Kempen Sumbang 50 Sen Tabung KWAPM

Posted on

Kempen Sumbang 50 sen tabung KWAPM. Merupakan tabung yang di lancarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin dan kurang berkemampuan warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.KWAPM adalah singkatan kepada nama “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” di tubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak ke sekolah.

Siapakah layak terima bantuan?

  • Murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/ Menengah Kerajaan dan bantuan Kerajaan ( Tahun 1 hingga Tingkatan 1)
  • Murid miskin yang ketua isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKasih dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan Ketua Isi Rumahnya disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Murid miskin yang berpendapatan keluarganya berada dibawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa.

 

Jenis Dan Kadar Bantuan KWAPM

 

Kreteria Kelayakan Bantuan KWAPM

 

Bagaimana anda boleh menyumbang?

Anda boleh menyumbang Dengan Mengkreditkan terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun tersebut :

MAYBANK – 5640 1611 7704

CIMB – 800 158 7702

Sumbangan Juga boleh di buat melalui cek berpalang, wang pos atau kiriman wang atas nama KETUA AKAUNTAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA dan Di alamatkan kepada :

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN KEWANGAN

ARAS 6 – 7 BLOK E12

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

Untuk makluman, sumbangan wang tunai atau potongan gaji bulanan dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967.Surat kelulusan rasmi pengecualian cukai pendapatan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dari Perbendaharaan Malaysia, No. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-1  Bertarikh :28 APRIL 2011

Popular  Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) boleh di dapati DISINI.

Di harapkan dengan adanya kempen seperti ini, dapatlah kita sama-sama membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang memerlukan untuk mereka meneruskan pelajaran secara langsung menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

Komen anda

Komen