Permohonan No Pin LHDN & Login ezHasil Kali Pertama di ez.hasil.gov.my ?
Kami di Pemberitahuan menyediakan artikel Cara Memohon No Pin LHDN & Login ezHasil Kali Pertama bagi memudahkan urusan anda login/log masuk pengguna buat kali pertama di ezHasil dan permohonan no pin buat rujukan semua.
Mudah sahaja.
Jom teruskan membaca.
Isi Kandungan
Permohonan No Pin LHDN & Login ezHasil Kali Pertama
Cukai mengikut definisi adalah sebagai satu bentuk pembiayaan yang dibayar oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat itu kepada pemerintah. Terdapat pelbagai jenis cukai iaitu cukai pendapatan, jualan, tanah, pintu dan sebagainya.
Cara pengumpulan cukai serta penggunaan kutipan wang cukai tersebut dikendalikan secara berbeza di setiap negara. Negara kita Malaysia, hal dan urusan yang berkaitan dengan cukai terutamanya cukai pendapatan dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui ezHasil adalah dengan mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran dan dihantar secara online oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem aplikasi e-Filing.
Untuk melengkapkan proses tersebut, para pengguna perlu mengakses ezHASiL serta melengkapkan proses Login ezHasil untuk kali pertama dan membuat permohonan nombor pin.
Laman web ezHASiL adalah laman yang boleh diakses untuk menggunakan semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM. Terdapat aplikasi yang memerlukan pengguna untuk log masuk ke ezHasil menggunakan sijil digital terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi tersebut seperti e-Filing.
Ada juga aplikasi yang tidak memerlukan log masuk ke ezHASiL tetapi pengguna perlu membuat pendaftaran menerusi aplikasi itu sendiri sebelum boleh menggunakannya.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara mendapatkan borang permohonan no pin e-filing, edaftar LHDN (pendaftaran atas talian) dan beberapa maklumat lanjut yang lain:
BORANG PERMOHONAN NO PIN E-FILING
Untuk mendapatkan nombor pin bagi permohonan melibatkan cara yang berbeza untuk kategori Individu dan juga Organisasi:
Permohonan No Pin Individu:
- Permohonan No. PIN boleh didapatkan melalui cawangan LHDNM yang berdekatan dengan anda.
Permohonan No Pin Organisasi
Permohonan No. PIN dapat dibuat dengan menghadiri Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan membawa sekali dokumen-dokumen berikut:
- Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
- Borang 49, Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
- Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – sekiranya CP55B ditandatangani oleh individu lain selain Pengarah Syarikat.
- Salinan kad pengenalan atau passport Pengarah Syarikat ataupun Wakil Syarikat.
- Pihak ketiga dibenarkan membuat permohonan dengan syarat terdapat kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat besama-sama pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
- 1 salinan borang 49 (Iaitu sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
- Surat Lantikan sebagai wakil pihak syarikat (Sekiranya borang iaitu CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
Permohonan No Pin e-Filing sepanjang tempoh (PKP)
- Anda perlu melayari Portal Rasmi LHDNM atau Portal Maklum Balas Pelanggan
- Kemudian klik pada Permohonan > Permohonan No PIN
- Seterusnya anda perlu lengkapkan permohonan
- Akhir sekali anda akan menerima 16 Digit No PIN
E-DAFTAR LHDN ez.hasil.gov.my (LOGIN EZHASIL KALI PERTAMA)
Setelah mendapatkan No. Pin, pengguna boleh terus ke aplikasi ezHASiL seperti dinyatakan di atas dan terus ke fungsi Login Kali Pertama.
Ini bagi memastikan pengguna mendapat sijil digital sama ada individu mahupun organisasi.
Layari laman web rasmi seperti pautan yang kami sediakan di bawah dan klik pada ‘Login Kali Pertama’
Sila lengkapkan ruangan kosong dengan maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah nombor pin yang telah diperoleh serta nombor kad pengenalan pengguna:
Kemudian klik Hantar untuk menghantar permohonan anda.
MANUAL PANDUAN PENGGUNA LOGIN KALI PERTAMA ezHASiL
Untuk butiran lebih terperinci mengenai langkah-langkah membuat login kali pertama, rujuk panduan pengguna:
Soalan Lazim ezHasil
[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”1) Apakah itu e-Filing?” answer-0=”• e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”2) Adakah semua orang perlu e-Filing?” answer-1=”• Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat. ” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”3) Bagaimana proses sistem e-Filing?” answer-2=”a) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital: • Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my) • Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan. • Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki. • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian. • Cetak pengesahan penerimaan e-Borang. b) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital: • Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan. • Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut: Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH). Perlu disertakan: i. Borang CP55B yang lengkap diisi. ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat. iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat. iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat. • Login Kali Pertama untuk mendaftar sijil digital. • Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan. • Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki. • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian. • Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.” image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”4) Bagaimana saya boleh mendapat bantuan semasa proses e-Filing?” answer-3=”Untuk pertanyaan dan bantuan: • Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000 • Faks ke nombor : 03-4289 3400 • E-mel: callcentre@hasil.gov.my • Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”5) Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya sudah menghantar e-Filing?” answer-4=”• Cetak dan simpan – e-Borang • Cetak dan simpan – Pengesahan penerimaan e-borang.” image-4=”” headline-5=”h3″ question-5=”6) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan ataupun kata laluan telah disekat?” answer-5=”1. Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan; atau 2. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan.” image-5=”” headline-6=”h3″ question-6=”7) Sekiranya saya telah menghantar borang, bagaimana saya boleh mendapatkan semakan pengesahan dan cetakan e-Borang?” answer-6=”• Sila log masuk ke ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik pada Perkhidmatan -> e-filing -> Semakan Pengesahan. Masukkan jenis borang dan tahun taksiran.” image-6=”” headline-7=”h3″ question-7=”8) Apakah kriteria penetapan kata laluan?” answer-7=”• Untuk keselamatan, sila pastikan Kata Laluan anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah: • Minimum 8 dan maksimum 12 aksara • Minimum 1 huruf besar • Minimum 1 huruf kecil • Minimum 1 angka • Aksara khas/Simbol tidak dibenarkan” image-7=”” headline-8=”h3″ question-8=”9) Apakah itu Frasa Keselamatan?” answer-8=”• Frasa Keselamatan adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.” image-8=”” headline-9=”h3″ question-9=”10) Bagaimanakah Frasa Keselamatan boleh ditetapkan?” answer-9=”• Frasa Keselamatan boleh ditetapkan seperti di bawah: • Log masuk ke ezHASiL • Setelah berjaya log masuk ke ezHASiL, halaman “Penetapan Frasa Keselamatan” akan dipaparkan. Sila isi frasa keselamatan anda. • Login Kali Pertama • Pada langkah kedua (2) semasa proses Login Kali Pertama. • Format frasa keselamatan adalah: • Minimum 8 dan maksimum 15 aksara • Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan” image-9=”” headline-10=”h3″ question-10=”11) Bolehkah saya menukar Frasa Keselamatan?” answer-10=”• Frasa Keselamatan boleh ditukar. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “Penyenggaraan”. Seterusnya pilih sub menu “Tukar Frasa Keselamatan”. ” image-10=”” headline-11=”h3″ question-11=”12) Apa yang harus saya lakukan sekiranya terlupa Frasa Keselamatan?” answer-11=”• Anda dinasihatkan supaya melakukan set semula Frasa Keselamatan. Frasa Keselamatan akan di set semula apabila anda melakukan fungsi Terlupa Kata Laluan. ” image-11=”” headline-12=”h3″ question-12=”13) Saya telah mengisi borang. Bolehkah saya menyemak status e-Borang?” answer-12=”• Anda boleh membuat semakan pantas status e-Borang Individu untuk tahun taksiran terkini. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “e-Borang” di bawah e-Filing. Klik pada bahagian “Status e-Borang” Atau untuk semakan e-Borang dan Tahun Taksiran yang lain, sila pilih menu “Semakan Pengesahan” di bawah e-Filing. ” image-12=”” headline-13=”h3″ question-13=”14) Bolehkah saya menyemak status e-Borang walaupun saya telah melantik ejen cukai?” answer-13=”• Anda boleh membuat semakan pantas status e-Borang Individu untuk tahun taksiran terkini. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “e-Borang” di bawah e-Filing. Klik pada bahagian “Status e-Borang” Atau untuk semakan e-Borang dan Tahun Taksiran yang lain, sila pilih menu “Semakan Pengesahan” di bawah e-Filing. ” image-13=”” headline-14=”h3″ question-14=”15) Bolehkah saya menukar No. Pengenalan daripada No. Polis atau No. Tentera kepada No. Kad Pengenalan Baru?” answer-14=”• Sekiranya No. Kad Pengenalan Baru anda telah wujud di LHDNM, penukaran daripada No. Polis atau No. Tentera boleh dibuat semasa log masuk ke ezHASiL. • Log masuk boleh dilakukan dengan menggunakan No. Polis atau No. Tentera. • Atau log masuk boleh dilakukan dengan menggunakan No. Kad Pengenalan Baru. • Sila masukkan kata laluan semasa anda. • Mesej pemberitahuan untuk menukar No. Pengenalan akan dipaparkan. • Nota: Anda tidak dibenarkan untuk log masuk ke ezHASiL dengan menggunakan No. Polis atau No. Tentera selepas proses penukaran kepada No. Kad Pengenalan Baru berjaya.” image-14=”” count=”15″ html=”true” css_class=””]
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai ez.hasil.gov.my Login Kali Pertama Dan Permohonan No Pin ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi LHDN seperti berikut:
- Telefon : 1-800-88-5436
- Twitter : @LHDNMOfficial
- Facebook: Laman Facebook Rasmi LHDN
- Portal Rasmi: Laman Web Rasmi LHDN
Kesimpulan Permohonan ez.hasil.gov.my
Kami berharap perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda membuat permohonan no pin e-filing dan juga untuk login kali pertama ke dalam ez-Hasil.
Kongsi-kongsikan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!