penyata akaun
  • membuat pindahan wang
  • membuat urusan perkhidmatan Haji
  • melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.

Untuk menggunakan perkhidmatan THiJARI ini, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.

Kemaskini Tabung Haji Online (THiJARI): Tukar/Update No Telefon

3 cara yang boleh digunakan untuk anda kemaskini nombor telefon tabung haji online iaitu:

  1. Kemaskini melalui panggilan
  2. Kemaskini melalui emel
  3. Kemaskini di kaunter Tabung Haji

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON TABUNG HAJI MELALUI EMEL/PANGGILAN/KAUNTER

Untuk proses kemaskini ketiga-tiga cara di atas anda memerlukan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pengguna
  • Salinan 3 bulan bil telefon terkini didaftarkan atas nama pemohon
  • Pengguna mesti memiliki alamat e-mel sendiri
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA Online

kemaskini no telefon tabung haji - Kemaskini Tabung Haji Online (THiJARI): Tukar No Telefon

 

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di mana-mana kaunter Tabung Haji.

Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

Penyimpan TH dikehendaki mengesahkan nombor telefon bimbit bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses log masuk pada sistem THiJARI.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI THiJARI

Berikut antara perkhidmatan yang ditawarkan di portal tersebut. Antaranya:

URUSAN SIMPANAN & PENGELUARAN

Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

Urusan simpanan dan pengeluaran anda di TH menjadi lebih mudah dan prosesnya pun tak rumit.

URUSAN HAJI

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati.

Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Makin mudah urusan anda lepas ni berkaitan dengan ibadah Haji.

KELAB TAHA/TAHA@U

Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI.

Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.

Maklumat Lanjut Kemaskini Tabung Haji Online

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi cawangan TH berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon  :   +603 – 6207 1919
Faks      :   +603 – 7728 4959
Emel     :   th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)