Pemberitahuan » Informasi » Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021

Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Belanjawan/Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 6 November menunjukkan ikhtiar atau usaha kerajaan untuk membantu rakyat apabila pengeluaran akaun 1 KWSP dibenarkan. Jumlah pengeluaran RM500 sebulan semestinya dapat membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP bersasar ini memerlukan anda untuk membuat permohonan selepas semua syarat-syarat kelayakan telah dipenuhi.

Artikel kami hari ini Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021 memberikan anda sedikit informasi mengenai makluman ini.

Jom baca

Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021

Untuk makluman anda, kerajaan telah meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari dan kemudahan pengeluaran Akaun 1, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas selain membantu mereka yang kehilangan pekerjaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.

pmkwsp4 o BHfield image socialmedia.var 1604475391 e1604978018282 - Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021

KADAR CARUMAN KWSP BAJET 2021

Kadar caruman minimum KWSP pekerja juga dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bermula Januari 2021.

Langkah ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 1

Sebarang maklumat mengenai syarat-syarat kelayakan ini kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 1 RM500

Permohonan pengeluaran KWSP Akaun 1 ini akan bermula pada Januari tahun hadapan.

Baca Juga :  Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Sebarang maklumat mengenai syarat-syarat kelayakan ini kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Berapa jumlah wang yang dibenarkan untuk pengeluaran akaun 1 KWSP?

  • RM500 Sebulan

Berapa lama tempoh pengeluaran akaun 1 KWSP yang dibenarkan?

  • 1 Tahun atau 12 bulan

Bilakah tarikh mula pengeluaran akaun 1 KWSP?

  • Bermula januari 2021

Adakah pengeluaran i-Lestari akaun 2 diteruskan?

  • Ya

Berapa lama tempoh pengeluaran i-Lestari KWSP dibenarkan?

  • 1 Tahun atau 12 bulan

Bilakah tarikh mula pengeluaran i-Lestari KWSP?

  • Bermula Januari 2021

Maklumat Lanjut Pengeluaran Akaun1 KWSP

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus layari portal rasmi KWSP atau FACEBOOK KWSP.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar sama-sama dapat kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

TERIMA KASIH