Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan MyKasih Kapital 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital.

Buat usahawan wanita yang ingin mendapatkan bantuan modal perniagaan, anda boleh membuat permohonan bantuan MyKasih Kapital pembiayaan sehingga RM1000.

Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN)

Macam mana nak mohon?

Apa syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi?

Pemberitahuan membawakan anda artikel hari ini Permohonan Bantuan MyKasih Kapital 2021 Secara Online sebagai panduan untuk usahawan wanita yang memerlukan.

Jom teruskan bersama kami.

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital 2021 Secara Online

Untuk makluman anda, peruntukkan sebanyak RM5 juta disediakan di dalam Bajet 2022 khas untuk pelaksanaan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

Insentif ini merupakan bantuan asas modal perniagaan yang akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara online.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM MyKASIH KAPITAL

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuka untuk golongan wanita sahaja
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemohon adalah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
Baca Juga :  Tips Memohon Pinjaman Perniagaan Dengan Bank PASTI LULUS

logo b2022 dark - Permohonan Bantuan MyKasih Kapital 2021 Secara Online

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MyKASIH KAPITAL ONLINE

Sekiranya anda menepati kesemua syarat-syarat yang ditetapkan di atas, sila ikuti langkah di bawah untuk permohonan bantuan:

  1. Pemohon perlu mengisi: BORANG PERMOHONAN BANTUAN MyKASIH KAPITAL atau
  2. Permohonan secara manual melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM:
    • Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
      Aras 8, Bangunan KPWKM,
      No.55, Persiaran Perdana,
      Presint 4,
      61200 Putrajaya
    • Talian Telefon: 03 – 8323 2433
    • PORTAL RASMI YKNM

JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN

Dijangkakan hampir 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal akan menerima manfaat daripada bantuan ini.

Pertambahan peruntukkan dalam Bajet 2022 akan dapat memberi bantuan modal modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya penerima berkelayakan.

Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Kesimpulan Permohonan Bantuan MyKasih Kapital

Kongsikan artikel ini kepada mereka yang layak untuk menerima bantuan yang disalurkan bagi memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal khususnya untuk mengubah hidup mereka.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH