Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PKP 3.0

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PKP 3.0

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman.

Insentif PEMERKASA Plus yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 31 Mei beri peluang pada rakyat yang terkesan untuk menarik sedikit nafas lega apabila bantuan moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman bank masih lagi diteruskan.

Pelaksanaan PKP 3.0 atau ‘total lockdown’ pastinya memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara sekaligus akan memberikan tempias kepada rakyat yang terjejas terutama sekali dari segi kewangan.

Pemberitahuan prihatin dengan isu ini dan kami bersama artikel hari ini Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PKP 3.0 berusaha untuk membantu anda untuk betul-betul memerlukan bantuan moratorium ini.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Insentif PEMERKASA Plus Meringankan Beban Rakyat

Insentif PEMERKASA Plus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin pada 31 Mei lalu menyaksikan bahawa kerajaan bersetuju memberikan kemudahan moratorium menerusi matlamat kedua PEMERKASA Plus iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.

Menerusi perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan di Malaysia memberikan jaminan bahawa mereka akan memberi komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman tersebut.

Dijangka 5 juta peminjam yang terjejas akan menerima manfaat inisiatif yang melibatkan nilai hampir RM30 bilion.

Oleh itu, rakyat Malaysia yang ingin memohon diberikan pilihan untuk:

  • Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau
  • Mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

NOTA:

Bergantung kepada 2 kategori penerima bantuan seperti di bawah.

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PKP 3.0

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PKP 3.0

BANTUAN MORATORIUM YANG DITERIMA MENGIKUT KATEGORI

Untuk makluman individu yang terjejas dari kategori 1 boleh memilih jenis bantuan yang sedia ada iaitu:

  1. Moratorium automatik selama 3 bulan; atau
  2. Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% untuk 6 bulan.

Manakala mereka yang terjejas dari Kategori 2 akan menerima bantuan pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MORATORIUM

KATEGORI 1

  • Individu hilang pekerjaan (B40, M40, dan T20).
  • Penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.
  • Perusahaan Mikro iaitu kemudahan pinjaman dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.

KATEGORI 2

  • Individu M40 dan T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun, komisen, bayaran lebih masa, dan pendapatan isi rumah).
Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Secara Online

CARA PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Mereka yang berkelayakan dan terdiri dari dua kategori di atas boleh cuba memohon dengan mengikuti langkah- langkah dibawah:

LANGKAH 1:

  • Hubungi pihak bank anda masing-masing.

SENARAI BANK DAN NOMBOR TELEFON

  1. Affin Bank Berhad: 03-8230 2222
  2. Bank Simpanan Nasional: 1300 88 1900
  3. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad: 03-2332 6000
  4. Alliance Bank Malaysia Berhad: 03-5516 9000
  5. AmBank (M) Berhad: 03-2178 8888
  6. BNP Paribas Malaysia Berhad: 03-2179 8361
  7. Bank Islam Malaysia Berhad: 03-2690 0900
  8. Bank Muamalat Malaysia Berhad: 03-2600 5500
  9. CIMB Bank Berhad: 03 6204 7788
  10. Citibank Berhad: 03-2383 0000
  11. HSBC Bank Malaysia Berhad: 1300 88 1388
  12. Hong Leong Bank Berhad: 03-7959 1888
  13. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad: 1300 888 534
  14. MUFG Bank (Malaysia) Berhad: 03-2034 8000
  15. Malayan Banking Berhad: 1300 88 6688
  16. MBSB Bank Berhad: 03-2096 3000
  17. OCBC Bank (Malaysia) Berhad: 03-8317 5000
  18. Public Bank Berhad: 03-2179 9999
  19. RHB Bank Berhad: 03-2776 3111
  20. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad: 1300 888 888
  21. Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad: 03-2176 1512
  22. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd: 03-2616 6800
  23. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat): 1300 800 800
  24. Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-2611 3217
  25. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank): 1300 88 2476
  26. Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank): 03-2615 2020
  27. Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank): 03-2601 2000

LANGKAH 2:

  • Maklumkan kepada pegawai yang bertugas untuk membuat permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman menerusi kategori yang layak.

LANGKAH 3:

  • Selepas membuat pilihan pakej, bank akan memproses dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.

NOTA:

  • Bagi pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank, anda boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey.

Maklumat Lanjut Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan moratorium pinjaman ini anda boleh terus rujuk makluman pada laman berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon bantuan ini dan semoga artikel ini memberi manfaat dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0 ini.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan