Pelancong China tiba di Pulau Pinang dari Singapura

Posted on

Dikemaskini pada

Susulan tular gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari China memasuki Pulau Pinang pada Ahad sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin memaklumkan kesemua mereka berada di negeri itu untuk tempoh tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket, Thailand.

Menurut Yeoh, saringan kesihatan telah dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri sebaik pelancong asing berkenaan turun dari kapal persiaran mewah yang berlabuh di Swettenham Pier.

“Kapal tersebut datang dari Singapura dan kita percaya kesemua mereka sudah menjalani saringan kesihatan di sana, sebelum dibenarkan berlayar dan mereka juga akan menjalani saringan kesihatan yang sama di pintu masuk ke negeri ini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Negeri sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah semakan terhadap pelawat di setiap pintu masuk.

 

ARTIKEL BERKAITAN: coronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

 

 Foto: Ihsan pembaca/PenangKini

Foto: Ihsan pembaca/PenangKini

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud memaklumkan seramai 1,209 warganegara China telah memasuki Pelabuhan Pulau Pinang di Jeti Swettenham dengan menaiki kapal Persiaran pada jam 6.15 pagi Ahad.

Muhammad Husni berkata kapal persiaran itu dalam perjalanan dari Singapura ke Pelabuhan Klang, Selangor sebelum singgah di Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan ke Phuket,Thailand pada jam 5 petang Ahad.

Katanya, pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri telah membuat pemeriksaan tahap kesihatan kesemua penumpang dan kru sebaik mereka tiba di negeri ini pagi tadi.

“Tiada seorang pelancong dari China itu yang dikesan atau dirujuk oleh petugas Jabatan Kesihatan kepada pihak Imigresen. Ertinya, tiada yang disyaki pembawa virus berkenaan,” katanya.

Baca Juga :  Daftar Online Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas isu kemasukan pelancong dari Negara China yang  tular di media sosial dan mencetuskan suasana panik berikutan kes penularan wabak koronavirus dari Wuhan, China.

 

Sumber


Semakan Permohonan