Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP.

Bantuan perkahwinan 2022 dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini merupakan inisiatif yang diwujudkan bagi membantu pasangan asnaf yang layak.

Apa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan?

Macam mana nak buat permohonan?

Pemberitahuan membawakan entri hari ini Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online sebagai panduan bagi mereka yang berminat.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online

Skim Bantuan Perkahwinan MAIWP ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dan pasca perkahwinan.

Berikut kami kongsikan maklumat tambahan mengenai bantuan ini:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Cara Kira Kelayakan Had al-Kifayah)

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN MAIWP

Bagi pasangan asnaf yang berkelayakan, anda boleh muat turun borang permohonan di bawah dan isikan semua butiran dengan lengkap.

loading - Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online Loading...
EAD logo - Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online Taking too long?

reload - Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online Reload document
| open - Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online Open in new tab

Muat Turun

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disediakan dan perlu dihantar sekali bersama borang permohonan:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
    • surat akuan sumpah - Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online
  3. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  4. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
    • pengesahan pendapatan - Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online
  5. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  6. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  7. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.
Baca Juga :  Rumah Mampu Milik B40: Permohonan Rumah Idaman Selangor

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Keluarga bercerai.

: Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Selesai melengkapkan borang dan dokumen-dokumen di atas, anda boleh terus menghantarnya sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP yang berdekatan.