Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan 2020

Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan 2020

Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa.

Berita baik buat anak-anak kelahiran Selangor yang sedang menuntut pelajaran di peringkat IPTA/IPTS. Kerajaan Selangor melancarkan satu inisiatif untuk membantu mahasiswa-mahasiswa iaitu Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan.

Anda berminat?

Artikel di Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan 2020 kami sediakan khas buat mahasiswa-mahasiswa kelahiran Selangor yang berminat.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan 2020

Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kaukus ADUN Muda Selangor mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kepada mahasiswa yang terkesan akibat penularan pandemik wabak COVID-19.

Langkah ini dilakukan bagi meringankan beban mahasiswa yang bakal mendaftar pada semester 1 2020/2021 di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Tambahan pula, langkah sebahagian besar IPT yang menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka telah memberikan kesan kepada pelajar yang telah tiba di kampus dan terpaksa berpatah balik ke kampung mereka.

JENIS BANTUAN PRIHATIN PELAJAR IPT

3 jenis bantuan yang disalurkan melalui bantuan prihatin mahasiswa darul ehsan ini adalah:

  1. Pengangkutan kepada mahasiswa/mahasiswi yang perlu pulang ke kampung.
  2. Bantuan makanan.
  3. Pelitup muka dan pensanitasi tangan.

 

PM2020 - Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan 2020

Berikut kami sertakan syarat penerima, cara-cara permohonan dan beberapa maklumat lanjut lain buat rujukan anda:

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA

Bantuan akan disalurkan kepada 3 kategori mahasiswa berikut:

  1. Mahasiswa/mahasiswi Selangor yang belajar di Selangor.
  2. Mahasiswa/mahasiswi dari negeri lain yang belajar di Selangor.
  3. Mahasiswa/mahasiswi Selangor yang belajar di negeri lain.
Baca Juga :  Permohonan Bantuan IPT MAIDAM (Dalam & Luar Negara) 2021

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA

Mahasiswa yang tergolong dalam kategori penerima boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

Edaran TS Care Kit (IPTS sahaja)

  1. Layari laman web http://bit.ly/mdekatA
  2. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
  4. Klik butang ‘Submit.’

Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA sahaja)

  1. Layari laman web http://bit.ly/mdekatB
  2. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
  4. Klik butang ‘Submit’

Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor

  1. Layari laman web http://bit.ly/mdekatC
  2. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
  4. Klik butang ‘Submit.’

Kesimpulan

Semoga artikel yang kami sediakan pada hari ini dapat mebantu mahasiswa-mahasiswa yang terkesan akibat penularan Covid-19 yang semakin memuncak di negara kita sekarang. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH