Permohonan Bantuan Veteren ATM.
Makluman kepada semua anggota ATM veteren tentera yang masih belum berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk mendaftar segera supaya anda tidak terlepas daripada skim-skim bantuan yang disediakan di bawah JHEV ini.
Bagaimana nak daftar?
Macam mana nak buat permohonan bantuan veteran ATM ni?
Mudah sahaja!
Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Veteren ATM Online 2021 (Daftar JHEV) kami bawakan khas untuk veteran ATM yang masih belum berdaftar sebagai rujukan anda untuk mendaftarkan diri di JHEV ini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)?
Jabatan Hal Ehwal Veteran dengan singkatan JHEV adalah jabatan khas yang ditugaskan untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap kebajikan veteran tentera di Malaysia.
SIAPA VETERAN ATM?
Veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
- angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
- angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
- Force 136;
- Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
- Sarawak Rangers
Semua bekas tentera secara automatiknya akan dikira sebagai ahli veteran ATM dan ‘Kad Veteran’ akan dikeluarkan sebagai bukti pengenalan anda adalah ‘Veteran ATM’
Untuk makluman anda, pada 1 Apr 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV bagi menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.
Kad Veteran ATM (KV) merupakan kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.
Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan.
Kelayakan wad adalah seperti berikut:
NOTA:
Anda tidak layak memegang KV jika anda diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.
BORANG PERMOHONAN KAD VETERAN ATM
Permohonan Kad Veteran di JHEV boleh dibuat dimana-mana cawangan negeri yang berdekatan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Anda perlu mengisi BORANG PERMOHONAN KAD VETERAN ATM
- Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
- Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
- 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan nombor tentera di belakang gambar)
- Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.
DAFTAR DI PORTAL JHEV
Anda perlu membuat pendaftaran di portal rasmi JHEV terlebih dahulu sebelum boleh login dan menggunakan perkhidmatan di JHEV.
Cara daftar adalah seperti berikut:
- Pergi ke: PORTAL RASMI JHEV: DAFTAR/LOGIN
- Lengkapkan semua maklumat yang diminta dengan lengkap.
- Klik ‘Hantar’
Kemudian anda boleh terus login di Portal Rasmi JHEV.
Permohonan Bantuan Veteren ATM Online
Berikut kami kongsikan maklumat dan tatacara permohonan bantuan veteran ATM ini untuk rujukan anda:
SKIM BANTUAN YANG DISEDIAKAN
2 kategori skim bantuan ini adalah seperti berikut:
SKIM BANTUAN KEBAJIKAN JHEV
Skim ini bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.
- Skim Bantuan Sara Hidup: Kadar bantuan sebanyak RM300
- Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan: Untuk bantuan sekolah rendah, kadarnya ialah RM500 setahun manakala untuk sekolah menengah dan kolej vokasional pula RM700 setahun
- Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik: Kadar bantuan adalah sebanyak RM1,000 untuk program diploma dan RM1,500 untuk program ijazah.Bantuan ini hanya untuk universiti awam dan politeknik sahaja.
- Skim Bantuan Peralatan Pesakit: Maksimum kadar peralatan adalah RM5,000
- Skim Bantuan Bencana Alam: Kadar maksimum RM5,000 disediakan sebagai bantuan untuk meringankan beban veteran tentera yang ditimpa bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya
- Rawatan Perubatan Percuma: Layak untuk mendapatkan rawatan perubatan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan
SKIM BANTUAN DI BAWAH YAYASAN VETERAN ATM
- Bantuan Zakat
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pasangan
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Anak
CARA PERMOHONAN BANTUAN VETERAN ATM ONLINE
- Semua permohonan skim serta bantuan yang disediakan ini boleh dimohon oleh veteran tentera dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat JHEV cawangan negeri atau dimuat turun daripada laman rasmi JHEV
- Borang permohonan mestilah diisi sendiri oleh pemohon iaitu veteran tentera atau warisnya.
- Sila hantar permohonan kepada pejabat JHEV mengikut lokasi veteran tentera tersebut menetap.
Borang-borang permohonan adalah seperti berikut:
- Borang Pendaftaran Maklumat Veteran ATM
- Borang Permohonan Bantuan Kebajikan
- Borang Bantuan Pengurusan Jenazah
- Borang Permohonan Pencen Terbitan
Pergi ke: MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN VETERAN TENTERA untuk mendapatkan semua borang di atas.
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Veteran ATM
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut yang anda perlukan mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi 03-2050 8000 atau emel pada aduan@jhev.gov.my