Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Melaka (MAIM)

Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Melaka (MAIM)

Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan.

Makluman buat para peniaga di Melaka bahawa Majlis Agama Islam Melaka menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan bagi asnaf fakir dan miskin negeri Melaka.

Bantuan dari RM500 hingga RM10,000 disediakan dan tiada pembayaran semula bagi mereka yang layak menerima.

Tunggu apa lagi?

Pemberitahuan membawakan anda entri Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Melaka (MAIM) bagi membantu untuk melancarkan ekonomi khusus buat asnaf fakir dan miskin di Melaka yang ingin berniaga.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Melaka (MAIM)

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai perkongsian hari ini buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN BANTUAN PERLATAN PERNIAGAAN

Antara syarat umum yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
  4. Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka
  5. Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM

PKS WEB 020821 - Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Melaka (MAIM)

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN MELAKA

Borang permohonan boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM di alamat berikut:

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen di bawah untuk melengkapkan permohonan:

  1. Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
  2. Salinan Kad Pengenalan Malaysia
  3. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
  4. Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
  5. Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
  6. Sebut Harga Alat Perniagaan
Baca Juga :  Permohonan Inisiatif Belia Berniaga Bantuan Modal Sehingga RM15,000

Dokumen Sokongan :

  1. Gambar Perniagaan / Produk Jualan
  2. Kertas Kerja Perniagaan
  3. Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)

NOTA:

  • Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.
  • Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.
  • Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh terus rujuk saluran berikut: