Pemberitahuan » Panduan » Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2020 Online

Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2020 Online

Bagaimana cara untuk anda membuat pendaftaran Skim Rumah Pertamaku khas untuk pekerja swasta tahun 2020 secara online?  

Anda bernasib baik, segala persoalan anda bakal terjawab dengan entri kami pada hari ini iaitu Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2020 Online.

Pemberitahuan berharap maklumat yang kami kongsikan ini dapat membantu anda merealisasikan impian anda untuk mendapatkan rumah idaman pertama anda!

Mari teruskan bersama kami!

Apa Itu Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan satu bentuk usaha kerajaan untuk membantu pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM 10,000 untuk membeli rumah pertama mereka.

Kerajaan telah mengumumkan dalam belanjawan 2011 dimana pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan tanpa membayar wang pendahuluan.

Melalui skim ini ia dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama tidak perlu membayar 10% wang pendahuluan. Nilai rumah pula perlulah bermula dari RM 100,000 hingga RM 500,000 sahaja.

Untuk memohon, pembeli perlu menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Jika anda layak, anda boleh teruskan dengan permohonan pendaftaran.

Namun jika tidak layak, masih banyak lagi bantuan yang ada seperti Skim MyDeposit MyHome, PR1MA, PPA1M dan Rumah Mesra Rakyat. Kerajaan sangat komited bagi menangani masalah tidak mempunyai pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Oleh itu, mereka yang mampu dan layak membuat permohonan digalakkan memohon bantuan yang disediakan.

images - Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2020 Online

Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2020 Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas untuk tempoh 12 bulan lepas
  • Pembeli rumah pertama
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah mestilah:
    -Untuk hartanah yang bernilai sehingga RM 500,000 pendapatan mestilah tidak lebih daripada RM 5,000 untuk pemohon individu atau tidak lebih daripada RM 10,000 untuk pemohon bersama (Setiap pemohon tidak lebih daripada RM 5,000)
    -Untuk hartanah bernilai RM 300,000 mestilah tidak lebih daripada RM 5,000 bagi pemohon individu atau bersama
Baca Juga :  Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Secara Online

Jika anda layak sila dapatkan maklumat permohonan untuk Skim Rumah Pertamaku di cawangan bank yang terlibat seperti berikut:-

SENARAI BANK YANG TERLIBAT & NO TELEFON

  1. Affin Bank (03-5522 3000)
  2. AmBank/ Ambank Islamic (03-2178 8888)
  3. Bank Muamalat (1 300 88 8787)
  4. Hong Leong Bank/ Hong Leong Islamic Bank (1 800 38 8888)
  5. Standard Chartered Bank (03-7711 8888)
  6. Public Bank/ Public Bank Islamic (1 800 22 9999)
  7. Standard Chartered Saadiq (03-2117 7941)
  8. Alliance Bank/ Alliance Islamic Bank (03-2612 9266 / 9267)
  9. Bank Islam (03-2690 0900)
  10. CIMB Bank/ CIMB Islamic Bank (1 300 880 900)
  11. Maybank/ Maybank Islamic (1 300 88 6688)
  12. OCBC Bank (1 300 88 5000)
  13. RHB Bank (1 800 88 4663)
  14. OCBC Al-Amin (1 300 88 0310)
  15. RHB Islamic Bank (Sem. Malaysia: 03-9206 8118 & Sabah & Sarawak : 082-276118)
  16. United Overseas Bank Malaysia (03-2612 8121)

KEPERLUAN PEMBIAYAAN SRP

  1. Tempoh pembiayaan mestilah tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  2. Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja
  3. Insurans atau takaful kebakaran adalah diwajibkan
  4. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  5. Untuk pembelian hartanah yang mempunyai nilai sehingga RM 300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000:
    -Diwajibkan untuk tamat modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK
    -Tempoh moratorium selama 5 tahun

MAKLUMAT LANJUT SKIM RUMAH PERTAMAKU

Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan berkaitan permohonan Skim Rumah Pertamaku, sila layari pautan yang kami sediakan berikut:

Laman Sesawang Rasmi Skim Rumah Pertamaku

Permohonan Skim Rumah Pertamaku

KESIMPULAN

Sekiranya anda menepati segala syarat kelayakan untuk memohon Skim Rumah Pertamaku ini, segerakan urusan anda untuk mendaftar. Kerajaan banyak mewujudkan inisiatif seperti ini bagi memudahkan rakyat memiliki rumah pertama idaman mereka. Terutama sekali untuk pekerja-pekerja swasta.

Pemberitahaun berharap maklumat yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH