Perjalanan Rentas Negeri Semasa PKPP.
Yahoo! Boleh balik kampung! Yeayyy!
Eh nak pergi mana tu? Nanti dulu, mari baca artikel kami sebelum anda terus balik kampung. Masih ada SOP kesihatan yang perlu anda patuhi dan beberapa maklumat lain yang perlu anda tahu.
Perjalanan Rentas Negeri Semasa PKPP Bermula 10 Jun akan memberikan anda maklumat dan panduan yang diperlukan.
Isi Kandungan
Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)?
Kini PKPB telah pun berakhir digantikan dengan PKPP sebagai langkah untuk memulihkan negara daripada kesan wabak penularan Covid-19. Namun rakyat masih dinasihati untuk tetap mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Tempoh PKPP ini akan bermula dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Berikut antara 7 strategi PKPP yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin:
- Pengukuhan Kesihatan Awam
- Perundangan dan Penguatkuasaan
- Pengukuhan Kawalan Sempadan
- Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
- Pembudayaan Kebiasaan Baru
- Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
- Perlindungan Golongan Berisiko
Perjalanan Rentas Negeri Semasa PKPP Bermula 10 Jun
PERJALANAN RENTAS NEGERI
Berita baik buat mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Kini anda telah pun diberikan kebenaran rentas negeri bermula 10 Jun.
Namun, aktiviti ini hanya dibenarkan berlaku di antara negeri zon hijau dan larangan masih dikenakan terhadap kawasan yang dinyatakan sebagai kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Perdana Menteri kita turut menyeru agar sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan untuk melindungi warga emas iaitu ibubapa di kampung sekiranya anak-anak ingin pulang menziarahi mereka.
SOLAT BERJEMAAH DIBENARKAN
Lebih ramai orang akan dibenarkan untuk berkumpul di masjid ataupun rumah ibadat untuk agama lain.
Menteri Pertahanan Ismail Sabri pernah menyatakan bahawa keluasan sesuatu tempat ibadat akan diambil kira bagi menentukan kapasiti jemaah. Tempat ibadat yang lebih besar yang dapat memastikan jarak sosial yang lebih baik akan dibenarkan lebih banyak orang.
Bagaimanapun perincian seterusnya akan diberikan setelah proses penilitian yang berterusan.
PELANCONGAN DOMESTIK DIBENARKAN
Bagi membantu sektor pelancongan untuk memulakan semula aktiviti mereka, pelancongan domestik iaitu di dalam negeri kini dibenarkan. Diingatkan langkah berjaga-jaga seperti social distancing masih perlu diamalkan.
Namun, pintu antarabangsa ataupun pelancongan yang melibatkan luar negara masih lagi ditutup bagi terus memutuskan penularan Covid-19.
SEKOLAH DIBUKA SECARA BERPERINGKAT
Persoalan Ibu bapa yang masih tertanya-tanya bila sekolah akan dibuka kini terjawab.
Sepanjang tempoh PKPP ini pelbagai langkah dan SOP akan dibentuk bagi memastikan proses pembukaan sekolah secara berperingkat ini berjalan dengan lancar.
Tiada lagi tarikh muktamad yang diberikan tetapi Perdana Menteri kita menyatakan
sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh ini setelah berunding dengan Kementerian Kesihatan.
Kementerian Pendidikan dijangka mengumumkan perincian dalam waktu dekat.
SAMBUTAN AIDILADHA DIBENARKAN
Sambutan AidilAdha dibenarkan dimana aktiviti korban boleh dilaksanakan namu tertakluk kepada SOP yang akan disediakan oleh pihak berkuasa agama.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan pada waktu PKPP ialah:
- Aktviti sukan yang tidak melibatkan perkumpulan orang ramai seperti penyokong dibenarkan
- Aktiviti rekreasi seperti lawatan ke muzium, memancing, indoor basking turut dibenarkan dengan SOP kesihatan yang perlu dipatuhi
- Industri filem dibenarkan untuk beroperasi semula
- Himpunan besar-besaran seperti rumah terbuka, perhimpunan keagamaan dan sebagainya masih tidak dibenarkan.
Kesimpulan Perjalanan Rentas Negeri Semasa PKPP
Dapatkan informasi terkini & senarai bantuan sepanjang PKPP di Telegram rasmi Kami
Telegram: https://t.me/pemberitahuandotcom
Semoga artikel ini dapat memberikan pencerahan yang anda perlukan mengenai PKPP ini. Pastikan anda terus mematuhi SOP kesihatan, social distancing dalam apa jua aktiviti yang anda lakukan tak kira lah dimana pun anda berada.
TERIMA KASIH