Pendaftaran Tahun 1 2023/2024.
Pendaftaran murid-murid tahun 1 bagi sesi 2023/2024 kini sudah dibuka secara atas talian/online.
Ibu bapa yang mempunyai anak kelahiran tahun 2016/2017 sudah boleh mula bersiap sedia untuk mendaftarkan anak-anak mereka.
Bagaimana?
Pemberitahuan membawakan anda entri hari ini Pendaftaran Tahun 1 2023/2024 Secara Online sebagai panduan dan rujukan buat ibu bapa yang terlibat.
Apa tunggu lagi?
Jom teruskan bersama kami!
Pendaftaran Tahun 1 2023/2024 Secara Online
Untuk makluman ibu bapa, berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkenaan pendaftaran tahun 1 sesi 2023/2024:
- Tarikh Buka Permohonan: 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2022
- Tarikh Rayuan Permohonan: 1 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022
- Keputusan Rayuan Permohonan: 1 Oktober 2022
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 2023/2024
Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum mendaftar anak-anak anda adalah seperti berikut:
CARA PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022 ONLINE
Sekirannya anak anda memenuhi syarat pendaftaran di atas, anda boleh terus membuat pendaftaran secara online seperti berikut:
- Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI SPATKPM
- Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru’ kemudian klik pada ‘Daftar Pengguna’
- Klik ‘Daftar’ dan isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada ‘Tahun 1′ untuk pendaftaran tahun 1 sesi 2022.
- Klik lagi pada ‘Permohonan Baharu’ dan masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut dengan lengkap dan betul:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, klik pada ‘Simpan dan Seterusnya’
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu di hantar sekali dengan borang permohonan:
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil lahir atau surat beranak murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Maklumat Lanjut Pendaftaran Tahun 1 2023/2024 Secara Online
Jika anda mempunyai sebarang kekeliruan ataupun pertanyaan berkenaan dengan pendaftaran Tahun 1 untuk sesi 2023/2024, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH