Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
Belanjawan 2021 pada 6 November yang lalu mengumumkan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman kurang dari RM150,000 dan peminjam dari golongan B40 layak menerima bantuan bayaran balik pinjaman bersasar atau lanjutan moratorium bersasar.
Bagaimana?
Teruskan bersama kami dengan artikel Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA) 2020 sebagai rujukan buat anda yang berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA)?
Ia merupakan bantuan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini, untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.
Industri perbankan telah bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS. Ianya bertujuan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka.
JENIS/PILIHAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN (TRA)
Antara pilihan yang diberikan kepada peminjam yang layak:
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
TEMPOH PERMOHONAN
- Permohonan Dibuka: 23 November 2020
- Permohonan Ditutup: 30 Jun 2021
NOTA:
Sila berhubung melalui talian khidmat pelanggan bank-bank, perbankan dalam talian atau dengan melawat cawangan bank.
Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA)
Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan permohonan, cara-cara permohonan dan beberapa maklumat mengenai TRA buat rujukan anda:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
- Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.
- Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020
- Pinjaman tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.
- Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain, dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank masing-masing.
NOTA:
- Bagi peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik, bank-bank akan menerima permohonan mereka bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN (TRA)
- Sila hubung pihak bank
- Buat pengesahan pilihan bayaran balik
- Bagi peminjam M40 yang ingin membuat permohonan, anda perlu membuat pengisytiharan (self declaration) tentang pengurangan pendapatan mereka dan / atau pendapatan isi rumah mereka untuk mempercepatkan lagi pemberian bantuan.
- Bank-bank akan terus menghubungi para peminjam dalam kategori ini untuk mengkaji semula keadaan kewangan mereka.
- Proses dan keperluan dokumentasi permohonan akan berbeza mengikut bank. Walau bagaimanapun, proses permohonan dijangka senang dan mudah, dengan keperluan dokumentasi yang dipermudahkan.
- Bank-bank tidak memerlukan dokumen tambahan daripada peminjam untuk memberikan bantuan bayaran balik ini.
- Bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, peminjam perlu menandatangani perjanjian baharu menurut Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.
- Dalam kebanyakan keadaan, peminjam boleh memohon dan melengkapkan permohonan secara dalam talian atau melalui telefon.
TEMPOH MAKSIMUM PROSES PERMOHONAN
- Peminjam individu – 5 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)
- Peminjam PKS – 14 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)
Untuk makluman, jika anda merupakan peminjam individu, pihak bank akan menghubungi anda dengan keputusan dalam tempoh lima hari (termasuk Sabtu dan Ahad) dan jika anda adalah peminjam PKS, pihak bank akan menghubungi anda dengan keputusan dalam tempoh 14 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan ini anda boleh terus hubungi bank masing-masing, AKPK atau BNMTELELINK untuk mengetahui pilihan yang tersedia bagi membantu mereka mengurus hutang masing-masing.
- telelink.bnm.gov.my / bnmtelelink@bnm.gov.my
- No tel: 1-300-88-5465
Semoga artikel kami kali ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan yang lebih lancar dan dapat meringkan beban anda dalam menghadapi situasi negara dilanda wabak Covid-19.
Pastikan anda sentiasa menjaga SOP tidak kira dimana saja anda berada. Sama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH