Apa caranya untuk membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melalui online?
Bantuan Musim Tengkujuh atau nama singkatannya BMT merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu penoreh getah dan juga pekebun kecil.
Golongan penoreh getah terutamanya sebelum ini yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan kini mampu tersenyum gembira dengan langkah baru yang diambil kerajaan untuk membantu golongan pekebun kecil getah ini daripada musim tengkujuh (pengeluaran susu getah terjejas ketika musim tengkujuh) dan juga turun naik harga getah yang tidak menentu.
Ditambah pula dengan sistem teknologi yang canggih, kini permohonan BMT boleh dibuat secara online juga tanpa anda perlu bersusah payah untuk pergi ke jabatan yang terlibat untuk memohon secara manual.
Ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di dalam artikel Pemberitahuan hari ini iaitu Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melalui online.
Isi Kandungan
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah inisiatif kerajaan yang dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana. Mereka membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh yang bertujuan memberi kemudahan kepada golongan pekebun kecil untuk membuat permohonan.
BMT juga lebih disasarkan kepada penerima pekebun kecil dan penoreh getah yang berada dalam kumpulan B40.
Pada tahun 2019 melalui Belanjawan 2020, Kerajaan berhasrat membantu golongan penoreh getah dengan memperuntukkan bajet sebanyak RM200 juta khas untuk pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Selain itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk Insentif Pengeluaran Getah bermula tahun 2020 yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat daripada kejatuhan harga getah.
PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) MELALUI ONLINE
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk membuat permohonan secara online:
BORANG PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan kriteria yang perlu dipatuhi untuk melayakkan anda mendapatkan bantuan ini:
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Keluasan tanah 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar
- Merupakan pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik
- Lot hanyalah bagi seorang pekebun kecil sahaja
- Seorang pekebun kecil hanya layak mendapatkan bantuan sekali sahaja
- Memiliki Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja)
BORANG PERMOHONAN ONLINE
Untuk mendapatkan borang permohonan sila klik pada BORANG PERMOHONAN ONLINE BMT.
NOTA PENTING: Tarikh permohonan Bantuan Musim Tengkujuh buat sementara ini telah ditutup. Sila semak tarikh pembukaan dari semasa ke semasa di LAMAN PORTAL INI.
BORANG PERMOHONAN SECARA MANUAL
Isi borang permohonan baharu BMT di mana-mana cawangan pejabat RISDA dan bawa sekali salinan dokumen berikut:
Pemilik Pengusaha
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan Pekebun SIC (Smallholder Identification Card) jika ada
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
Penoreh Bukan Milik
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan Kad PAT-G
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
SEMAKAN SISTEM E-BMT SECARA ONLINE
Untuk menyemak status permohonan anda sila klik pada SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.
Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik butang semak. Ikuti langkah seterusnya seperti diarahkan. Sekiranya nama tiada dalam rekod, sila ikuti langkah permohonan baharu di bawah.
Sebarang maklumat lanjut yang anda perlukan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh ini sila pergi ke pautan Soalan Lazim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Alamat dan nombor telefon RISDA:
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),
Bangunan RISDA, KM 7,
Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
Tel : 03 42564022
Faks : 03 42576726
KESIMPULAN
Inisiatif kerajaan untuk membantu golongan pekebun kecil getah ini merupakan langkah yang terbaik yang dapat diberikan pada masa kini. Diharapkan pada masa hadapan, banyak lagi bantuan-bantuan yang dapat disalurkan kepada golongan pekebun kecil getah ini.
Sekiranya anda mengenali saudara mara, mahupun ibu bapa ataupun diri anda sendiri yang layak untuk memohon bantuan ini, kongsikan bersama mereka dan kami berharap perkongsian kami di Pembeitahuan hari ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
SELAMAT BERJAYA KAMI UCAPKAN!