Pemberitahuan » Informasi » Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

Apa panduan terbaik untuk anda buat tuntutan MySalam di bawah Skim Perlindungan Kesihatan B40 ini? Apa proses yang perlu anda lalui? Susah ke senang?

Kami di Pemberitahuan ada jalan penyelesaiannya!

Entri kali ini kami sediakan panduan buat tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online. Semua persoalan anda akan terjawab apabila membaca artikel kami.

Jom, kita teruskan..!

Apa Itu MySalam Skim Perlindungan Nasional B40?

Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memberikan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma dengan mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah.  Seramai 3.69 juta isi rumah B40 berumur 18 hingga 55 tahun dijangkakan akan menerima manfaat daripada skim ini.

Mereka yang menepati syarat yang ditetapkan akan mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun. Melalui skim ini juga, penerima bantuan layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti yang disenaraikan dalam laman sesawang rasmi MySalam dengan bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga polisi takaful tamat.

Penerima skim ini boleh membuat tuntutan mereka secara atas talian. Selain itu, tuntutan juga boleh dibuat secara terus di lokasi yang akan diumumkan nanti.

INFO TERKINI : SKIM mySALAM (BELANJAWAN 2020)
Pembentangan Belanjawan 2020 menyaksikan Skim mySalam akan diberi penambahbaikan bermula 1 Januari 2020 iaitu:
  1. 45 penyakit kritikal termasuk penyakit polio dan terminal berbanding 36 penyakit yang dilindung dibawah skim ini
  2. Individu berumur 65 tahun berbanding 55 tahun ketika ini layak untuk menerima skim ini
  3. Bukan golongan B40 atau individu yang berpendapatan kasar sehingga RM100,000 setahun turut akan menerima bayaran bagi penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran gantian pendapatan sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari sekiranya didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan sahaja

ara Memohon Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online 2 - Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

Sila layari pautan di bawah untuk membuat tuntutan daripada MySalam skim perlindungan kesihatan:

Aplikasi Permohonan Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan MySalam

  • Melalui skim ini, hanya mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan telah menerima makluman tentang MySalam skim perlindungan kesihatan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja yang layak membuat tuntutan

TARIKH MULA DAN TAMAT MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

Mula: 1 Januari 2019

Tamat: 31 Disember 2023

  • Sebarang penyakit yang didiagnos sebelum tarikh di atas tidak akan mendapat perlindungan daripada MySalam skim perlindungan kesihatan
  • Tarikh tamat MySalam skim perlindungan kesihatan bergantung kepada kemampuan polisi dengan dana RM 2 billion yang dijangka mampu bertahan sekurang-kurangnya untuk lima tahun

SENARAI PENYAKIT YANG DILINDUNGI MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

Berikut adalah senarai 36 penyakit seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan:

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga
Baca Juga :  Cara Daftar Vaksin Booster (Pfizer) di MySejahtera/Walk-in

JENIS-JENIS TUNTUTAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

Tuntutan Bayaran 36 Penyakit Kritikal

  1. Layari laman sesawang rasmi MySalam dan log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS
  2. Tekan butang Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
  3. Pergi ke hospital yang anda dapatkan rawatan bersama borang yang sudah dicetak dan minta doktor untuk melengkapkan borang tersebut
  4. Kemudian imbas borang yang telah lengkap tersebut dan muat naik ke dalam sistem
  5. Layari laman sesawang rasmi MySalam dan tekan butang Claims > Claims Submission > CI Claims
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti: Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form dan Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
  7. Tekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda

Tuntutan Bayaran Elaun Wad Ganti Harian

  1. Minta surat keluar wad / discharge note daripada hospital. Pastikan surat tersebut mempunyai maklumat tarikh masuk dan keluar wad kemudian imbas surat tersebut dan muat naik ke dalam sistem
  2. Layari laman sesawang rasmi MySalam kemudian log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS
  3. Tekan butang Claims > Claims Submission > Hospitalization
    Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti:
    -Surat Keluar Wad / Discharge Note
    -Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
  4. Tekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda

TARIKH MULA MEMBUAT TUNTUTAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

Mula: 1 Mac 2019

Tamat: 31 Disember 2023

  • Penerima yang layak boleh mula membuat tuntutan melalui laman sesawang rasmi bermula tarikh di atas

INFO PENTING MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

  1. Jika penerima berjaya membuat tuntutan, bantuan akan dimasukkan terus ke akaun penerima yang telah didaftarkan dalam sistem BSH
  2. Tempoh 14 hingga 21 hari diambil untuk bayaran tuntutan dikreditkan ke dalam akaun penerima skim
  3. Tuntutan untuk kategori bayaran gantian harian adalah maksimum RM 700 setiap tahun dan akan diperbaharui setiap tahun sehingga 31 Disember 2023
  4. Tuntutan untuk kategori sakit kritikal pula akan mendapat bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga 31 Disember 2023
  5. Tuntutan bayaran akan diberi kepada penerima sekiranya mendapat rawatan di hospital kerajaan sahaja

 

ara Memohon Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online - Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

KESIMPULAN

Kami berharap artikel kami kali ini dapat membantu anda menyelesaikan segala tanda tanya mengenai Skim MySalam ini. Anda dah boleh mula menyediakan segala dokumen yang berkenaan sekiranya anda layak untuk memohon skim ini.

Selamat berjaya kami ucapkan dan sukses selalu!

TERIMA KASIH