Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000

Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000

Permohonan Bantuan Taska 2021.

Bantuan khas melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) disediakan untuk meringankan beban pengusaha Taska yang terpaksa akur menepati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 yang semakin serius di negara.

Untuk makluman anda, bantuan ini akan diberikan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].

Bagaimana?

Apa syarat permohonan bantuan khas ini?

Semuanya ada dalam artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000 dimana kami menyediakan panduan penuh dan mudah untuk anda.

Jom teruskan bersama kami.

Permohonan Bantuan Taska 2021 Online Sebanyak RM3000

Pengusaha TASKA yang berminat boleh mula memohon mulai 19 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021 dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah.

Permohonan Bantuan Taska 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI TASKA

Syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] mengikut kategori taska adalah seperti berikut:

TASKA KOMUNITI

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

TASKA RUMAH

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

TASKA TEMPAT KERJA

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

TASKA INSTITUSI

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Baca Juga :  Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN

Jumlah bantuan yang disalurkan mengikut kategori taska adalah seperti berikut:

  1. TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti: RM3000
  2. TASKA di Rumah: RM800

CARA PERMOHONAN BANTUAN TASKA 2021 (MANUAL/ONLINE)

  • Pemohon boleh mengisi permohonan online di: BORANG PERMOHOHONAN BANTUAN PENGUSAHA TASKA atau dapatkan borang di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/Cawangan yang berdekatan.
  • Pemohon perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).
  • Sediakan semua dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang perlu di hantar sekali dengan borang permohonan anda: SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN
  • Kemudian pemohon perlu temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/Bahagian/ Cawangan yang terdekat.

Bayaran untuk permohonan yang berjaya akan dilakukan menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Taska 2021

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan khas ini anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

  1. PORTAL RASMI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
  2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan; atau
  3. Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996; atau
  4. Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.

Sebarkan artikel ini untuk kita sama-sama membantu pengusaha taska yang memerlukan untuk menstabilkan sumber pendapatan mereka.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan