Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Ramadhan 2021 Sebanyak RM500

Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Ramadhan 2021 Sebanyak RM500

Permohonan Bantuan Peniaga Bazar.

Makluman khas buat peniaga bazar Ramadhan Selangor yang terpaksa menutup perniagaan mereka susulan daripada pengumuman PKP 3.0 oleh kerajaan persekutuan, anda kini boleh membuat permohonan bantuan RM500 bagi meringankan beban yang dihadapi peniaga.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta dan memberi manfaat kepada 11,000 peniaga bazar Ramadhan yang terlibat.

Peniaga-peniaga bazar Ramadhan yang ingin memohon boleh rujuk artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Ramadhan 2021 Sebanyak RM500.

Kami sediakan informasi mengenai permohonan ini untuk memudahkan urusan anda.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Ramadhan 2021 Sebanyak RM500

6 kawasan penutupan operasi bazar Ramdhan yang terlibat akibat peelaksanaan PKP 3.0 tempoh hari adalah seperti berikut:

  1. Hulu Langat
  2. Petaling
  3. Gombak
  4. Klang
  5. Kuala Langat
  6. Sepang

Pihak PBT yang terlibat dalam menjayakan program bantuan peniaga bazar ini adalah seperti senarai di bawah:

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Majlis Bandaraya Subang Jaya
  4. Majlis Perbandaran Klang
  5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  6. Majlis Perbandaran Selayang
  7. Majlis Perbandaran Sepang
  8. Majlis Perbandaran Kajang
  9. Majlis Perbandaran Kuala Langat

zxcvbnm - Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Ramadhan 2021 Sebanyak RM500

Sebarang pertanyaan anda boleh rujuk pada pihak PBT yang berkenaan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENIAGA BAZAR

Antara syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi peniaga-peniaga bazar adalah seperti berikut:

  1. Peniaga bazar Ramadhan tersebut mestilah berlesen atau berdaftar sama ada di bawah Majlis atau penganjur.
  2. Peniaga yang layak menerima bantuan khas ini mestilah berada di kawasan 9 PBT yang terlibat sahaja (rujuk senarai di atas)
  3. Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih 1 petak bazar atau lesen dan permit daripada Majlis yang sama atau berbeza.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan ini dibuka secara atas talian/online bermula:

  • PERMOHONAN DIBUKA: 21 MEI 2021
  • PERMOHONAN DITUTUP: 30 JUN 2021

CARA PERMOHONAN BANTUAN PENIAGA BAZAR RAMADHAN

Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari portal rasmi: SELANGOR PRIHATIN
  2. Klik ‘Permohonan’ dan pada bahagian ‘Bantuan Khas Bazar Ramadhan 2021 One-Off’ masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘Seterusnya’
  3. Jika anda memenuhi semua syarat kelayakan, isi maklumat peribadi, perniagaan, dan nombor akaun bank yang aktif dengan lengkap dan betul.
Baca Juga :  Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN)

NOTA:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tempoh permohonan yang lengkap dihantar.

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Bantuan Peniaga Bazar

Saya merupakan peniaga bazar Ramadhan tahun 2021 di Negeri Selangor di bawah penganjur namun penganjur tersebut tidak berdaftar dengan Majlis. Adakah saya layak memohon bantuan khas ini?

  • Tidak. Hanya peniaga di bawah penganjur yang berdaftar dengan Majlis sahaja layak untuk memohon.

Saya merupakan peniaga bazar Ramadhan tahun 2021 di Negeri Selangor namun bukan di lokasi Bazar Ramadhan yang ditetapkan oleh Majlis. Adakah saya layak memohon bantuan khas ini?

  • Tidak. Hanya peniaga di lokasi bazar Ramadhan yang ditetapkan Majlis sahaja layak untuk memohon.

Saya merupakan peniaga bazar Aidilfitri (Ekspo Raya) yang berlesen dan berdaftar dalam kawasan PKP. Adakah saya layak memohon bantuan khas ini?

  • Tidak. Hanya peniaga di bazar Ramadhan tahun 2021 sahaja layak untuk memohon.

Saya merupakan peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 di Negeri Selangor yang berlesen/berdaftar, namun apabila saya mengisi nombor Kad Pengenalan, maklumat di laman web menunjukkan nombor Kad Pengenalan saya tidak wujud. Apa perlu saya lakukan?

  • Terdapat dua kemungkinan iaitu nombor Kad Pengenalan yang didaftarkan di Majlis untuk kelulusan lesen/ permit adalah berbeza dengan nombor Kad Pengenalan sebenar pemohon atau pemohon bukan merupakan peniaga Bazar Ramadan di 6 daerah dalam kawasan PKP.

Saya tidak mempunyai akaun bank yang aktif. Bolehkah saya mengisi akaun bank orang lain?

  • Pemohon yang mempunyai masalah akaun bank akan diuruskan secara berasingan. Sila emelkan dokumen ke penjaja@selangor.gov.my iaitu:
    – Nyatakan sebab menggunakan akaun bank milik orang lain (pasangan atau anak) dan hubungan dengan     pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
    – Salinan Kad Pengenalan pemohon (pemilik lesen/ permit).
    – Salinan penyata akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
    – Salinan Kad Pengenalan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).

Saya telah mengisi borang dengan lengkap dalam tempoh ditetapkan, namun bantuan RM500 belum diperolehi selepas 14 hari bekerja. Apa perlu saya lakukan?

  • Keadaan ini mungkin disebabkan maklumat akaun bank pemohon berbeza atau tidak tepat menyebabkan
    bantuan tidak dapat disalurkan. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi SELCARE Hotline bagi mendapatkan pengesahan bayaran bantuan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan peniaga bazar Ramadhan ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • SELCARE Hotline: 1-800-22-6600
  • Emel kan pertanyaan anda ke: penjaja@selangor.gov.my