Apa faedah-faedah melabur dalam saham di Malaysia? Apa lagi yang mampu anda peroleh selain daripada keuntungan pelaburan?
Secara asasnya mereka yang baru nak faham asas pelaburan memahami bahawa;
Tujuan utama pelaburan adalah untuk mengejar keuntungan, ataupun anda sekadar nak menikmati pulangan dividen asasnya anda mesti nak dapatkan habuan daripada pelaburan saham anda.
Tetapi, tahukah anda bahawa pelaburan saham juga mempunyai kelebihan dan daya tarikan yang lain?
‘Apa lagi kelebihan-kelebihan melabur dalam saham selain daripada untung, untung dan untung?’
Haa nak tahu lebih lagi?
Kami di Pemberitahuan ada jawapan bagi persoalan anda kerana entri kali ini adalah untuk anda kenalpasti faedah untuk anda melabur dalam saham di Malaysia.
Isi Kandungan
APA ADA DENGAN PELABURAN SAHAM?
Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.
Ini bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita miliki.
Bila dah jadi sebahagian daripada pemilik syarikat, anda mempunyai tanggungjawab dan peranan sebagai salah seorang pemegang saham untuk bersama-sama membuat keputusan mengenai apa-apa sahaja yang melibatkan syarikat.
Senang kan? Itu takrif mudah tentang apa itu saham.
Apa pula faedah-faedah melabur dalam saham ni?
Jom teruskan membaca!
KENALPASTI FAEDAH MELABUR DALAM SAHAM DI MALAYSIA
Berikut merupakan 4 kelebihan utama melabur dalam saham di Malaysia:
SIFAT KECAIRAN YANG TINGGI
Apa yang dimaksudkan dengan kecairan disini?
‘Aik, saham ni macam emas dengan perak ke boleh cair?’
Tidak. Sifat kecairan di sini bermaksud anda boleh membeli atau menjual sebahagian atau kesemua saham anda pada bila-bila masa sahaja.
Tak memerlukan proses yang rumit seperti membuat pembelian rumah atau pinjaman dimana ianya memerlukan anda melalui proses pengisian maklumat, penyerahan dokumen, penukaran nama dan sebagainya. Tak remeh dan tak cerewet.
Yang pasti melabur dalam saham patuh syariah dan juga selamat.
Cukup anda mempunyai telefon pintar, sambungan internet dan kemahiran melabur untuk menentukan masa terbaik untuk anda menjual atau membeli saham anda.
Mudah dan cepat.
BERSIFAT FLEKSIBEL
Anda tidak perlu berhenti kerja untuk menguruskan saham anda. Tak perlu check turun naik harga saham tiap masa, tak perlu tergesa-gesa nak beli atau jual saham.
Sebaik-baiknya lakukan pada masa lapang anda, bila-bila masa saja dan di mana jua. Lakukan analisa dengan teliti dan bijak untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang akhirnya membawa kepada kerugian.
Pelaburan ni ibarat part time untuk anda, dalam-dalam anda sibuk bekerja anda dapat menjana pendapatan pasif melalui pelaburan.
Oleh itu, tak perlu terburu-buru dan sentiasa upgrade diri anda dengan ilmu pelaburan untuk menjadi pelabur yang berjaya.
KEPUTUSAN SEMUANYA DI TANGAN ANDA
Ibaratnya anda adalah BOSS kepada diri anda sendiri. Segala keputusan untuk menjual dan membeli saham, nak cepat untung, nak meraih dividen sahaja, semuanya bergantung ke atas keputusan dan perancangan anda.
Tiada siapa berhak untuk menidakkan atau mengarah anda.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas duit anda. Tetapi jika tiada ilmu, memang susah nak buat keputusan.
Pergilah ke seminar-seminar pelaburan yang bertauliah dan tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Moga dengan usaha anda nak jadi pelabur yang berjaya membuahkan hasil.
Yang penting jangan cepat putus asa!
TIDAK DIKENAKAN CUKAI DAN BOLEH DIZAKATKAN
Keuntungan daripada pelaburan saham anda tidak akan dikenakan cukai kerana ianya adalah keuntungan modal (Capital Gain). Keuntungan modal yang dikenakan cukai di Malaysia hanyalah yang membabitkan jual beli hartanah.
Jadi, tidak kira berapa banyak sekalipun keuntungan pelaburan anda, ianya bebas cukai!
Dah bebas cukai, untung ada itu pula boleh dizakatkan. Keuntungan daripada saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun akan dikenakan sebanyak 2.5%.
Contohnya:
umlah keuntungan keseluruhan bagi saham Kamal adalah RM150,000. Oleh itu, zakat saham Kamal bagi tahun 2019 adalah, RM150,000 X 2.5 peratus = RM3,750
KESIMPULAN
Dalam kita mengejar kesenangan dunia jangan dilupakan asas dalam agama kita. Carilah rezeki yang halal dan melabur lah dalam saham yang patuh syariah.
Bergurulah dengan pakar-pakar pelaburan saham yang bertauliah dan jangan berhenti menimbal ilmu untuk menjadi pelabur yang lebih berjaya!
Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya dan semoga pelaburan anda memperoleh keuntungan yang banyak!