PEMERKASA Penebusan eWallet RM150.
Insentif untuk golongan belia dan pelajar IPT dalam PEMERKASA adalah bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia.
Bantuan kredit eWallet ini pastinya dapat meringankan beban golongan belia dan pelajar IPT dalam pada masa yang sama menggalakkan budaya transaksi ewallet (tanpa tunai) dalam golongan belia di Malaysia.
Artikel Pemberitahuan hari ini PEMERKASA Penebusan eWallet RM150 Untuk Golongan Belia adalah sebagai panduan untuk golongan belia yang berminat.
Apa syarat kelayakan seorang belia untuk menerima insentif ini?
Bagaimana cara untuk anda buat penebusan ewallet ini?
Nak tahu jawapannya?
Jom baca!
Isi Kandungan
PEMERKASA Penebusan eWallet RM150 Untuk Golongan Belia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu iaitu Pemerkasa yang mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19.
Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah Program eBelia yang menyasarkan golongan belia ini untuk mempraktikkan budaya pembelian tanpa tunai (cashless) menggunakan ewallet.
Melalui Program eBelia kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 2 juta belia di seluruh negara.
Program eBelia ini ditambah baik lagi dengan penambahan RM150 berbanding RM100 sebelum ini melalui PEMERKASA mulai Jun 2021.
KATEGORI BELIA YANG LAYAK MENERIMA eWALLET RM150
Untuk rujukan anda, kategori belia yang layak menerima eWallet RM150 melalui PEMERKASA ini adalah seperti berikut:
- Belia yang menyambung pengajian di institut pengajian tinggi dalam mode sepenuh masa.
- Belia yang berumur dari 18 hingga 20 tahun.
TARIKH PENEBUSAN eWALLET RM150
Belia yang layak menerima bantuan eWallet ini boleh mula membuat penebusan pada bulan Jun 2021.
*Tarikh sebenar penebusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa*
CARA TEBUS eWALLET RM150
Setakat ini tiada apa-apa makluman rasmi dikeluarkan berkenaan cara tebus eWallet RM150 ini.
Walau bagaimanapun penggunaan aplikasi seperti di bawah perlu di muat turun untuk memudahkan proses penebusan nanti:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
*Cara-cara penebusan eWallet RM150 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa*
Maklumat Lanjut PEMERKASA Penebusan eWallet RM150
Sebarang makluman terkini mengenai PEMERKASA Penebusan eWallet RM150 untuk golongan belia ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan boleh terus https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain dengan lebih terperinci.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan ahli keluarga yang layak menerima bantuan ini.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH