(Forex Trading, binary option trading, metatrader 5, Personal loan Calculator, Forex malaysia, Seaside residences)

Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) 2021

Permohonan Bantuan IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) 2021

Permohonan Bantuan IPT MAIDAM.

Bantuan awal IPT buat pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat universiti kini dibuka oleh MAIDAM.

Makluman buat pelajar yang berminat permohonan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 10 Disember 2021 bagi memberi laluan kepada peralihan sistem baharu.

Diminta untuk pemohon untuk melengkapkan semua urusan permohonan sebelum atau pada 10 Disember bagi mengelakkan sebarang masalah.

Teruskan membaca artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) 2021 sebagai rujukan.

Permohonan Bantuan IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) 2021

Untuk makluman anda Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN IPT

Pelajar yang berminat perlu meneliti dahulu syarat-syarat di bawah sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  3. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah dan miskin.
  5. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  6. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
  7. Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sam ada bergaji penuh atau sebahagian.
  8. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  9. Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  10. Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  11. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
Baca Juga :  Panduan Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 Online

CARA PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIDAM SECARA ONLINE

Pelajar yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengisi borang permohonan di bawah;

  1. BORANG PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM ONLINE
  2. Anda akan dipaparkan dengan paparan berikut;
    • Screenshot 2021 12 06 at 14 34 32 Semakan - Permohonan Bantuan IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) 2021
  3. Isikan nombor kad pengenalan dan tarikh daftar pengajian anda kemudian klik ‘Masuk’
  4. Selepas itu, lengkapkan permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.
  5. Cetak borang permohonan anda kemudian serahkan kepada:
    • Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM ATAU
    • Melalui pos di alamat:
      • Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan IPT MAIDAM

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan awal IPT MAIDAM anda boleh hubungi saluran berikut:

PUSAT URUSAN ZAKAT DAERAH

  • Kuala Terengganu: 09-630 30 30
  • Marang: 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu: 09-681 78 09
  • Dungun: 09-845 28 10
  • Kemaman: 09-859 45 45
  • Setiu: 09-609 03 07
  • Besut: 09-697 53 23
  • Kerteh: 09-826 64 63
  • Kuala Nerus: 09-662 2910

ATAU hantarkan pertanyaan anda ke:

  • Yayasan Pendidikan MAIDAM
    Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
    Jalan Masjid Abidin,
    20100 Kuala Terengganu.
    Terengganu.
  • E-mel: info@ypmaidam.my
  • Talian: 09-6223500

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH