Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay RM600 Secara One-Off

PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay RM600 Secara One-Off

PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay.

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diumumkan YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu menyaksikan sekali lagi sikap prihatin kerajaan terhadap rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Melalui PEMERKASA pelbagai insentif disediakan untuk rakyat dan salah satu golongan yang diberikan perhatian adalah pengusaha homestay yang akan diberikan bantuan RM600 secara one-off.

Artikel kami hari ini PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay RM600 Secara One-Off disediakan khas untuk anda yang berminat untuk kita sama-sama memahami intipati insentif ini.

Tunggu apa lagi?

Jom baca!

Apa Itu Bantuan Pengusaha Homestay PEMERKASA?

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas lalu menyatakan industri pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19.

Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, kerajaan akan melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021.

Kerajaan juga bersetuju menyalurkan Geran Bantuan Khas secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

83317905 - PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay RM600 Secara One-Off

PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay RM600 Secara One-Off

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PENGUSAHA HOMESTAY RM600

Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan tunai sebanyak RM600 one-off adalah pengusaha homestay perlu berdaftar dengan MOTAC.

Dijangkakan seramai lebih kurang 4,000 pengusaha homestay akan menerima manfaat daripada insentif ini.

Baca Juga :  Biodata Perdana Menteri Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jika anda belum pernah berdaftar dengan MOTAC, anda boleh mula mendaftar sekarang untuk mendapatkan pelbagai insentif dan bantuan dari pihak kerajaan.

CARA PERMOHONAN PEMERKASA BANTUAN PENGUSAHA HOMESTAY

Sebarang makluman mengenai insentif ini anda boleh layari: LAMAN WEB RASMI MOTAC

Soalan Lazim (FAQ)

Apa maksud pengusaha homestay?

  • Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
  • Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.
  • Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.

Apakah syarat utama untuk layak bantuan pengusaha homestay RM600?

  • Perlu berdaftar dengan MOTAC

Apa itu MOTAC?

  • MOTAC adalah ringkasan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai insentif ini anda boleh terus hubungi pihak MOTAC di saluran yang berikut:

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,No. 2, Menara 1, Jalan P5/6,Presint 5,62200 PUTRAJAYA
  • No Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03 8891 7100

WAKTU BERURUSAN

Isnin – Khamis

  • 7.30 pg – 5.30 ptg
  • 1.00 ptg – 2.00 ptg (Waktu Rehat)

Jumaat

  • 7.30 pg – 12.15 ptg
  • 12.15 tghari – 2.45 ptg (Waktu Rehat)
  • 2.45 ptg – 5.30 ptg
Kongsikan berita mengenai insentif ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH