Pemberitahuan » Terkini » MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online

MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online

MUET On Demand (MoD) 2022.

Tak dapat dinafikan ramai lagi yang masih tidak tahu apa itu ‘Muet on Demand’ dan apa tujuan ianya diwujudkan. Kami pasti maklumat ini sangat membantu mereka yang mempunyai perancangan untuk mengambil peperiksaan MUET tahun ini.

Apa itu MUET on Demand? Macam mana nak daftar? Bila tarikh exam MUET MoD ni?

Bagi yang dah mengambil exam MoD ni macam mana nak semak keputusan exam MUET anda?

Pemberitahuan membawakan entri MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online sebagai panduan anda.

Jom baca!

Apa Itu MUET on Demand (MoD)?

Selain daripada tiga sesi peperiksaan MUET seperti yang telah ditetapkan, MPM juga turut mengadakan MUET on Demand (MoD) bagi pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET di luar tarikh kalendar peperiksaan MUET.

Peperiksaan MoD juga dijalankan secara Computer Based-Test dan juga secara Paper Based-Test. MPM akan memaklumkan kepada umum melalui laman sesawang rasminya tentang tarikh peperiksaan MoD. Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MoD boleh membuat permohonan seperti biasa pada tarikh yang telah ditetapkan.

Langkah-langkah membuat pendaftaran MoD adalah sama seperti membuat pendaftaran MUET. Calon dikehendaki membawa slip pendaftaran peperiksaan MUET sebagai rujukan ketika peperiksaan sedang dijalankan. Calon dikehendaki membuat persediaan sendiri sebelum menduduki peperiksaan.

Makluman Penting:

Pihak MPM tidak mengendalikan sebarang kelas persediaan untuk menghadapi peperiksaan MUET mahu pun MoD.

Tarikh keputusan peperiksaan MUET dan MoD akan dimaklumkan oleh pihak MPM dan semakan juga boleh dilakukan secara atas talian.

MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online

Untuk makluman anda, MPM mulai Ogos ini menawarkan kertas peperiksaan 800/2 Speaking secara online.

Baca Juga :  Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

Calon yang berminat boleh rujuk langkah berikut:

muet on demand online 1024x1024 1 e1661417400700 - MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online

YURAN PENDAFTARAN DAN LOKASI PEPERIKSAAN MoD 2022

  1. Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  2. Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  3. Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  4. Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

JADUAL WAKTU MUET on DEMAND (MOD) 2022

Berikut adalah tarikh-tarikh penting MoD untuk rujukan anda:

loading - MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online Loading...
EAD logo - MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online Taking too long?

reload - MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online Reload document
| open - MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online Open in new tab

Muat Turun

KALENDAR MoD 2022

muet on demand 819x1024 - MUET On Demand (MoD) 2022: Tarikh Keputusan & Semakan Online

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MoD) 2022 SECARA ONLINE

Bagi mereka yang ingin membuat semakan keputusan MUET on Demand secara online, anda hanya perlu klik pada link berikut:

  1. MUET RESULT 2022: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Kemudian klik ‘Submit’

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  1. LAYARI PORTAL RASMI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
  2. Talian: 03-6126 1600
  3. E-mel pertanyaan anda ke alamat: psm@mpm.edu.my