Pemberitahuan » Informasi » Pengambilan TLDM Sesi 223/21: Permohonan & Syarat Kelayakan

Pengambilan TLDM Sesi 223/21: Permohonan & Syarat Kelayakan

Pengambilan TLDM Sesi 223/21.

Makluman khas buat mereka yang berminat untuk menyertai pengambilan prajurit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk sesi 222/20, pengambilan kini dibuka sehingga 24 November 2021.

Apa syarat-syarat kelayakan pengambilan?

Mana nak dapatkan borang permohonan prajurit TLDM 2021?

Jangan risau, teruskan bersama Pemberitahuan dan kami akan bawakan anda panduan Pengambilan TLDM 222/20: Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai rujukan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Pengambilan TLDM Sesi 223/21: Permohonan & Syarat Kelayakan

Berikut merupakan informasi syarat-syarat kelayakan, keistimewaan dan gaji yang ditawarkan buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENGAMBILAN PRAJURIT MUDA TLDM 2021

2 kategori syarat kelayakan pengambilan adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  2. Umur pemohon 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 31 Mei 2022
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  4. Taraf perkahwinan pemohon mestilah bujang
  5. Pemohon BEBAS daripada sebarang kes jenayah atau dadah juvana

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  1. SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Zakat Pelajar IPT (UiTM) 2022 Online

CARA PERMOHONAN PRAJURIT MUDA (TLDM) 2021 ONLINE

Calon yang berminat dan layak boleh membuat permohonan dengan cara scan QR code di bawah:

pengambilan tldm 2021 - Pengambilan TLDM Sesi 223/21: Permohonan & Syarat Kelayakan

TATACARA PERMOHONAN PENGAMBILAN PRAJURIT MUDA (TLDM)

  1. Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
  2. Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
  3. Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
    • Kad pengenalan pemohon.
    • Sijil kelahiran pemohon.
    • Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
    • Kad pengenalan bapa.
    • Sijil kelahiran bapa.
    • Kad pengenalan ibu.
    • Sijil kelahiran ibu.
    • Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
    • Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
    • Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).
  4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar.
  5. Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat.
  6. Permohonan yang dibuat akan disemak oleh tldm.
  7. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
  8. Keputusan yang dibuat oleh tldm adalah muktamad.

KEISTIMEWAAN DAN GAJI YANG DITAWARKAN

GAJI PERMULAAN

Gaji Jumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan) RM1,774.00
Diperjawatkan (kelulusan): Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) RM2,341.07

NOTA:

  • Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200
  • Kenaikan gaji tahunan yang tetap adalah mengikut pangkat

BAYARAN ELAUN DAN INSENTIF

Bayaran khas elaun dan insentif adalah tertakluk kepada syarat dan kelayakan. Antara elaun dan insentif yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut
  2. Bayaran Insentif Krew Kapal Selam
  3. Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  4. Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
  5. Tuntutan Cuti Tahunan

LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

Antara keistimewaan lain yang ditawarkan adalah:

  1. Rawatan perubatan dan pergigian
  2. Pakaian seragam
  3. Waren perjalanan tahunan
  4. Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  5. Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  6. Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Maklumat Lanjut Pengambilan TLDM Sesi 223/21

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus rujuk saluran berikut;

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang ingin memohon.

TERIMA KASIH