Pemberitahuan » Panduan » Panduan Semak Status Scammer Skim Penipuan Online

Panduan Semak Status Scammer Skim Penipuan Online

Panduan Semak Status Scammer.

Tahukan anda bahawa anda boleh membuat semakan status peniaga atau mereka yang meragukan secara online untuk memastikan mereka scammer ataupun tidak?

Ya, anda boleh!

Penting untuk anda sentiasa berhati-hati supaya tidak ditipu terutamanya oleh scammers yang bergerak secara online ni.

Pemberitahuan membawakan anda Panduan Semak Status Scammer Skim Penipuan Online sebagai maklumat lengkap untuk membantu anda melindungi diri daripada scammer ini.

Jom baca!

Panduan Semak Status Scammer

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian atau scam.

Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan untuk membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

SEMAK STATUS SCAMMER ONLINE

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat semakan scammer ini menggunakan laman web yang disediakan oleh PDRM:

1. Layari laman web rasmi CCID. Sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah:

Laman Rasmi CCID

2. Masukkan No. Akaun Bank suspek penipuan di ruangan yang disediakan dan juga kod Captcha lalu tekan Semak Maklumat.

BBB - Panduan Semak Status Scammer Skim Penipuan Online

 

Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan nombor telefon suspek yang dianggap cuba melakukan penipuan dengan memilih kategori ‘Nombor Telefon’

 

BBBBBB - Panduan Semak Status Scammer Skim Penipuan Online

3. Setelah itu, paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit ataupun tidak.

Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan.

Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dengan laman web yang mencurigakan.

Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Peribadi CIMB Xpress Cash

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA DITIPU SCAMMER INI?

Berikut kami sediakan panduan mengatasi penipuan scammer ini:

Sekiranya nombor akaun/nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan dan pengguna telah pun melakukan transaksi kewangan dengan mereka.

JANGAN PANIK dan ikuti langkah tindakan yang perlu diambil antaranya:

  1. Membuat Laporan Polis dengan menyertakan bukti seperti resit transaksi dan sebagainya
  2. Sekiranya melibatkan jumlah kewangan yang besar, hubungi penasihat kewangan dan dapatkan bantuan nasihat daripada mereka
  3. Maklumkan kepada orang ramai agar tidak berlaku kejadian yang sama kepada orang lain

MAKLUMAT PENTING MENGATASI SCAMMER!!

Selain membuat semakan di laman CCID yang disediakan pihak PDRM, terdapat beberapa panduan semak status scammer yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengenalpasti skim sindiket penipuan iaitu:

  1. Sekiranya melayari sesebuah laman web, lihat dan pastikan sama ada ianya lengkap, meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak
  2. Baca komen atau testimoni daripada pelanggan-pelanggan lain
  3. Sekiranya berurusan secara langsung, lihat dan kenalpasti gambar profil yang digunakan di Facebook/Whatsapp adakah gambar betul atau palsu
  4. Pengguna boleh mencari nombor telefon/nombor akaun suspek di laman web seperti Facebook dan Google untuk melihat sama ada pernah atau tidak orang lain terlibat dalam situasi sama
  5. Buat perbandingan harga barang/servis di platform lain, sekiranya didapati jauh berbeza iaitu terlalu murah maka pengguna harus berhati-hati
  6.  Anda digalakkan untuk bertemu penjual tersebut atau secara COD sekiranya membuat transaksi melebihi RM1,000.

Maklumat Lanjut Panduan Semak Status Scammer

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Skim Penipuan Secara Online, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:

Kesimpulan Panduan Semak Status Scammer

Tidak dapat dinafikan kecanggihan teknologi memudahkan semua urusan kita dilakukan di hujung jari sahaja. Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan haram.

Sekiranya laman web atau peniaga itu nampak mencurigakan, segeralah membuat semakan di laman web CCID.

Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

TERIMA KASIH