Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700

Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700

Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak.

Bantuan Sara Diri Untuk Mahasiswa Perak kini telah dibuka!

Bantuan Sara Diri ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Perak untuk menjaga kebajikan Mahasiswa Perak dan membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

Bantuan IPTA ini terbahagi kepada dua iaitu:

  • Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak
  • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak

Anda inginkan maklumat lanjut?

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700 kami sediakan khas buat pelajar IPTA yang layak dan berminat untuk membuat permohonan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Bantuan Pelajar IPTA 2021: Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Apa perbezaan di antara kedua-dua bantuan ini?

Untuk makluman Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak adalah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

Manakala Bantuan Kecemasan adalah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah.

Contohnya:

  • Kemalangan
  • Kebakaran
  • Kematian ibu/bapa/penjaga
  • Kecurian
  • Bencana alam
  • Penyakit Kronik

KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN

  • Kadar pemberian Bantuan Sara Diri: RM700/setahun
  • Kadar pemberian Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak: RM300 hingga RM1000 (tertakluk kepada jenis bencana dan musibah)

mahasiswa kini - Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700

Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700

Permohonan dibuka 1 Januari sehingga 31 Ogos Setiap Tahun bagi tahun semasa

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
  2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau
  3. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau
  4. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  5. Ibu dan bapa keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok)
  6. Keutamaan akaun diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak
  7. Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  8. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
Baca Juga :  PEMERKASA Bantuan Pengusaha Homestay RM600 Secara One-Off

NOTA:

  • Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  • Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  • Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan biasiswa pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemberian akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

CARA PERMOHONAN

  1. Mereka yang berkelayakan boleh buat permohonan secara online: BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI atau
  2. Dapatkan borang permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
  2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau
  3. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau
  4. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  5. Keutamaan akaun diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak
  6. Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  7. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.

NOTA:

  • Pemohon perlu menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan polis, laporan perubatan atau pengesahan oleh pemimpin tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi MPKK/Penghulu/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN).
  • Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  • Pemohon perlu menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.

CARA PERMOHONAN

  1. Mereka yang berkelayakan boleh buat permohonan secara online: BORANG PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK atau
  2. Dapatkan borang permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi Yayasan Perak melalui saluran berikut:

  • No Tel: 05-255 2929
  • Laman Web Yayasan Perak
  • Alamat: Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111 Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang membuat permohonan.

TERIMA KASIH